Showing posts with label women. Show all posts
Showing posts with label women. Show all posts

Friday, March 23, 2012

Ha, ini lah lelaki..

salam

Apa yang saya lakukan pada malam jumaat ini?

Well, watching old movies  always be one part 'must do' activity for me and Along. So hari ini, julung-julung kalinya kami menonton Ali Setan.

So ada la babak ini dimana Asmidar dan Ali berbaju putih diatas batu di tepi pantai berbincang bahawa mereka tidak boleh meneruskan perhubungan  mereka. So here the dialog:

Asmidar: Ali ,Aku fikir perhubungan kita berhenti setakat ini sahaja.

Ali:  ( muka blur mcm terpinga-pinga sambil toleh belakang) Jadi itu maksud engkau ajak aku bertemu?

Asmidar: iye, pertemuan ini adalah yang terakhir buat kita.Antara kau dan aku hanya kawan biasa sahaja.

Ali: Apa salahnya aku.( muka menoleh sangat tak puas hati mahukan perjelasan)

Asmidar: ( sambil paling muka) Salahnya engkau sudah punya isteri dan anak satu. Aku tidak mahu merebut hak orang lain Ali.

Ali: Mana engkau tahu semua ini?  ( Buat-buat terperanjat konon)

Asmidar: Jangan kau tanya mana aku tahu? ( Perg, ayat perempuan ini sangat dramatik)

Ali: engkau jangan mendengar fitnah orang. ( bajet orang banyak peminat memang banyak pendengki kan)

Asmidar: tidak, aku tidak mendengar fitnah orang.Aku dengar dari mulut isteri kau sendiri, Latipah namanya bukan. Sekarang engkau mengaku atau tidak?

Ali: Betul As, Aku sudah kahwin. tapi sampai sekarang aku belum mempunyai isteri. ( ayat cover la tu sebab dah kantoi)

Asmidar:Apa! Engkau sudah kahwin tapi tidak mempunyai isteri?. Aku tidak pernah dengar. Cakap apa ni! Cakap orang gila. Jadi itu anak siapa! (oh perempuan, haruslah bersikap penuh emosi)

Ali: Anak orang lain.

Asmidar: Kalau itu anak orang lain. kau jadi apa? Pak sanggup.

Ali: Assssss.. Aku boleh jadi apa sahaja.Tapi percaya lah As, Aku tidak pernah mencintai Tipah.

Asmidar: BOHONG! Kalau engkau tidak mencintai dia, kenapa engkau kahwin dengan dia.

Ali: Sumpah As, percaya lah  aku. As, *jangan engkau tanya mengapa aku mengahwini tipah*. Percaya lah aku As. Dalam hidupku, aku belum pernah mengenal cinta.................

( kami ketawa banyak sebab bahasa yang digunakan drama sangat menepati standart. Sesuatu yang jarang2x ada pada filem2x zaman sekarang. Yang selalu ada pada bahasa zaman sekarang ialah der, bai, bro, lex lu, sial, bodoh, anak biadap,siot je.........)


Sila tonton, jika untuk mendapatkan kesan yang lebih mantap.





* Tetiba Along memberi ulasan secara spontan dan bingit apabila Ali menuturkan:


*jangan engkau tanya mengapa aku mengahwini tipah*

Ha, ini lah lelaki. Benda macam ini tak nak bagitau, tak nak explain betul-betul.Ingat nak suruh perempuan percaya je. Perempuan ini jenis, kena bagitau suma baru nak percaya.  kalau gitu gitu je mana nak percaya. Apa, ingat nak senang je......bla bla bla bla bla..( she was mumbling to long. Sorry i can't remember the details butt o guess u'all get the point, right?)

Seriously babe, Along mengulas kes ini daripada sepotong ayat yang bertnda * diatas dengan panjang lebar. And of course, she ruin my mood to watch the movie. TQ. Sob sob sob.

Back to the topic, based from my observation and experience.

Lelaki ini, kalau sibuk macam mana pun kena tunjuk bukti dengan jelas dan sahih sebab syaitan memang suka hasut wanita supaya suka berprasangka. Walaupun lelaki ini cakap mereka sangat sibuk dengan kerja, kekadang perempuan akan ingat lelaki ini ada perempuan lain. Remember , sibuk macam mana pun , luangkan sedikit masa untuk orang tersayang anda ( ibu bapa, gf,isteri, suami, bf, cikgu sekolah, tukang kebun, orang gaji atau sesiapa sahaja yang anda sayang)

Sebab memang lumrah kebiasaannya, lelaki memang suka mengatal dengan banyak orang even mereka dikala itu dah memang ada teristimewa. Cuma tahap mengatal itu berdasarkan tahap rendah, sederhana dan tinggi.

sangat macam berat sebelah ulasan diatas kan. Mestilah, siapa lagi nak sokong wanita, kalau bukan wanita itu sendiri. Yeah hidup wanita! hidup wanita*

Apa pun  mesti ingat bahawa:


"Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)













Best Blogger Tips

Wednesday, February 1, 2012

Friday, November 18, 2011

gadis Idaman

salam.

This was taken from  Aqua Keane  via Aisyahtun Arshad,




Gadis itu wajahnya berona  NUR IMAN
Mahkotanya dilitupi tanda KEHORMATAN
Maruah diri dipagari dengan KESOPANAN
Dialah puteri indah RUPAWAN

Ketika gadis lain sibuk menghiasi diri,
Dia menghiasi dirinya dengan NUR ILAHI pada wajahnya

Ketika gadis lain sibuk mencari SANG PUTERA,
Dia selesa berdakapan dengan CINTANYA

Ketika gadis lain sibuk BERMADAH PUJANGGA,
Dia tekun dengan bait kata TUHANNYA
Ketika gadis lain menangisi pemergian ARJUNA
Dia tangisi kehinaan diri sebagai HAMBA

Gadis itu umpama MAWAR BERDURI
Indah di pandangan, namun sukar 'tuk dipegang
Mulianya kerana KETAQWAAN
Cintanya kerana keperibadian AKHLAK MULIA

Kerana itulah dia GADIS IDAMAN










Jadilah manusia yang mengejar cinta Ilahi kerana abadi dan tak akan mati.

Best Blogger Tips

Wednesday, August 10, 2011

kembara cinta mu teman

salam

teman yang baru ku kenali jiwanya

dalam kembara kau mencari cinta manusia
Agar ketemui cinta Tuhanmu

______________________

Bulan di atas kota kecilku yang ditinggalkan zaman ( moon over my obscure little town)

orang asing ( stranger)
orang asing ( stranger)
Seseorang yang asing ( Someone stranger)
Berdiri di dalam cermin ( standing in a mirror)
Tidak ku percaya aku pada pandanganan ku ( I can't believe what i see)
Begitu banyak cinta telah diambil dariku ( How much love has been taken away from me)


Aku kesepian ( my heart cries out loud)
aku kesepian dalam keramaian ( Everytime i feel lonely in the crowd)
mengeluarkanmu dari ingatan ( Getting you out of my mind)
Bak menceraikan angin dari awan ( Like separating the wind from the cloud)


Takut ( afraid)


Takut ( afraid)


Aku sangat takut ( I'm so afraid)
Kehilangan seseorang yang tidak pernah ku miliki ( Of losing someone i never have)


Gila, gila rasanya ( Crazy, oh crazy)
Gila kerana cemburu buta ( finding reasons for my jealousy)
yang tersisa hanya kenangan ( all i can remember)
 saat kau meninggalkanku sendirian ( When you left me alone)
Dibawah rembulan yang menyinari kota kecilku yang ditinggalkan zaman ( under the moon over my obscure little town )


sejauh yang dapat kukenang ( as long as i can remember)
cinta tidak pernah lagi datang ( love has turned to be as cold as December)


Bulan diatas kota kecilku yang ditinggalkan zaman  (the moon over my obscure little town )
Bulan diatas kota kecilku yang ditinggalkan zaman   (the moon over my obscure little town ) 

 Andrea Hirata-  karya Padang bulan



luluh hati, terhiba duka
Lara hati, termakan jiwa

Jenuh kau titipkan doa
Mungkin sudah tiba masa
 Tuhan jua punya segala kuasa
Agar kau ketemui bahagia

DIA kata kan Kun faya kun
hati sayang boleh jadi benci
Hanti benci boleh jadi sayang
Adakah kau dapat menduga?

Aku, dia dan DIA diatas sana
Setia menjadi saksimu yang setia

agar kau ketemui bahagia
Cinta dia yang membawa kamu ke syurga
Cinta dia yang membawa kamu lebih mencinta DIA

amin. Ibarat doamu di depan kiblatmu sudah ditunjukkan sinarnya. Mungkin

ps: chop jadi pengapit. tak kira!hehe







Best Blogger Tips

Sunday, October 17, 2010

bila cuti bersalin menjadi isu..

salam

I just added a few friends from facebook. They are cool people. And i love being surrounded with cool peoples. Okey enough to talk about them. Kemudian tertarik dengan salah satu status yang diutarakan. Pasal cuti bersalin yang maksimum 90 hari itu.


 ( beranak bukan senang kan, hanya wanita sahaja yang sanggup melakukan tugas ini.. Sebab itu tuhan kasi tugas mengandung ini pada perempuan bukan lelaki. Oh, anggaplah video ini sebagai sesi pembelajaran bukannya lucah )

Baru-baru ini, apakah malangnya nasib. Sering berjumpa dengan lelaki-lekaki yang WTFish punya makhluk. Ini gara-gara bajet 2011. Walaupun ada juga bajet yang diusul kan yang membuatkan saya macam eleh, nak amik hati rakyat lah tu  tapi saya tetap terima dengan redha. Terutamanya  pasal pemansuhan tax untuk beg, pakaian-pakaian wanita luar dan dalam dan segalanya yang berkaitan dengan hal hal wanita. Ini sudah cukup membuktikan bahwa wanita adalah penyumbang kearah pembangunan ekonomi yang baik.Ehehehehe.

 Tapi ada sesuatu yang sering dibahaskan iaitu Perempuan dapat isu maternal leave 90 hari pun nak jadi isu. Penat taw mengandung 9 bulan 10 hari. Berjaga malam lagi, breastfeeding lagi. Sakit badan dari atas ke bawah. Keluar darah nifas lagi yang sangat tak selesa. Badan sangat lemah. Emosi tak stabil lagi.

Hey, baca status macam ini buat saya tiba-tiba jadi harimau mengaum: amboi ko, kahwin masa buat sex senang sedap eh, tapi bila wanita dah mengandung bersalin ewah, dapat cuti lebih sikit nak baik kan  badan, tenangkan fikiran dan jiwa dengan kehidupan yang berubah sebab kehadiran orang baru plus pasal keadaan diri yang mungkin tak ada shape l nak bising lebih kata tak adil.  Keluar dah semua 9 emosi tuhan kasi tu. So, please dont mess with women pasal hal-hal ini.  Jiwa mereka sangat sensitif.

Oh yew, saya belum berkahwin lagi, tapi sebagai anak sulung, saya tahu betapa lemahnya seorang wanita apabila mendapat anak baru. Saya tengok mak saya berpantang 3 orang adik dibawah saya  ooo.Yup, its happy moment tapi sangat penat.Jadi mereka sangat memerlukan isi rumah yang lain terutamanya sang suami untuk memberi sokongan dan menguruskan rumah tangga serta anak-anak yang lain. Sebab itulah kalau masa berpantang ini tak mendapat sokongan moral, semangat dan tenaga dari suami terutamanya boleh gila meroyan taw, kata mak saya lah. Terus diselitkan segala ilmu serta bebelan  mengenai hal-hal wanita. HEHE

Lagi pun cuti 90 hari yang diberikan itu adalah Maksimum dalam tempoh 300 hari sepanjang perkhidmatan untuk cuti bersalin. Kalau nak ambil 60 hari kew, 50 hari tak kisah sangat asal jangan melebihi 300 hari dari sepanjang perkhidmatan. Saya baca lagi, lelaki itu komen sebab penat dan tak adil buat lelaki membuat 'leftover work' sebab perempuan cuti bersalin lama. Malah , ada rakan saya tidak bersetuju sebab ini akan membuatkan majikan lebih memilih perkerja lelaki berbanding perempuan. Kesannya pada ekonomi negara,bla bla bla bla. Hmm, jawapan mudah saya, kalau perkerja wanita itu seorang yang bagus, produktif, kreatif, malah memberi banyak keuntungan pada syarikat, beranak berpuluh orang anak pun , majikan tetap cari. Tapi jaranglah wanita yang berkerjaya ini nak beranak banyak-banyak, kadang-kadang 2,3 orang itu dah maksimum.

 Ada yang berkata mungkin dengan memberi cuti berlebihan akan membuatkan produktivi negara berkurangan. Saya rasa nak gelak. Orang sekarang berkerja bukannya mengikut tenaga buruh semata-mata dlam bidang pembangunan dan perindustrian  tapi  juga pertanian, sumber manusia ( perkhidmatan).Lagi-lagi bila dah era globalisasi ini, mengadap laptop, internet akses 24 jam ini, duduk kat rumah pun boleh dapat berjuta-juta ringgit kalau pandai. Kita ada banyak pecahan industri yang memberi faedah pada sumbangan ekonomi negara.Saya tak rasa dengan memberikan cuti bersalin lebih panjang pada wanita akan menyebabkan ekonomi negara akan terus menjunam lalu kita jadi negara miskin. Kdnk negara pada tahun lalu adalah AS$397.5 bilion (anggaran 2008) iaitu ke 29 paling tinggi didunia. Tinggi tu wei. 

Saya ambil contoh Denmark, negara ini bukan hanya memberikan cuti bersalin pada wanita sahaja, malahan si bapa juga diberikan cuti untuk menjaga si isteri dan anak yang baru lahir. Tengok, bagaimana Denmark menghargai masyarakatnya dan menekankan bahawa pentingnya institusi kekeluargaan itu dan hak wanita yang baru bersalin. Malah, Denmark dilaporkan sebagai negara paling gembira didunia biarpun kadar cukai disana adalah 50% dari gaji asal dan paling mahal didunia. Konsep mudah, bila rakyat gembira mereka lebih produktif dalam berkerja, dalam berkeluarga, seterusnya memberi kesan positif pada ekonomi.Benda yang baik, kita mesti ambil contoh, yang buruk abaikan lah.

Akhir kata, anggap sahajalah itu adalah hadiah bonus kepada para wanita yang sanggup bergadai nyawa untuk menyumbang populasi masyarakat Malaysia ini wahai lelaki diluar sana. Tapi pelik kan ayah saya, malah pak cik-pak cik saya suka jew kalau isteri mereka dapat cuti lama, kalau boleh lama lagi bagus tapi kenapa lah lelaki yang memberi komen annoying itu tak suka yew??????Daaaaa. Best Blogger Tips