Showing posts with label students. Show all posts
Showing posts with label students. Show all posts

Friday, August 23, 2013

Kepuasan hati

Salam

Jam di tangan menunjukkan pukul 8.10 sewaktu para pelajar 4MPV masuk ke makmal.

" hari ini belajar ke cikgu?"

" belajar la", balas saya

" ala, jom la pergi library" seorang pelajar yang lain pula menambah.

Lantas, ada pula yang menyahut tanda setuju cadangan rakannya dan menidakkan keputusan saya,

"Malas la, sekejap je kan waktu cikgu hari ini"

" ala, hari ini belajar la ye. Sekejap je.cikgu ajar sikit je yang mudah-mudah".  Ujur saya dalam keadaan lembut tanda memujuk.

Pengalaman mengajar mereka selama 8 bulan ini saya dapati mereka ini  lebih mudah mengikut kata dan mendengar arahan serta memberi kerjasama yang baik jika saya berkomunikasi dalam keadaan santai dan berhemah. Bukan secara marah marah dan meninggikan suara.

Takkan sama cara mengajar budak budak besar kelas hujung dengan budak budak kecik kelas yang hujung. Sepertimana tidak akan sama mengajar budak budak besar kelas pandai dengan budak budak kecik kelas hadapan.

Hmmm

Jika difikirkan balik tiada siapa pun yang suka dengan cikgu yang memanjang marah marah dan serius sepanjang masa. Macam kita semasa sekolah dulu, suka ke dekat cikgu disiplin kita?

"Tu amik buku atas meja, duduk tempat masing masing"  arah saya kepada pelajar yang masuk agar mengambil buku mereka diatas meja guru. Memang selama ini segala buku latihan, buku amali mereka saya simpan. Nak harapkan mereka simpan,alamatnya sepanjang tahun lah buku akan hilang tanpa jejak.

Kelas dimulakan dan saya mengajar dihadapan satu persatu. Mengajar mereka mencari garisan imej dan mengesan ciri ciri imej kanta cembung.

Ada yang bercakap cakap , ada juga yang mengikut pengajaran saya. Ada yang mula bermain main menganggu rakan, ada yang duduk diam di atas meja kerusi masing masing tidak pula melakukan sebarang pekerjaan.... berangan mungkin. 20 orang pelajar lelaki berusia 16 tahun saya ini mempunyai kerenah dan pemikiran yang sudah tentu tidak sama.

"Syafiq, kau duduk tempat kau, buat kerja ini.jangan sampai kang aku sumpah......."jerit saya kadang kala sambil mengajar.

Malas sungguh pelajar ini. Kerja berjalan jalan dalam kelas ganggu rakan. Buat kerja tak nak. Dulu saya pernah berseloroh agar bila besar biarlah takdir menentukan Syafiq berkerja sebagai attendan mayat. Usai saya berseleroh disahut dengan bacaan ameen oleh rakan rakannya tanda mendoakan agar selorohan saya itu termakbul tuhan. Attendan mayat kerja yang halal dan hanya mereka yang berjiwa berani mampu melakukannya bukan? Memikirkan mengenai kematiaan sahaja kadang kala boleh menginsafkan. Semoga dengan melihat kematian setiap hari, jiwanya berfikir untuk sebuah kehidupan yang bukan sekadar pemainanan.

Syafiq diam sebentar tapi masih tidak membuat kerja. Dia bukanlah pelajar saya yang paling nakal tapi kerenahnya yang suka bermain kadang kala menggangu saya untuk mengajar pada rakan rakannya yang mahu hendak belajar dihadapan. Biarpun sedikit nakal, dia masih seorang yang menghormati orang lain dan sangat menyenangkan bila berbual. Tanda masih ada harapan.

Kelas berjalan seperti biasa. Riak riak muka pelajar menandakan mereka faham. Saya memberikan peluang untuk memberi cuba menyelesaikan latihan dalam buku latihan mereka. Latihan yang mudah sahaja agar mereka dapat buat. Bila mereka dapat buat mereka jadi gembira dan minat belajar pun bertambah.

Usai memberi arahan latihan mana yang perlu dilakukan. Saya berjalan jalan sambil memegang pembaris kayu. Kalau ada pelajar yang tidak menyalin nota dan membuat latihan, senang saya rotan saja disitu juga. Para pelajar ini memang sedia maklum mengenai hal pembaris kayu itu.  Lantas ada beberapa pelajar seperti Syafiq dan Muiz cepat cepat melarikan diri. Takut dipukul lah tu. Terjadilah aksi kejar mengejar sebentar antara saya dan mereka. Ternyata saya lebih pantas.
Mereka akur lalu cuba membuat latihan. Saya duduk bersama mereka melihat hasil kerja dan mengajar kembali pada mereka.

Yang dah siap, mula berjalan jalan. Ada yang bermain pembaris kayu dan memukul rakan yang lain kemudian kejar mengejar, ada yang menconteng conteng papan putih, ada yang dududk bersembang. Kelas semakin meriah. Mujur masa semakin hampir tamat. Yang sudah siap saya arahkan mereka pulang ke kelas.

Sedikit demi sedikit pelajar siap dan menghantar buku diatas meja lalu keluar. Makmal semakin sunyi. Sehingga lah Muiz siap latihan yang diberi, baru saya ke meja saya semula. Saya mengemas meja, menyusun semula buku -buku bertaburan di meja, menulis rekod kehadiran makmal dan kemudian bersedia untuk memadam papan putih.

" terima kasih cikgu kerana mengajar kami" tulisan marker merah di papan putih. Saya tersenyum dan serta merta rasa puas menjelma dalam hati. Kepuasan hati.

Lalu tulisan tersebut saya padam dengan pemadam papan putih. Hilang tanpa kesan.

Best Blogger Tips

Saturday, May 4, 2013

Terima kasih

Salam


Sebelum saya melangkah keluar dari kelas, sempat saya arahkan ketua kelas 1E mengutip buku latihan pelajar mengenai tugasan yang diberikan tadi.


"Cikgu nak 29 buah buku diatas meja cikgu sebelum balik. Seorang tak hantar, semua kena" tu dia pesanan berbaur ugutan dari saya. Ajar budak kelas hujung hujung ini kena la pandai manipulate sikit. Barulah senang lagi aman hidupku ini. Hasilnya tara...29 buah buku diatas meja.


Ala,tugasan kali ini pun tak sesukar mana. Hanya perlu tulisankan ucapan untuk ibu dan ayah. 

Bagi yang ketandusan idea dan tak tahu buat  mana mana, saya  ajar  tulis  macam ini:


Kepada ibuku/ayahku:


.................(nama ibu atau ayah)............


Terima kasih kerana..........
Terima kasih  kerana........
Terima kasih kerana..........
                      


 Yang benar
                        Anakmu


Macam macam ucapan dikarang. Namun saya tertarik dengan ucapan seorang pelajar lelaki kepada ibunya.


Kepada ibuku,


Terima kasih kerana mendidik saya ke jalan yang benar,
Terima kasih kerana menasihati saya untuk menjadi baik,
Terima kasih kerana menjaga saya dengan baik sekali,
Terima kasih kerana berkerja keras untuk saya,
Terima kasih kerana memberi makan yang secukupnya,
Terima kasih kerana memberi duit saku untuk ke sekolah,
Terima kasih kerana mengemaskan bilik saya semasa saya terlupa,
Terima kasih kerana memimpin tangan saya semasa saya kecil,
Terima kasih kerana mengajar didikan agama dengan betul,
Terima kasih kerana menolong saya sewaktu kecil ketika saya jatuh,
Terima kasih kerana mencucikan pakaian saya yang kotor.
Terima kasih  kerana membelikan kasut sekolah baru,
Terima kasih kerana membelikan beg sekolah baru,
Terima kasih kerana membelikaa barang barang sekolah,
Terima kasih kerana membelikan saya pensil box baru.
Saya sayang ibu.
                           

 Yang benar,
                            Nama pelajar lelaki tersebut dirahsiakan.










Ps: mengikut pengiraan matematik saya, buat masa ini, setakat ini terdapat 9 orang guru mengandung. Musim subur di taman daya. Hahaha. Rezeki dari tuhan. Kena juga ucap terima kasih.


Pss: selamat mengundi. Semoga tuhan menolong dan memberkati kita memilih pemimpin yang terbaik. Tak sabar nak tunggu ini semua tamat. Tak larat dah nak hadap caci maki kutuk mengutuk antara penyokong. Bukankan undi kita adalah rahsia.
Best Blogger Tips

Thursday, April 4, 2013

perodua

salam

Hari ini saya mengajar mengenai Nombor Proton, Nombor Nukleon dalam struktur atom. Sebelum nak belajar yang lagi kompleks kena lah imbas kembali pelajaran yang lalu.




Saya lukis gambar rajah di papan putih.

'ini struktur apa? yang ada cas positif ini? "

T____T. krek krek krek... tiada jawapan. Tak ingat lah tu. Biasa dah situasi macam ini.

" ok la, cikgu kasi klu, nama benda ini macam nama kereta buatan Malaysia"

" proton!'" serentak beberapa orang pelajar menjawab.

" ok. pandai. Yang ini pula apa?" ujur saya sambil tangan menunjukkan struktur neutron.

" perodua!" yakin lagi jitu jawapannya.

T_______T.

Oh Tuhan, Berikan aku ketabahan dan kesabaran.


Best Blogger Tips