Showing posts with label faith and religious. Show all posts
Showing posts with label faith and religious. Show all posts

Friday, July 25, 2014

Ajal

Salam

Andai bila tiba waktu ajalku,

Tuhan akan bertanya apa aku lihat dengan mataku,

Tuhan akan bertanya apa aku ucapkan dengan lidahku,

Tuhan akan bertanya apa yang aku lakukan dengan tanganku,

Tuhan akan bertanya ke mana aku melangkah dengan kaki ku,

Tuhan akan bertanya apa yang aku lakukan sepanjang hidupku,




Tiada hujah mampu aku lafazkan.



Ringankan seksamu Ya Allah,

Permudahkan hisaf kami,

Ampunkan dosa dosa ku, ahli keluarga ku, guruku, rakan rakanku, umat islam keseluruhannya.

Dengan rahmatmu, ku mohon syurgamu.

Biarpun dosaku berjela jela tiada sempadan.

-Ramadhan ke 27-

Best Blogger Tips

Saturday, February 2, 2013

mim alif ta ya

salam

Seorang rakan kembali berkerja dalam keadaan sugul. Tiada yang bertanya kenapa beliau sedang berduka. Sedia maklum sudah seisi warga. Inilah hakikat dunia. Sedangkan barang yang dipinjam pun mesti dipulangkan semula pada pemilik.Inikan pula kita yang terang benderang dinyatakan banyak kali ditekankan hanyalah hamba, ada  pencipta. Dunia ini hanya sementara. Tempat rehat sebelum menuju ke destinasi yang kekal pasti.


sedangkan
yang mula ada tamatnya,
awal ada akhirnya
hidup ada matinya
panjang ada noktahnya
Begitulah kitaran hidup seorang hamba.

Ada yang menegur dan bertanya khabar. Sedaya upaya beliau menahan air mata. Tapi setabah mana pun seorang wanita, tidak senang menyembunyikan wajah sedih.

" kenapa dengan cikgu tu, Cikgu? " tanya seorang pelajar yang kehairanan melihat wajah sedih seorang guru.

" hmmm... cikgu itu baru kehilangan ayah dia."

senyap. Pelajar mengerti.

Baik atau jahatnya seorang ayah pada anak. Hakikat kejadiannya ayah adalah lelaki pertama dalam hidup anak perempuan. Sepertimana kehadiran Khadijah sebagai ratu hati pertama Rasullullah (SAW).

Sedangkan seorang nabi bersedih kehilangan insan-insan yang disayangi apatah lagi kita.

Tapi


 Kalau dibandingkan Nabi Muhammad (SAW) lagi tragis. Kehilangan mak ayah sewaktu kecil. Datuk tempat bermanja manja juga pergi jua.Dibenci bapa saudara. anak -anak lelaki semua meninggal dunia. Khadijah pergi. Abu Talib juga menyusul tanpa sempat syahadah terungkap sedangkan Nabi begitu mengharapkan  agar syahadah ditutur . Tanpa Khadijah dan Abu Talib baginda kehilangan jiwa, pelindungan, pemberi semangat dan harta. Itu lah kisah nabi.

Apatah lagi kita.Tuhan juga yang lebih tahu. Kerana hanya  DIA kekal lagi abadi.
Memanglah itu nabi, kita ini manusia yang kurang serba serbi. Tapi bukankah nabi itu ikutan contoh teladan yang terbaik. Haruslah diikuti.Dicontohi.

Begitulah kitaran hidup seorang hamba.
Sedia atau tidak,
Kesana juga kita menuju secara abadi.

ada 3 perkara sebagai bekal disana
Jangan kita lupa,
Doa anak yang soleh itu kuat
moga moga doa kita tercapai juga
Di Firdausi kita berjumpa
bersama kita berjumpa DIA
Kekal dan sejati

amin





Bacaan lain : sini.






Best Blogger Tips

Saturday, March 3, 2012

Di kala petang jumaat


Jumaat, 17 Feb., 12

6.15 minit petang.

 Hujan yang tadinya lebat sudah kembali renyai-renyai. Awan masih lagi mendung. Saya menuju ke surau sambil memegang rotan yang diambil diatas meja cikgu Amir. Masih ada sekumpulan besar pelajar perempuan yang menunggu giliran untuk mengambil wuduk. “ pelajar perempuan cepat sikit ambil air sembahyang” tegur saya lantas masuk ke dalam surau. 

Keadaan surau hari ini tidak seperti biasa. Bahagian lelaki agak bising. Saya menjengah ke bahagian ruang solat lelaki lalu terlihat kelibat cikgu Aishah, guru bertugas hari ini.  “Patutlah bising” ujur saya didalam hati kerana kebiasaannya bahagian lelaki dijaga oleh Cikgu Zasni. Cikgu Zasni antara cikgu yang diisukai oleh pelajar tapi jika tidak kena gaya pelajar dimatanya, garangnya boleh mengatasi sesiapa sahaja.


Kesian Aishah. Sesekali terdengar bunyi rotan dilibas pada papan pengadang antara ruang solat perempuan dan ruang solat lelaki . Isyarat supaya pelajar dalam keadaan senyap. “ Pelajar lelaki sila senyap”. Jerit suara Aishah yang tenggelam dengan riuh  pelajar lelaki. Sungguh mereka tidak menghormati guru dan kedudukan surau sebagai tempat beribadah.

Masa hampir menunjukkan 6.25 minit petang. Aishah menyuruh pelajar yang menjadi bilal supaya memberikan iqamat. Tapi sayang. Iqamat itu diselang selikan dengan bunyi riuh rendah pelajar lelaki. Tenggelam terus takbir suci mengajak manusia menunaikan solat dalam nada bising suara pelajar lelaki.

dah start ke sembahyang cikgu” Tanya seorang pelajar perempuan kepada saya. Saya tiada jawapan kerana saya sendiri tidak mendengar  dengan jelas bilakah imam mengangkat takbiratuliqram yang pertama.
Aishah menjerit memarahi para pelajar lelaki kerana  jelas mereka tidak menghormati iqamat. Tidak malukah mereka sebagai seorang  islam? Kelihatan ada yang bertolak-tolak, bercakap-cakap, bermain-main.

“ Jika kamu masih bising, hari ini semua orang akan balik lambat!!” jerit saya tanda amaran telah diberi. Bagaimana solat secara  Jemaah ini akan berlangsung dengan baik dan tertib jika suasana masih bising. Bagaimana bacaan imam boleh didengari oleh pelajar perempuan misalnya jika suasana dalam keadaan bising. Akan ada yang akan keliru dengan bilangan rakaat antara imam dan Jemaah. Respon yang saya terima lagi mengecewakan saya.

Suasana menjadi semakin bising. Mereka bersorak sorai. “ yeah yeah hari ini balik lambat” seolah-olah meraikan kemenangan pasukan pilihan bola sepak mereka menjaringkan gol. Saya dan Aishah saling memandang. Jelas kami kecewa. Sudah lunturkah tanda hormat mereka pada cikgu. Sukarkah untuk faham arahan mudah supaya segalanya berjalan lancar. Jika berkata- kata dalam keadaan lembut dan kemudian kasar juga mereka tidak endah. Pilihan apa entah lagi yang kami ada?


aku pergi bilik guru sekejap, nak panggil cikgu disiplin. Nak minta tolong” kata saya pada Aishah yang dibalas dengan anggukan. Setibanya saya dimuka pintu, saya lihat kelibat Cikgu Fazli, cikgu disiplin sesi petang ke arah surau. Rupa-rupanya sorak sorai pelajar lelaki itu hingga boleh didengari hingga ke luar.
Suasana terus senyap. 100% sunyi. “ Siapa tadi yang gembira sangat sorak sorai sampai ke luar boleh dengar!” jerit Fazli. Tiada siapa yang berani mengaku. Jika lah saya dapat mengecam siapa gerangannya, mahu saja saya tunjukkan pada Fazli. Keadaan senyap dan solat pun bermula.

Usai solat dan berdoa. Saya arahkan pelajar membaca surah Al-Fatihah, Al-ikhlas, Al-falaq dan Al-Kafirun. Alhamdullilah mereka membaca penuh semangat. Semoga mereka mendalami maksud ayat-ayat tersebut.


Al –fatihah Ayat 6 dan 7:

Tunjukkilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan-jalan orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau murkai dan bukan juga jalan-jalan orang yang sesat.

Al-Ikhlas  ayat 2;

Allah yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon hajat

Al-falaq ayat 1 hingga 5

Katakan wahai Muhammad, “ aku berlindung kepada Allah yang mencipta sekelian makhluk. “ dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan. “ dan dari bahaya gelap apabila ia masuk. “ dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus –hembus  pada simpulan- simpulan ( dan ikatan-ikatan) .” dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”

surah al-kafirun ayat 5 dan 6:
dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “ Bagi kamu agama kamu, bagiku agamaku.

Semoga mereka mengerti dan menjadi modal insan yang diharap-harapkan. Doa saya sentiasa untuk mereka. Wahai anak-anak didikku, semoga kalian menjadi penegak AgamaMu. 
Best Blogger Tips

Monday, February 6, 2012

Sabar itu indah


salam.

Saya sandarkan badan di tiang masjid. Mata saya seakan berat. Jam menunjukkan hampir pukul 11 malam waktu tempatan. Bermakna  sudah pukul 4 pagi di Malaysia.Saya gagahkan diri untuk berjaga.Peluang seperti ini jarang-jarang datang. Peluang untuk bertemu dengan manusia terpilih itu. Insan yang dimuliakan darjatnya dan disebut banyak kali didalam al-Quran. Ya. Nabi Muhammad SAW.

Ruang raudah masih tidak dapat kami masuki lagi. Berbanding  lelaki, peluang untuk kaum wanita lebih terbatas dan mengikut waktu yang ditetapkan. Pegawai masjid yang bertugas menyuruh para wanita daripada kepulauan Nusantara( Indonesia, Malaysia dan Singapura) menunggu di ruang masjid yang berdekatan dan memberi laluan kepada para wanita daripada Asia Tengah masuk dahulu ke ruang Raudah. “ duduk dahulu ibu tegur pegawai wanita yang bertugas dalam pelat arab menghalang beberapa orang wanita dari kepualuan nusantara. Rasionalnya mudah, wanita arab lebih  besar dan agak kasar. Mereka menolak sesama sendiri . Saya sendiri pernah mengalami keadaan ini semalam ketika masuk ke Raudah bersama jemaah  arab. Keadaan di raudah pada waktu itu agak kelam kabut dan saya tidak lama di Raudah  pada ketika itu kerana bimbang dipijak.

Apa istimewanya Raudah? Di Raudah terdapatnya Makam Rasullullah SAW. Raudah itu dulu adalah ruang Masjid Nabawi yang asal. Raudhah itu adalah salah satu taman syurga. Raudah itu kawasan dimana Rasullulah pernah menyampaikan khutbah kepada para sahabat.  Berdoa di Raudah , Insyallah akan termakbul.

Setelah hampir 1 jam menunggu. Saya hampir mahu menangis. Saya tidak suka menunggu. Saya juga bukanlah seorang yang penyabar. Terserlah sifat-sifat buruk saya. Ya Allah, ujian sekecil itu pun saya hampir mahu menyerah sedangkan Rasullulah dahulu lagi berat diuji untuk menyebarkan dakwah islam. Rasullulah SAW pernah dilempar tahi, ditentang ahli keluarga sendiri, pernah  juga diancam bunuh. Semasa baginda hampir nazak, mulut baginda tetap tidak putus putus menyebut umatku, umatku. Sedangkan kita sebagai umatnya pun jarang-jarang untuk berselawat keatas nabi.

Saya duduk bersila sambil muka saya beralaskan tangan. Cuba menutup muka andainya air mata saya tumpah. “ Ya Allah, kau permudahkan urusanku dan percepatkan segala-segalanya supaya aku dapat berjumpa dengan rasulku”. Usai saya berdoa .  Maha suci Allah. Pegawai wanita yang bertugas segera menyuruh para Jemaah daripada kepulauan Nusantara ini masuk ke dalam Raudah.  Saya bersama-sama Dik Da, Nyai, Mak Teh, Busu dan Cik Ecah masuk ke dalam Raudah. Lantas saya  menunaikan solat sunat dan berdoa sebanyak yang boleh. 

Suasana di Raudah pada tika itu sangat-sangat berbeza daripada semalam. Keadaan tidak huru hara seperti semalam dan lebih tenang.’ Orang yang bersabar memang akan sentiasa mendapat kebaikan,masih terngiang-ngiang lagi kata-kata kak Zaharah, ketua rombongan kami ketika kami dihalang memasuki raudah dan dipaksa menungu sebentar tadi.

Solat di raudah membuatkan hati saya sebak. Dahulu disinilah Rasulullah menyampaikan khutbahnya dan di dengari para sahabat. Disinilah dahulu Rasullulah mengimamkan solat. Usai solat saya bergerak menuju keluar memberi peluang pada Jemaah lain pula untuk menunaikan solat disitu. Tiba-tiba seorang wanita tua berbangsa arab berkerusi roda memandang dan melambai-lambai saya.  Beliau menyuruh saya menolak kerusi rodanya ke luar. yes madam, where do u want to go?” saya bertanya. Wanita arab itu hanya tersenyum dan berkata-kata dalam bahasa arab. Bahasa yang saya tidak faham maksudnya. Alangkah ruginya saya tidak menguasai bahasa arab dan tidak berusaha juga untuk mempelajarinya. Sedangkan al-Quran itu sendiri  ditulis dalam bahasa arab.

Saya mula panik. Masakan untuk saya meninggalkan wanita ini disini keseorang. Saya bertanya-tanya pada jemaah wanita disekitar jika mereka  ada ternampak mana-mana waris wanita tersebut dalam bahasa inggeris. Mereka hanya mengelengkan kepala. Saya menjengah-jengah kepala melihat dari pintu keluar Raudah. Hati saya lega apabila ternampak Cik Ecah keluar lalu saya memanggil beliau. Saya terangkan perkara yang sebenarnya . Cik ecah kembali ke raudah dan  5 minit kemudian keluar sambil memaut tangan seorang pegawai wanita yang bertugas.

Syukur Allhamdullilah, pegawai wanita tersebut mengambil alih peranan saya dan menjelaskan perkara seperti ini sering berlaku. Malahan beliau menyuruh saya dan Cik Ecah masuk semula ke dalam Raudah untuk beribadah. Girang hati saya tidak terperi. Kami masuk semula ke dalam Raudah dan menunaikan solat sunat dan berdoa sebanyak yang mungkin. Saya titipkan sekali doa- doa keluarga dan rakan di Malaysia. Amin. Semoga termakbul. Syukur.


                                    Nyai. Cik Ecah. Pak Man. Cik Menah. Mak Teh. Busu.

Hidup ini adalah antara sabar dan syukur. Itu tanda kita ini makhluk yang mempunyai tuhan. Biasanya , kita selalu terlupa bersyukur pada nikmat yang Tuhan berikan kepada kita tetapi belajarlah untuk  bersabar dengan dugaan dan kesusahan yang tidak akan datang tanpa izinNya kerana disebalik semua itu ada hikmah yang tersembunyi yang tidak terjangka oleh kita. (  ms 112, Diari Mat Kilang, Ahmad Fairuz Daud)



Best Blogger Tips

Friday, January 13, 2012

Atas dan bawah

salam

dalam surah Al- A'raaf  telah diceritakan secara ringkas mengenai kaum Bani Israel yang telah diangkat martabat  melebihi kaum yang hidup sezaman dengan mereka pada masa itu. Nabi Musa ,antara nabi yang diberikan mukjizat telah berjaya menundukkan para ahli sihir Firdaun. Malah, telah menyebabkan golongan ahli sihir ini memeluk agama Allah secara beramai- ramai. Allah menyelamatkan golongan bani Israel ini daripada bala tentera buruan Firaun.Laut Merah yang terbahagi dua bercantum semula.

Begitulah Allah memerdekan golongan yang sabar. Analoginya mungkin begini:

a) Ana yang hidup miskin dan kehilangan ayah sejak kecil. Tinggal lah ibu tunggal yang tidak berkelulusan tinggi menyara anak-anaknya yang ramai. Kemudian, Ana belajar bersungguh- sungguh. Berjaya mendapat keputusan cemerlang. Masuk Universiti. Lulus dengan cemerlang. Ditawarkan pekerjaan lumayan. Seterusnya mengubah ekonomi keluarga. ( Sound so cliche. Sungguh la drama-drama melayu)

atau

b) Ali yang tidak cemerlang dalam pelajaran. Disisihkan oleh ahli keluarga yang berjaya. Ali bangkit dan guna kan kemahirannya yang dia mahir dengan sebaiknya. Buka perniagaan dan mendapat sambutan yang sangat mengalakkan sehingga ke peringkat antrabangsa. Sehingga dia menjadi lebih berjaya dari mereka yang memandang rendah kemampuan dirinya dahulu. 

kalau dilihat sepanjang sejarah kehidupan manusia ini pun, memang ramai yang selalunya dipandang hina, dianngap bodoh menjadi lebih berjaya. Takdir setiap manusia ini berbeza-beza. Syed Al-Bukhari, Goh Tong- antara mereka yang pelajaran mungkin tak tinggi tapi antara insan yang kaya di Malaysia. 

Tapi kehidupan manusia ini bukan selalunya indah. 'Up' And 'Down'. Sekejap naik sekejap turun.  Yang kaya  mungkin tidak akan kaya selamanya seperti mana yang miskin tidak miskin selamanya. Tamadun Turki Uthamniah misalnya pernah mejajah Eropah. Tapi tumbang kerana monarki dan anarchy. Tamadun yang dibina tumbang kerana anak-anak raja yang berebut kekuasaan sesama sendiri dan alpa bahawa kehidupan dunia ini hanya sementara. 


Dalam surah Al-A'raaf lagi, dinyatakan bahawa ketika Nabi Musa menemui Allah. Kaum Bani Israel ini telah menyembah anak lembu emas. Pulangnya Nabi Musa , hampa lah baginda pada umatnya. Begitu banyak nikmat yang Allah berikan, sanggup mereka memalingkan keimanan mereka kepada agama asal nenek moyang yang tiada gunanya. 


Begitu juga lah kehidupan manusia.Analoginya mungkin begini;

a) Setelah berjaya , Ana menjadi sombong dan bongkak. Semakin jauh dari tuhan, derhaka pada ibu tuanya. 

b) Ali menjadi seorang yang tidak mementingkan halal dan haram. Perniagaannya disulami rasuah, riba, tipu daya, putar belit dan dari sumber yang haram.


Takdir manusia ini sangat unik. Beringat la. Jika di atas, jangan la berasa gah. Jika dibawah, jangan lah terlalu kecewa. Jangan suka terlalu menilai manusia sebab kita pun tak sempurna mana.
Best Blogger Tips

Friday, November 18, 2011

gadis Idaman

salam.

This was taken from  Aqua Keane  via Aisyahtun Arshad,




Gadis itu wajahnya berona  NUR IMAN
Mahkotanya dilitupi tanda KEHORMATAN
Maruah diri dipagari dengan KESOPANAN
Dialah puteri indah RUPAWAN

Ketika gadis lain sibuk menghiasi diri,
Dia menghiasi dirinya dengan NUR ILAHI pada wajahnya

Ketika gadis lain sibuk mencari SANG PUTERA,
Dia selesa berdakapan dengan CINTANYA

Ketika gadis lain sibuk BERMADAH PUJANGGA,
Dia tekun dengan bait kata TUHANNYA
Ketika gadis lain menangisi pemergian ARJUNA
Dia tangisi kehinaan diri sebagai HAMBA

Gadis itu umpama MAWAR BERDURI
Indah di pandangan, namun sukar 'tuk dipegang
Mulianya kerana KETAQWAAN
Cintanya kerana keperibadian AKHLAK MULIA

Kerana itulah dia GADIS IDAMAN










Jadilah manusia yang mengejar cinta Ilahi kerana abadi dan tak akan mati.

Best Blogger Tips

Saturday, August 6, 2011

mungkin kah ini ramadhan terakhir?

salam

Syukur Alhamdullilah. Hari ini hari ke 6 ramadhan. Waktu petang, kami bertiga ke Pasar Raya berdekatan  untuk membeli barangan berkaitan dengan hal -hal wanita ( la sangat).  Masuk satu kedai ke satu kedai. Bergema lagu raya. Eh bukan ke hari ini baru hari ke 6 berpuasa? Dah semangat nak beraya ke?  Ramadhan ini bulan berkat. Sedangkan para sahabat menangis apabila bulan ramadhan menghampiri syawal. Tapi kita sebaliknya pula (kan).

___________________________________________________

Saya membelek-belek majalah solusi keluaran terbaru, Tertarik pada satu artikel. Saya kongsikan sebahagian yang ditulis oleh Pahrol Mohamad Juoi disini.

Sesiapa yang tidak berpuasa dalam erti kata sebenar, hakikatnya tidak layak berhari raya, Apakah ukuran kejayaan amalan puasa seseorang?  Kejayaan puasa akan melahirkan sifat takwa dalam diri orang yang berpuasa. Allah berfirman yang bermaksud : " wahai orang yang beriman, puasa atas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu agar kamu bertakwa. " ( surah al-Baqarah 2: 183). Takwa ialah matlamat utama berpuasa. Jika takwa tidak terhasil, bermakna puasa itu gagal. Orang yang gagal tidak layak bergembira.

Bulan Ramadhan boleh diumpamakan sebagai sebuah madrasah. Selama sebulan umat islam perlu menjalani latihan mengawal hawa nafsu untuk mencapai takwa. Hanya mereka yang lulus dalam tempoh pengajian akan dikurniakan ijazah takwa, manakala yang gagal puasanya hanya sekadar lapar dan dahaga sahaja.


------(perenggan yang berlainan)

Bagaimanakah keadaannya mereka yang tidak berjaya mencapai takwa? Mereka sebenarnya tidak layak berhari raya. Bagaimana mahu bergembira jika fikiran dibelenggu nafsu, hati masih kotor dengan dosa, fikiran masih dijajah oleh isme-isme ciptaan manusia dan pancaindera masih banyak melakukan kemungkaran?

Kalimah 'fitri' bermaksud fitrah atau tabiat semulajadi. Maksudnya orang islam yang telah menjalani ibadah puasa selama sebulan disertai pakej yang lain seperti solah Terawih, bertadarus al-Quran, qiamullail, zikrullah, berdoa, bersedekah dan sebagainya sewajarnya kembali kepada fitrahnya yakni seperti bayi yang baru lahir. Namun, bolehkah orang yang masih bergelumbang dengan dosa dan dibelenggu hawa nafsunya dianggap telah kembali kepada fitrahny?

tentu tidak. Aidilfitri sebenarnya tidak layak disambut oleh mereka yang belum kembali kepada fitrah. Malah mereka sepatutnya bersedih kerana kehilangan peluang membersihkan diri dalam bulan ramadhan kerana bulan ramadhan bulan penuh keberkataan, keampunan, dan kelebihan sudah berlalu. Belum ada jaminan mereka akan bertemu ramadhan akan datang.


------ (perenggan seterusnya)

apa yang membuat kita sedih , belum pun bulan ramadhan menjelma, kadangkala promosi program-program menyambut hari raya dengan cara yang salah dan mungkar ini telah pun diuar-uar.Suasana ibadah pada bulan ramadhan cuba dibunuh dengan agenda makan minum, beli -belah dan hiburan yang keterlaluan. Pesta ibadah bertukar menjadi pesta juadah. Hari membesarkan Allah telah diganti dengan hari membesarkan nafsu amarah.

Secara terang-terangan kita saksikan bagaimana Aidilfitri telah dirayakan dengan dosa. Majlis-majlis atau acara -acara penuh dengan pendedahan aurat, pergaulan bebas, pembaziran, ketawa leka dan berbagai-bagai jenis kemungkaran dilaksanakan kononnya untuk menyambut hari raya. Unsur- unsur ibadah dalam hari raya telah dileburkan dan diganti dengan unsur hedonisme yang pekat dengan dosa yang melalaikan.

" sesiapa yang ketawa ketika melakukan dosa, akan masuk ke dalam neraka dalam keadaan menangis" ( riwayat Abu Naim)


Andai ini ramadhan terhari, layakkah kita berhari raya? Best Blogger Tips

Sunday, July 17, 2011

Hormat dan nafsu.

Salam

Nasi ayam sudah  siap terhidang. Kami ambil pinggan lalu beransur masuk ke dalam bengkel ERT, sebelah tempat memasak sempena Perkhemahan unit- beruniform kali ke 8. Hari ini hari ahad, hari terakhir. Giliran guru Pandu Puteri dan Bomba berkerjasama memasak makanan tengah hari. Seronok tapi penat. Tapi bila berkerjasama semua perkara jadi mudah. Yeah. Wonderpet!.


Kami berbual sambil makan. Bercerita mengenai pelbagai perkara dan pengalaman. Pelbagai tajuk sehingga bab wanita. Saya tidak berapa ingat apa yang mendorong kami berbicara mengenai wanita tapi Kak Zalina mengatakan sesuiatu yang mebuatkan saya teringat jelas  Lalu

Kak Zalina berkata:

Lelaki  ini ada pelbagai kerenah. Tapi yang paling nyata mereka melayan wanita kerana dua perkara.
1) Hormat
2) Nafsu


Kedua-duanya dicapai berdasarkan tingkah laku kita. Bergurau boleh tapi pastikan ada batasannya. Jangan merendah martabat kita. Sedangkan islam sendiri sudah tetapkan garisan panduannya.

Kak Sofiah mencelah dan bercerita dari pengalaman hidupnya:

Betul kak! orang dulu pelajar Mekanikal. Memang ramai la kawan lelaki. Selalu kalau sembang-sembang itu, kadang-kala mereka nie memang depan perempuan bukan main lagi layan. tapi belakang, kutuk perempuan itu balik. Miang la. Gedik la. Tak salah kan mereka pun tak boleh. 


Saya  berfikir panjang dan melihat diri sendiri.  Saya bertemu dengan pelbagai jenis manusia termasuk lelaki sepanjang hidup saya. Separuh pelajar saya adalah lelaki. 1/3 rakan sekerja saya adalah lelaki. 4/10 kawan-kawan saya adalah lelaki.Adakah mereka melayan saya kerana hormat atau nafsu?


Like confucius say: Respect yourself and others will respect you.



Best Blogger Tips

Sunday, June 19, 2011

Pesan Atuk Ngah

salam

Kali terakhir saya berjumpa Atuk Ngah  adalah 16 tahun yang lalu. Kedatangan beliau bersama Firdaus, Bayyan, Rayyan dan beberapa orang lagi anak beliau ke majlis perkahwinan Cik Ecah disambut dengan meriah. Waktu itu saya masih kecik.Masih seorang kanak-kanak kecil bersekolah rendah.

Atuk Ngah tinggal jauh. Pulang ke Malaysia pun jarang. Dia merantau jauh semenjak dia muda berusia belasan tahun lagi. Moyang hantar Atuk Ngah, arwah Atuk Anjang, arwah Atuk Andak dan Atuk Teh jauh ke tanah yang paling diberkati  tuhan sejak usia mereka masih lingkungan remaja lagi. Apabila 3 orang adik- beradiknya mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia selepas  graduasi di Universiti untuk berkhidmat di tanah air tercinta, Atuk Ngah buat keputusan untuk terus menetap di tanah Barakah itu.


Syukur pada tuhan, kunjungan saya dan keluarga ke Bumi Arab Saudi baru-baru ini membuka peluang untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim yang sudah sedia terjalin dengan sanak saudara di sana. Atuk Ngah begitu teruja bertemu kami. Semasa kami masih di Malaysia lagi,kerap kali Atuk Ngah menelepon Pak Man memesan nangka, kerepek, perencah tom yam, pokok-pokok buah-buahan dan macam macam lagi untuk  dibawa kepadanya.

Pertemuan kali ini selepas berbelas tahun tidak berjumpa menyebabkan saya terkejut. Muka Atuk Ngah mirip sangat dengan arwah atuk. Rindu datang secara tiba-tiba pada arwah atuk. Semoga arwah atuk ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin. Tiada apa yang saya boleh lakukan kecuali berdoa.



Sempat saya bermalam di rumah Atuk Ngah. Bergurau senda dengan anak cucu menantu atuk Ngah. Sekali sekala menjadi perterjemah bahasa inggeris pada nyai ( nenek) saya. Apabila sudah lama tidak berjumpa, memang banyak perkara untuk dicerita. Kami sangat teruja.


" masa itu Pak ngah bagitau same atuk engkau, pak ngah nak terus tinggal dekat sini, atuk engkau terus tanya sama Pak Ngah 'engkau dah pandai makan roti kering ke?" Ujur atuk Ngah sambil ketawa kecil pada Busu. Busu adalah adik perempuan ayah saya paling bongsu. 

"Masa itu susah, atuk engkau hantar bekalan setahun sekali sahaja. Kalau habis, makan sahaja apa yang ada  . Makan tiga bulan , kemudian habis. 7 bulan pak ngah makan roti kering. Nak bagi lembut roti itu kukus. Kadang kala cicah dengan sambal kacang " tutur atuk Ngah dalam nada berbahasa melayu berslang arab. 


Atuk Ngah kata dia adalah pesara. Dahulu Atuk Ngah seorang guru sains. Sempat kami bertanya berapa pencen Atuk Ngah. Selepas menerangkan sistem pencen negara Arab Saudi secara umum, Atuk Ngah memberitahu bahawa pencennya adalah 34 Ribu ringgit setiap bulan.

Pencen Atuk Ngah adalah berpuluh kali ganda dari gaji saya. Sempat saya membanding-banding gaji saya, Di Malaysia, Gaji seorang guru yang berpangkat JUSA C pun paling tinggi adalah 14 ribu ringgit sebulan.  Sambil bergurau, kami mengusik mengenai gaji Atuk Ngah. Tanah Mekah ini memang tanah barakah. Tiada cukai. Barang murah, gaji mahal beribu-ribu. Bayangkan harga sebuah kereta Toyota Vios disana baru sahaja RM50 ribu ringgit. Lebih murah dari sebuah kereta Persona.

Ayah mengusik Pak Tan agar membuka sahaja kedai teh disini, Pak Man diusik supaya membuka kilang keropok ikan di sebelah rumah Atuk Ngah. Ketawa pecah diruang tamu. Sempat Pak Tan mengusik Cik Ita ( isteri Pak Tan) dan Busu yang berkerja sebagai jururawat supaya berkerja di sini. Secara tiba-tiba semua orang mengajuk bercakap seperti perniaga di sekitar Mekah dan Madinah dengan slang arab. Yew hajjah, haji, masuk dulu~ lihat lihat duluu, 5 riyal. 10 riyal., Malaysia bagussss!~~

Atuk Ngah hanya tersenyum melihat kami. " Atuk Ngah tak kaya mana pun. Ini rezeki dari Allah. Tapi paling penting adalah keberkatan. Gaji kalau 21 ribu sekali pun, kalau tidak berkat memang akan habis sahaja.Carilah keberkatan itu dalam setiap perkerjaan. Sesungguhnya kamu akan berasa cukup".

Benar. KEBERKATAN. Bagaimana mendapat keberkatan? Tak susah. Hanya perlu jujur, ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam perkerjaan. Banyakkan bersedekah (infak).  Hidup dizaman kini, kadang kala kita menilai perkerjaan manusia berdasarkan gaji mereka. Barang material dan duit milik mereka kita jadikan ukuran untuk  menilai sejauh mana kaya dan mampunya mereka. Acap kali juga kita membeza-bezakan layanan antara yang kaya dan yang miskin sedangkan kita lebih digalakkan mencintai mereka yang miskin. Pelik bukan, ada orang gaji beribu raban tapi masih terbelenggu dalam hutang. Ada orang hidup secara sederhana tapi segala-galanya seperti cukup malah masih mampu untuk menyimpan.


KEBERKATAN. Kadang kala juga kita terlupa, Tuhan itu maha melihat dan sentiasa dekat. Ikhlas kah kita dalam setiap perbuatan? bersungguh-sungguhkan kita dalam perkerjaan? Asal gaji dapat tiap hujung bulan, buat kerja cincai-cincai pun tak apa kan? Tak produktif pun tak apa kan?  Kembali saya merenung diri sendiri dan menilai patutlah kenapa saya selalu merasakan gaji saya selalu tak cukup. Kurang keberkatan mungkin? Best Blogger Tips

Wednesday, April 27, 2011

untuk kau sahabat. ( anda tahu siapa dirimu)

salam

manusia ini sering diuji. Setiap masa, setiap ketika supaya menjadi lebih beriman kepadaNYA. Tuhan menguji sebab dia sayang. Supaya kita jadi lebih tabah. Supaya kita tahu untuk menilai. Supaya kita tahu erti sebenar sebuah kehidupan. Itu adalah cabaran. Kita dilatih dalam diam.

patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: " kami beriman" sedangkan mereka tidak diuji?. Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka. maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.

Al-Ankabut ayat 2-3.

Nyatalah janji tuhan. Sesungguhnya saya sedang diuji. Kami sedang diuji. Masih terasa segar dalam ingatan, lebih  4 tahun kami berkenalan. Gedung ilmu itu kami lewati bersama-sama. Banyak detik-detik indah kami lalui denga penuh gembira diselangi tawa dan tangis. Dalam persahabatan kadang kala tergigit lidah dan kata itu adalah biasa.Sebelum hadirnya dia, ada kami.

Sedih. Kerana sayang juga lah kami membenci. Dia tidak kami kenali. Hadirnya  sudah tentu menimbul tanda tanya. Tapi sebagai rakan kami gembira kerana kau rakan memang layak untuk menkecapi kebahagian selepas derita. Moga cinta lalu dijadikan panduan.


Harapan kami dia selayaknya untuk dirimu. Tapi mungkin juga, kami ini manusia yang terlalu berhati-hati. Sayang kami padamu kerana kau sahabat yang sungguh baik. Kau penasihat kami. Ingatkan bagaimana tips-tips Untuk Si A buat aku? Ingatkah kata-kata semangat kau untuk si rakan yang bekas kekasihnya sangat teruk. Ingatkan kau detik -detik kawan serumah kau menangis disebabkan hal-hal percintaan. Alhamudillah. Banyak jasamu pada kami.

Kini, masa mu. Sebagaimana dirimu dulu. Kami tidak ingin kau silap membuat pilihan. Takut hati baikmu tercalar lagi lalu derita melangkah. Kami sayang kamu. Tapi sedih kalau pekik lolong kami ini mungkin kau tak endah. Sedih hatimu rakan, begitu sedih juga hati kami.

Bukan kami cemburu , wahai sayang kami. Tidak. Dia bukan selayaknya untuk kamu. Ingat sayang. Mahligai indah itu dibina ada 4 perkara yang sangat perlu kau perhalusi. Hartanya, Rupanya, Keluarganya dan Paling penting AGAMANYA. Letakkan agamanya sebagai pilihan utama mu. Nescaya kau akan bahagia dunia dan akhirat. Itu kata Tuhan.


Demi rasa sayang dalam hati, kita mungkin selalu terpesong. Kau wanita baik, kami tahu kau akan dianugerahkan dengan lelaki yang baik cuma kata hati kami dia mungkin bukan takdir mu. Ingat sayangku, jangan kau tersalah langkah.

Maaf jika kami terlalu beremosi. Ada sebab utama kami tidak menyukai.Ada sebab kami tidak sependapat. Aku rindu kamu. Aku rindu cerita kamu. Aku rindu saat-saat kita bertemu. Sahabat, maaf kalau kami bukanlah manusia yang sepatutnya memberi sokongan.Maaf kalau kami bukan manusia yang meraikan kebahagianmu.  Maaf kalau kami tidak berpura-pura untuk meluahkan ketidak senangan kami. Maaf kalau kami terlebih kata dan terlalu beremosi. Kerana kau manusia yang kami sayang semoga Allah juga memberkati hidupmu. Semoga kau sentiasa mendapat yang terbaik dariNYA.

Kenapalah sekarang keadaan jadi begini? Tuhan sedang menguji kerana Dia sayang. Mungkin kelak, kita tidak akan seperti dahulu. Ujian tuhan ini moga kita lebih kuat dari dulu. Amin.





jangan pernah menyanjung cinta bila tak  mengerti maknanya cinta
-----------------------------------------

Untuk en boyfriend kawan saya:

Saya tak suka awak. Okey . Bye. 


oh, nie nak bagitau.
Dan kebiasaanya kalau saya tak suka orang tu, Memang tak kekal lama pun.BAHAHA. 
Serius tak tipu. :P


ps: orang selalu kata, kalau asyik cakap jew sesuatu perkara itu nanti jadi doa. Jadilah sila baca statement diatas 40 kali. Muahaha. daaa chin cau.


Best Blogger Tips

Monday, March 7, 2011

who is your enemies?

salam

To my grandchildrens in 2050. First and foremost, hai, yo! what's up, darl!~

second:

'Dan sesungguhnyaIblis itu telah dapati sangkaannya tepat terhadap mereka, iaitu mereka menurutinya, kecuali sebahagian kepada orang-orang yang beriman.( yang tidak terpedaya kepada hasutannya)'

 Surah Saba-ayat 20

And indeed Iblees (Satan) did prove true his thought about them, and they followed him, all except a group of true believers (in the Oneness of Allah).





'Dan sememangnya tiadalah bagi iblis sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan kami tentang siapakah yang benar-benar beriman kepada hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya. Ingatlah Tuhanmu sentiasa mengawal dan mengawasi tiap-tiap sesuatu'

Surah Saba, ayat 21

And he (Iblees Satan) had no authority over them, except that We might test him, who believes in the Hereafter from him who is in doubt about it. And your Lord is a Hafiz over everything. (AllKnower of everything i.e. He keeps record of each and every person as regards deeds, and then He will reward them accordingly).




ps: 

Ingatlah sayangku, dimana jua kau melangkah,berapa abad lamanya kau bernafas,  jurang  budaya apa pun yang kau sembah, Sesungguhnya syaitan itu musuhnya. Musuhmu setiap masa dan buat selama-lamanya.


Sekian sahaja pesanan dari nenek mu ini buat cucu ku dimasa hadapan.

ekso ekso~
Best Blogger Tips

Saturday, January 8, 2011

Kepada Tuhan.

salam


Oh tuhan

Alhamdullilah. Im still alive. Thanks Allah.

Orang selalu berkata bahawa apabila usia kian meningkat, serta merta kita rasa ada tanggujawab dalam dada. Dalam peredaran masa kita jadi matang dalam perbualan dan perbuatan. Tiba-tiba kita mahu jadi sesuatu.

Terima kasih Tuhan. Nikmat engkau beri sangat tidak terhingga biarpun kadang kala aku adalah manusia leka. Manusia pelupa dan juga haloba. Mahu lebih dari apa yang ada. Sedangkan hakikatnya, Kau menilai manusia dengan imannya. Tak pernah jemu aku meminta itu dan ini dari Mu, sedang kadang kala aku mungkin alpa pada MU.

Tuhan,
Jauh aku tinggalkan keluarga dan kawan-kawan rapat yang tercinta.Bukan merajuk tapi ini takdir ku. Aku redha dengan segala isi tersirat dan tersuratmu. Qada' dan qadarku.  Tercampak jauh untuk memulakan hidup. Supaya Aku ini jadi dewasa. Itu fitrah. Destinasi kami kini sudah berbeza.Dahulu kami bersama-sama menuju jalan yang sama, dihujung jalan, terpaksa memilih persimpangan yang berbeza. Aku kian rindu mereka semua. Tawa kami, sedih kami, rajuk kami, sewel kami. Itu adalah memori. Indah.

Tuhan,
Mengajar generasi yang bezanya hanya lingkungan 9-10 tahun dari umur ku , kadang kala buat aku kaget. Mereka hanya kanak-kanak.Mereka hanya remaja. Melayan jiwa remaja mereka buat aku jadi penat. Ah! mengajar ilmu apakah aku ini. Semuanya baru. 4 tahun aku menuntut, di sekolah,aku hanya mengajar ilmu baru. Itu cabaran. Tapi seminggu aku disini, jiwa suci mereka hampir menyerlah. Aku harus gagah. PerancanganMu tuhan memang sentiasa indah.


Tuhan,
Bodoh ke mereka jika mereka hanya mendapat gred C, D dalam peperiksaan? Kurang ajar kah mereka jika mereka endah tak endah dengan arahan guru? miskinkah mereka jika mereka berdikit-dikit membayar yuran? Tapi aku amat jelas, bahawa manusia ini unik. Sudah Kau tentukan rezeki dalam haluan yang berbeza. Aku mohon kau berkatilah jalan mereka semua.

Tuhan
Berada jauh dari medan keselesaan aku sendiri,aku kian pandai menjaga diri. Tidak mengharapkan sangat pada emak dan ayah. Malah membuatkan aku memahami perilaku sang manusia.

Tuhan,
Andai masa ku panjang. Ku mohon, kau berkatilah umur panjang ku itu. Andai kata ingatan ku kuat. Ku mohon, kau berkatilah diriku dengan ilmu yang berguna. Andai aku layak untuk dikasihi dan disayangi. Ku mohon kau berikanlah insan yang cemerlang untuk ku. Andai aku layak mempunyai teman sejati. Ku mohon, kau kuatkan ikatan persahabatan yang kami bina ini dengan rapi. Ku mohon tuhan. Janganlah kau biarkan aku lupa bahawa KAU sentiasa ada disisi ku setiap masa.

Tuhan,
Terima kasih kerana memberikan aku tahun-tahun yang indah dalam hidupku. Terima kasih untuk insan-insan yang hebat dalm hidupku. Terima kasih untuk nikmat islam ini biarpun aku bukan hambaMu yang baik. Terima kasih untuk nyawa dan nafas ini. Terima kasih oh Tuhan ku.




                                                                                                            Hambamu.


------------------------------------------------------------------

sowilah geng , guwa lama x hupdate coz guwa lupa mahu bawak laptop guwa. Pinjam orang punya tarak kaw lah nak menghupdate belog.Mood tarak datang. Tunggu lah nanti cuti, guwa hupdate ye. Rindu guwa, call atau sms ler.

-----------------------------------------------------------------
for my gossip girls: WEI APA NIE WEI..!! GOSIP CERITA TERBARU TAK BAGITAU AKU PUN!!
vavavavavvavavava * diva laugh*..Yew lah, aku tahu lah siapa aku ni, dah la jauh,. Tak bawa perkakas-perkakas IT nie pulak. huwaaaaaaaaaaaa... Best Blogger Tips

Monday, December 13, 2010

Majlis perkahwinan bukanlah seperti permainan pondok-pondok,sayang~

salam

Bersembang dengan seorang kawan lama di muka buku. Lama sudah tidak ketemu. Lawak rasanya bila dia bertanya bahawa saya akan berkahwin dalam waktu terdekat ini. OMG. ITU MEMANG LAWAK DAN TIDAK BENAR.Me? Married? With who? *ahem*..God, not now. Saya baru nak mengenal erti hidup, baru mahu mengapai impian.Relax-relax lah kan...yo!

Kemudian saya godek-godek draft.(ciet, ini pun nak bagitau kew?..Eh kena, baru kena kronologi cerita).. Guess what? Tadaa... I'm found this entry..Meh, kita ambik mood kahwin berdasarkan realiti jom.Biasalah bulan 12 kan, musim orang kahwin.

---------------------------------------------
( draft)

12.57 tengah malam waktu Malaysia. Malam yang sepi pi pi, pak mat jual topi. Topi nya buruk ruk ruk, Pak mat sumpah jadi berukk ruk rukk....

Lagu siulan kanak-kanak semasa usia saya dalam lingkungan 7,8,9 tahun. Diwaktu kecil saya, kehidupan anak kecil yang dibesarkan di kawasan perkampungan menuntut kami menjadi lebih kreatif mencipta permainan kami sendiri. Apalah sangat jenis permainan diwaktu itu. Selain bermain getah zero point, konda kondi, polis sentri, batu seremban dan pondok pondok.

Pondok-pondok adalah permainan paling disukai. Kami bina dunia kami sendiri. Kami dirikan tiang cerita kami sendiri. Kami tentukan peranan kami sendiri. Cukup indah. Ada mak, ada ayah, ada kakak, abang dan adik. Sebuah keluarga bahagia. Terasa lawak bila memikirkan permainan pondok-pondok dikala kecil.

'Mak' akan duduk didapur memasak bersama 'kakak'.'Ayah' akan duduk sambil membaca surat khabar selepas balik berkerja. 'Abang' akan ke 'kedai'. maksudnya itu mencari sumber alam disekeliling untuk dimasak oleh 'mak'. 'Adik', ah si comel yang sering bermain.

Minda suci kami diwaktu itu hanya melihat itulah peranan sebuah keluarga. Kadang kala kami main kahwin-kahwin. Terasa kanak-kanak dahulu macam gatal miang kan, kecil-kecil dah terasa nak kahwin. Peliknya diwaktu kami kecil dahulu, tak pernah pun kedengaran masalah rogol liwat kanak-kanak atau kelakuan seks dikalangan kanak-kanak. Lucunya bila diwaktu ini, kes ini macam menjadi-jadi pulak kan.Ah, benda ini lain hari kita boleh cerita~

Dunia kecil kami berpendapat kahwin pada masa itu hanya lah majlis indah,penuh dengan budaya, adab susila dan kemeriahan. Tidak terfikir mengenai tanggungjawab si suami atau isteri ataupun seks. Gatainya~~kihkihkih.

Melangkah ke alam remaja, selangkah demi selangkah dunia indah riang si kanak-kanak kami tinggalkan. Huh! mana mungkin kami budak belasan tahun mahu bermain begitu lagi.  Melihat perubahan pada tubuh, kematangan akal mengajar kami erti tanggungjawab dan malu.

Melangkah ke alam dewasa menuntut kami lebih bertanggungjawab. Menerima fitrah kehidupan bahawa hidup perlukan cinta. Cinta itu tanggungjawab. Menjadi seorang islam dan berketurunan melayu, kita harus faham bahawa yang haram perlu dihalalkan dengan akad.Akad janji dengan tuhan bahawa amanah itu akan ditunaikan dengan sebaiknya.


*sorry fida, curi gambar tanpa izin*
Caption: thanks Auburn sebab susah-susah jew buat lagu Perfect two untuk mereka berdua ini. 
* hope this make ur day fida, Luv u.*


Hidup dizaman ini, majlis bukan sahaja sebuah majlis yang memenuhi rukun nikah.  Perlu ada sebuah majlis meriah. Kenalan rapat atau renggang, saudara mara, orang kampung perlu dijemput dan diwar-warkan. Jangan ada yang kurang, takut terasa hati empunya tuan sementelaah hidup kita dibawah rumpun masyarakat yang sama untuk sekian lama.Hmm... Orang melayu penuh dengan adat, penuh dengan susila katanya. Majlis perlu dirai dengan himpunan budaya agar rumpun melayu itu kekal dari generasi ke generasi.

Tapi meraikan sebuah adat budaya bukannya murah. Lebih-lebih lagi sekarang  segalanya mahu cepat dan mudah. Ada matawang perlu dipungah. Dalam bahasa cukup mudah, jika banyak wang segala-galanya akan dilihat indah. Malah sedihnya dunia, bila hantaran seperti sebuah pertunjukkan untuk dimegah-megah.Pastinya impian si gadis yang sejak kecil disogok untuk sebuah perkahwinan idaman penuh gemerlapan perlu dicapai. Tak kisah la lepas majlis perkahwinan itu jadi macam mana pun, itu lain cerita.



Nyummy.Cupcake sangat comel dan menarik. Tapi rasa, kena makan juga baru taw sedap atau tidak. Begitu juga perkahwinan, nampak indah. Tapi kena lalui sendiri, baru boleh cakap seronok atau tidak.

Jarang-jarang orang zaman sekarang mahu majlis hanya sekadar memenuhi rukun nikah takut nanti tertimbul fitnah oh itu mesti tangkap basah :P.Sekurang-kurang perlu jua sebuah majlis makan-makan.

Kita sudah dewasa. Bukan lagi bermain pondok-pondok atau kahwin-kahwin. Katering, baju pengantin, pelamin, hantaran, photograph, dewan, goodies bags, make up, wedding planner,hiburan lagi ntah zapin cak lempong atau orang nyanyi-nyanyi  jew.Itu semua pakai duit. Alangkah indahnya jika duit itu seperti daun-daun dipokok. Hanya perlu petik sahaja lalu bayar.

 Dan lebih parah lagi, minda saya juga sudah terjajah untuk mendapatkan majlis bukan hanya sekadar memenuhi rukun nikah sahaja ( blame to media and Hollywood?). Yew,sederhana tapi indah dan meriah. Tapi sayang majlis sederhana tapi indah dan meriah  bagi definisi saya itu bukannya berharga sekupang dua. Oh maybe i'm talking about reality.KIta perlukan duit juga untuk meraikan cinta kan?

Oh ini maksudnya lama lah lagi nak kahwin. Kumpul duit dulu. kejar cita-cita dulu. kemudian baru boleh bincang pasal ini. Ah kalau jodoh, tak kemana kan.

this only my 2 cent. How about u? Best Blogger Tips

Wednesday, October 27, 2010

Oh khinzir

salam



( klik untuk paparan lebih jelas)

sumber:ohislam


Pada umat islam, berhati-hatilah.Ambil masa, untuk membaca label setiap keluaran makanan yang hendak dibeli. Update selalu dengan laman web jakim.Cetak dan kalau boleh hafal kod-kod untuk produk yang mengandungi sumber-sumber yang haram.



Daripada Abi Darda’, Rasulullah saw bersabda, “Apa yang Allah halalkan di dalam
KitabNya, maka ia adalah halal. Dan, apa yang Allah haramkan, maka ia adalah haram.
Manakala apa yang didiamkan olehNya, maka ia adalah dimaafkan. Oleh itu, terimalah
kemaafan dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan lupa sedikitpun
Best Blogger Tips

Sunday, October 10, 2010

Kenapa saya bertudung?

Salam

Recently, I had conflict in myself what I called it as identity confusion (AGAIN!!). It’s not fun at all since I keep thinking and questioning myself . Err…ok tipu, bukan diri sahaja, tapi saya juga  kacau 2 ahli rakan kumpulan bergosip saya. Oh sangat penting untuk memiliki ahli gossip sendiri supaya  integiti dan kesetiaan dan privasi dapat dijaga. Ewah. It is essential codes since when we start to share our stories to others, we hoping they can keep it as secret and don’t judge us. 

Seem they are not interesting to listen because I always said bla bla bla but sometimes I don’t really mean it.Drama jew lebih. HAHAHA. Dan kemudian luahan perasaan itu akan keluar dari landasan dengan bercerita pasal fashion, buku, movies, blog orang lain, KPM, money, vacation and etc.  Best friends know better.

_______________________________________________________

Segalanya bermula ( oh ayat) apabila saya baca artikel ini. And Im just Oh yea? Please read the comments. Its quite interesting (kan?)  

Pakai tudung salah, tak pakai tudung pun salah. Ramai lagi yang tak pakai tudung, pakai tudung nampak rambut, blab la bla bla.

Diam. Angguk. Then I feel terrible. Oh JAHILNYA AKU( sob sob sob). Then I PM ckin (sebab dia jew yang online) . Sharing my doubt, my guilty and my curiosity.  

Kenapa saya bertudung? Kerana:

A)  Bertudung  adalah lambang kesucian dan maruah seorang  perempuan islam.
B) Bertudung adalah tanda ketaatan  dan komitmen seorang perempuan islam pada agamanya 
C)Bertudung mendorong wanita islam lebih dihargai melalui  ilmu dan sumbangan mereka  pada masyarat dan mereka tidak dinilai berdasarkan kecantikan mereka.


Jujurnya, saya bertudung kerana sudah terbiasa. Kawan-kawan saya semua bertudung. Persekitaran saya membuatkan saya memakai tudung. Yes dear, I’m so grateful born as muslim. Being muslim is the best ever thing that happen to me. Syukur. Tapi bersyukur sebagai muslim tidak bermakna kadang kala saya taat pada amalannya. Bertudung sejak kecil tidak lah bermakna saya ini manusia beriman lagi patut pada segala ajaranNYA. Ada yang tunggang terbalik.


Menjadi gadis remaja perempuan adalah hebat. Kami suka pada perkara-perkara yang cantik dan nampak manis. Semakin meningkat dewasa, semakin boleh berpijak dengan kaki sendiri, semakin mendapat kebebasan dalam membuat pilihan. Kadang kala pilihan yang dibuat adalah lebih pada kata hati dari akal. Kadang kala mungkin jauh dari hakikat bahawa islam itu bukan hanya pada nama tapi pada paras laku juga.


Memakai tudung bukan semata-mata menutup kepala sahaja. Bukan hanya pada fizikal tapi juga ada suntikan rohaniah disitu. Bila pakai tudung, tak boleh pakai baju nampak lengan, seluar pendek, baju ketat, akhlak juga hendak dijaga. Tak manis seorang yang bertudung berjoget-joget berhuwaaa huwaaa.


Kadang kala saya tak nampak hakikat indahnya dan fadhilatnya bertudung kerana bila pakai jubah, pakai tudung menutup dada tak nampak manis dan tak update dengan fesyen semasa. Sukar untuk menghadiri majlis-majlis tertentu. Ada tempat-tempat yang terbatas. Oh dunia memang indah.


Oh ada orang kata, perempuan pakai baju seksi-seksi, ketat, and etc  adalah untuk menarik perhatian lelaki.  Siapa tak sukakan perhatian?  Anybody. Lebih-lebih lagi bila mulut-mulut mereka ini asyik dok puji dan biasanya wanita yang berpakaian ketat, seksi, up to date (biarpun mereka bertudung) lebih mendapat perhatian dari mereka yang satu badan berselubung penuh. Malah, mereka yang berpurdah satu badan, berjubah bagai, kadang kala dipandang pelik dan mendapat gurauan sinis. (am I right?).

 Im not wrote this in purpose to show that im good. No, saya tahu amalan saya tahap mana. Saya hanya mahu berkongsi agar saya ini dibuka kan hati menjadi lebih baik. Semoga suatu hari saya menjadi bidadari yang terpilih dengan akhlak mulia Bukan hanya memakai tudung sekadar untuk tuntutan bahawa petanda saya ini islam dan sudah terbiasa. Hanya sehelai kain diatas kepala. Kerana bertudung lebih daripada itu. Mungkin suatu hari nanti….


Bacaan tambahan:
1) ini
2) Ini

Best Blogger Tips