Showing posts with label Books. Show all posts
Showing posts with label Books. Show all posts

Wednesday, August 28, 2013

Makan gaji tapi kaya

Salam

Tajuk buku: makan gaji tetapi kaya

Penulis:Shamsuddin Abdul Kadir

Ingin menjadi pekerja jutawan tanpa perlu berhenti kerja?

Nak la! Gila tak nak.

Buku ini bagus. Bagus lah untuk saya yang kaki boros berbelanja. Ok nak kongsi tips yang ada dalam buku ini bagaimana kita boleh menikmati hidup dengan kewangan yang stabil iaitu ada simpanan yang banyak dan masih boleh menikmati hidup dengan baik.

1) simpan 10% gaji anda ke akaun simpanan. Pastikan akaun tersebut tiada kad atam. Paling mudah bagi mengalakkan kita menyimpan adalah potong terus 10% tu dari slip gaji siap-siap. Misalnya gaji anda rm3000. Bulan bulan simpan rm300. Setahun sudah Rm3600. Kalau sepuluh tahun dah berapa berapa kan? Tak kan selamanya gaji rm3000 ke? The main thing is keep 10% from your salary.

2)simpan lagi 20% gaji anda kedalam akaun kecemasan. Misalnya duit ini boleh digunakan msa sakit ke, waktu waktu terdesak ke. Jika bulan ini anda tiada terlibat dengan kes kes kecemasan. Jangan guna pulak. Simpan lagi.

3) 70% gaji anda itu guna kan untuk menikmati hidup ini. Bayar insuran, bayar bil, beli barang, bagi dekat mak bapak dan apa sahaja yang anda ingin lakukan.

4) melaburkan simpanan anda. Misalnya saham koperasi felda, ASB, Tabung Haji.

5) simpanan anda sekurang kurang adalah sama banyak dengan 6 bulan gaji anda. Misalnya klau gaji Rm3000. Simpanan anda paling asas pun mesti ada dalam lebih kurang Rm18000. Reason? Coz we cant predict what happen to us in the future. Entah esok lusa kena buang kerja ke? Kemalangan hingga tak boleh kerja ke? Syarikat bangkrap ke.

6) jangan berhutang keterlaluan. Semata mata kerana gaya, habis semua benda nak hutang. Ok, paling paling pun hanya ada 2 benda untuk berhutang iaitu rumah dan kereta. Buat apa nampak mewah tapi kaya hutang.

7)  melabur dalam sesuatu dalam bentuk harta. Harta ini anda melabur dan kalau dan kalau anda jual balik. Anda dapat untung. Contoh rumah dan pelajaran (ilmu).

8) elakkan mengumpul liabiliti.liabiliti ini bebanan. Anda bayar tiap tiap bulan mahal tapi kemudian bila jual merugikan anda. Contoh adalah kereta.

9) elakkan berhutang secara panjang dan penuh. Misalnya anda nak beli rumah. Harga rumah itu Rm250 000. Duit tak ada kan, pinjam bank Rm250 000 bayar balik dalam tempoh 20 tahun. Cuba check, sebenarnya anda membayar lebih banyak. Rm250 000 untuk rumah dan Rm250 000 pada pihak bank. Semakin panjang tempoh bayar balik, makin tinggi interest kena bayar.

10) life live your life. But keep its simple. Spend within your means. Gaji naik tak bermakna kena belanja macam orang gila.

11) do part time job. Tapi pastikan kerja tu berbaloi untuk dilakukan.

Dah. Banyak lagi sebenarnya tapi cukup la 11 dulu ye. Yang ini kira macam asas je dulu.

Best Blogger Tips

Saturday, July 27, 2013

33 Pesan nabi

Salam

Hujan masih lebat diluar. Udara sejuk diselaputi dengan bau bau jalan dan rumah batu. Masih segar cuma tidak begitu dapat menandingi kesegaran bau rumput di timpa hujan.

Sudah memasuki ramadhan ke 17. Sudah di pertenggahan perjalanan ramadhan kita. Kalau dahulu, para sahabat akan menangis dan memperlibatkan ganda kan ibadah jika ramadhan semakin  hampir nak habis. Semoga kita tidak begitu tertarik mengutamakan raya berbanding mengutamakan 10 malam terakhir.

Baiklah,

Ada 2 buah buku yang saya ingin kongsi. Hasil garapan kartunis negara seberang. Vbi_djenggotten. Tudia nama penulis sangat susah nak menyebut berbaur belanda. Tapi buku beliau sangat menyentuh fikiran dan hati.

a) 33 pesan nabi- jaga hati, buka fikiran
b) 33 pesan nabi-jaga mata, jaga telinga, jaga mulut

Buku ini ditulis dan dilukis dalam bentuk komik. Dari segi penceritaannya yang sangat santai tapi sentap. Kemudian ditulis hadis nabi diakhir penceritaan,

Jadi, pada siapa nak baca buku yang santai tapi sentap ini, sila dapatkan dikedai kedai berhampiran. Tak rugi beli dan cerita dia sangat menarik.

Best Blogger Tips

Saturday, July 20, 2013

Nilai duit

Salam

Ada sebuah buku kecil yang saya dapat secara percuma. Percuma kerana membeli sepaket rumpai laut kering jenama Tao Kae Noi milik seorang usahawan muda kelahiran Thailand.

Ittipat Peeradechapan atau Tob adalah nama usahawan tersebut. Tob bermasalah sewaktu belajar. Keputusan peperiksaan beliau sangat teruk dan menyambung di universiti swasta.kemudian, meninggalkan pengajian di Universiti diawal usia. University droupout. kerana ingin menumpukan perhatian kepada perniaagan kecil yang diusahakan.

Lantas apabila dibentangkan kisah sebegini, saya sebagai seorang guru menjadi sedikit skeptikal walaupun hakikatnya kejayaan seseorang di alam realiti bukanlah berkisarkan berapa banyak A yang diperolehi di zaman sekolah, bukan berapa tingginya cgpa yang didapati sewaktu zaman kuliah. Walaubagaimanapun masih lagi pendidikan menjadi satu batu loncatan untuk kehidupan yang lebih baik dan peluang yang lebih mudah.

Iktibarnya siapa pun kita waima budak paling banyak gagal masa peperiksaan sekali pun kita boleh berjaya dan jadi manusia berguna.

Konsep mudah nak berjaya adalah usaha, tawakal dan doa. Pesan nabi sesungguhnya perniagaan tu adalah 90 sumber hasil pendapatan. Nak kaya, meniagalah.

Cerita Tob ini pernah diadaptasikan menjadi filem. " The billionaire". Cari dekat youtube, mesti jumpa. Berbalik kepada buku Tob ini, saya tertarik dengan kata kata beliau. Betapa nilai wang itu berubah mengikut usaha.

"  the value of easy money was completely different from the hard money. Both are still money. Both can pay bills. However the value in our own mind was different".

Betul. Bila kita sendiri tahu kesukaran mencari wang kita lebih berkira kira dalam setiap perbelanjaan. Adakah barang yang kita nak beli ini berbaloi untuk wang yang akan kita belanjakan? Adakah kalau kita tak beli barang ini akan mempengaruhi kehidupan kita? Kita mula meletakkan jurang antara keperluan dan kehendak.

Hmmmmm

Hmmmmmmmmmmmm

Hmmmmmmmmmmmmmmmm

Walaubagaimanapun hidup ini hanya sementara. Jangan kedekut sangat dengan diri sendiri. Jangan kedekut sangat dengan orang lain. Dah penat penat kerja, bebelanjaanlah kehendak sendiri kadang kala. Apa apa pun ukur pada kemampuan diri sendiri. Spend within your mean.
Harus bijak berbelanja, harus tahu menyimpan sedikit tahu bersedekah sedikit, harus tahu bersyukur , harus tahu beringat.

Jangan jadi orang kaya yang kedekut dan jangan jadi orang miskin yang boros.

Dan ye, keperluan barang itu sendiri. Kalau kau pakai, nak beli 10 pasang kasut pun tak pe dik non. Asal duit hang sendiri dan guna. Bila hang beli dan hang guna. Itu tidak dikira sebagai pembaziran. Tapi pelaburan. Ye pelaburan untuk hati yang riang gembira.

Sekian
Rahika Halim
Pesanan dari seorang kaki membeli belah.

HAHAHA.

Best Blogger Tips

Friday, September 21, 2012

ramai pengajar , sedikit pendidik

salam

Saya terdetik untuk berkongsi sebuah cerita


Buku: Beduk Diketuk
Penulis: Pahrol Mohd Juoi.
Muka surat: 1-5.
Bacaan penuh: klik sini

_____________________________________________________________________
" apa bezanya mendidik dan mengajar"

" mengajar dengan memberitahu, memahamkan, dan menyampaikan.."

" Mendidik pula?" Dia menyampuk seakan tidak sabar.

"Mendidik ialah dengan mengajak, mendorong, membimbing dan memantau..."

"Jadi sekarang kita banyak mengajar daripada mendidik?"

"Begitulah..."

"Boleh berikan contoh?"

"Mengajar sembahyang ialah dengan menyampaikan ilmunya. Tentang sah, batal, rukun dan syarat. Hasilnya, pelajar kita tahu sembahyang."

"Mendidik sembahyang?"

"Mendidik lebih pula pada mengajak. Kita ajak pelajar sama-sama bersembahyang dengan kita. Kita jadi role-modelnya. Jika mereka malas, kita dorong. Jika salah, kita membetulkannya. Hasilnya, pelajar akan mahu bersembahyang."

___________________________________________________________________

Pang ! Tamparan wanita disitu. Memang sejak akhir-akhir ini motivasi mengajar sangat kurang. Lebih-lebih lagi sekarang ini masih lagi cuba nak sesuai diri jadi pelajar semula. Pagi kelas, kemudian bergegas ke sekolah. Masuk mengajar, ada pula yang buat hal. Rasa nak lempang setiap seorang pun ada kadang -kadang.YA Rabb, sila tingkan bar kesabaran hambamu ini. AMIN :(

Bila dalam keadaan lemah, penat dan tekanan, memang syaitan itu suka hasut. Tapi hidup ini adalah berdasarkan pilihan. Nak jadi positif atau negatif, bergantung pada diri sendiri. Kalau dah selalu set dalam otak nak jadi lemah, itu ini tak betul, nak salahkan orang lain .Memang tak kemanalah.

sedikit petikan daripada cerita yang terus boom up semangat saya.


"Ilmu adalah amal jariah. Pahalanya berterusan selepas kematian. Pendidik adalah golongan yang paling dekat dengan tugas para rasul. Kerana dia mendidik modal yang paling berharga - modul insan. Jurutera hanya berdepan dengan mesin dan alat-alat teknologi tetapi pendidik berdepan dengan dengan sikap dan peribadi teknorat itu sendiri. Doktor menangani penyakit lahiriah, pendidik menangani masalah rohani."



pssssssss:

Saya dalam usaha mengimarahkan dan memeriahkan blog saya ini. Kalau boleh dan rajin, setiap hari satu entry. Supaya terbiasa menulis dan membaca. Hope not warm warm shit chicken lah. Best Blogger Tips

Sunday, October 16, 2011

melayu johor Nukilan Usman Awang

Melayu Johor

Telah terlalu banyak kita kehilangan

Sawah ladang bertukar tangan

Pekan dan bandar kita menumpang

Teluk Belanga entah ke mana

Yang tinggal hanyalah pakaian

Sedarah sedaging hampir hilang

Yang ada hanyalah setulang

Selat Teberau kian sempit

Hati rindu jauh tergamit.

Di Johor

Jawa itu Melayu

Bugis itu Melayu

Banjar itu Melayu

Minangkabau memang Melayu

Aceh dan Siak adalah Melayu

Jakun dan Sakai lebih Melayu,

Arab dan Turki pekat Melayu

Mamak dan Malbari jadi Melayu

Malah mualaf bertakrif Melayu.

Melayu itu maknanya bijaksana

"Jika menipu pun bersopan"

Kurang ajarnya tetap santun

Dajalnya cukup selamba

Budi bahasa jangan di kira

Beraninya cukup benar

Tunduk bila bersalah

"Lembutnya cukup jantan"

Setia samapai ke kubur

Biar mati adat jangan mati sahabat

Anak Johor

Luka di Tanjung Putri

Parutnya di Parit Raja

Muka biar berseri

Mulut biar berbahasa.

Berkelahilah cara Melayu

Menikam dengan pantun

Menyanggah dalam senyum

Marahnya dalam tertawa

Merendah bukan menyembah

Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolok permusuhan

Jiwa Melayu mengangkat persahabatan

Kasih sayang kekeluargaan

Ringan tulang saling bertolongan

Jujur memaafkan,ikhlas memberikan.

Berdamailah cara Melayu

Silaturahim yang murni

Di mulut sama di hati,

Maaf sentiasa bersahut

Tangan di hulur bersambut

Luka pun tidak lagi berparut.

Melayu Johor saudaraku yang dikasihi,

Dalam kekeruhan ini carilah kejernihan

Dalam sengketa ini sambutlah perdamaian

Sifat terpuji setiap insan

Bermuafakat supaya berkat

Bersaudara dunia akhirat,

Berikhtiar dengan tabah

Kepada ALLAH berserah



ps: proud to be johorian.;) Best Blogger Tips

Friday, September 23, 2011

budak lelaki yang menuai angin

salam


Ada dua sebab kenapa saya memilih untuk membeli buku ini selepas membuat pusingan berkali-kali di rak-rak buku yang sama sambil memikirkan buku apa yang harus dibeli sebab memang suka menghabiskan duit dan kemudian menyalahkan genetik membeli- belah di dalam diri noktah ( semput tak?) :


1) The cover is yellow. ( konon rare lah cover warna kuning)
2) Its 60% discounts + 10% ( i have member's card).

Currently, i have new obsession: buying books especially when its cheap or in discounts. Biarpun buku itu akan dibaca mungkin tahun depan. Tapi jika rajin, balik itu terus baca dan kemudian 3,4 hari baru keluar dari bilik tak makan tak minum tak tidur.( okey, saya akui saya menipu).

God bless me and make every cents that i used to buy this book was worth it. SO WORTH IT. Tengok capital lock menunjukkan pembelian kali ini sangat berbaloi-baloi.






This is true life story.

basically, he just a normal African young boy.
 Black skin and not fluent in english.
Live far away  from city. His farther is a farmer and his mother is a housewife.
Struggle every days for living
So what make him so special?

HIS SPIRIT AND DETERMINATION.
Poverty lead to dropout.
But he never give up.


Tinggal di sebuah negara jauh di benua Afrika yang pernah mengalami tahun kemarau yang panjang.
 Dia belajar dan terus menjadi tabah.
 Manusia akan lakukan apa sahaja agar perut mereka terisi.
Kemiskinan menghalangnya meneruskan persekolahan.
Tapi dia ada cita-cita.

Menerusi minat nya dalam sains. Sebuah buku menjadi panduan. Berazam dia mencari bahan terpakai.
Pernah diejek mengatakan si gila.
Biar apa orang nak kata,
biar ibu bapanya risau
diteruskan segala cita-citanya
membina sebuah kincir angin
Agar dia dan keluarga tak putus -putus mendapat bekalan elektrik.
Akhirnya.......................( baca sendiri la)

sound boring? AHA!!

tak, buku ini tak bosan. Saya baca sekali. Nadiah baca dua kali. Bila Nadiah baca 2 kali sebuah buku itu maka buku itu adalah sebuah buku yang best. Jadi sila baca. Saya paksa. ( amboi ko perempuan!). Jika anda baca, saya doakan anda jadi genius.




Tapi jika anda malas baca, tak pe. Tulis sahaja lah dalam buku Nilam awak tentang buku ini. Kononnya sudah baca kan.

Pesanan penaja: 
Entry kali ini di dedikasi kan kepada pelajar sekolah saya yang sejak akhir-akhir ini sering di paksa masuk ke perpustakaan sekolah oleh cikgu bahasa mereka. ! Nasib korang la, dapat cikgu - cikgu bahasa yang garang. Best Blogger Tips

Sunday, February 27, 2011

when i see u, i see myself too.


The best and most beautiful things in the world cannot be seen or even touched - they must be felt with the heart.
~Helen Keller ~

Hai~~ Eh Assalamualikum to friends, readers, family and  Foremost: anak cucu nenek sekalian. Im so sorry because pretending be the most busy man in the planet. Kiranya Najib pun tak sesibuk saya. Wah! sesuka hati panggil Najib sahaja, macam lah kawan-kawan yang sama-sama gurau senda sambil minum teh tarik di kedai mamak pada setiap Ahad sahaja. Tett. Baiklah.

Pembetulan:  Kiranya Datuk Sri Najib pun tak sibuk seperti saya  kot. (Literally).

* nota kaki: untuk anak cucu: Datuk Sri Najib adalah Perdana Menteri Malaysia ke 6. Semasa nenek tulis ini, beliau masih dalam pentadbiran Kerajaan lagi.*

Recently i'm just finished reading this  book : 

Tittle: diari Mat despatch - Lelaki Baik
Author: Bahruddin Bekri
Price: Rm 9.90. ( After less 10%, since I have a member card- Rm8.90.)

Buku diatas boleh didapati di Bahagian Bacaan Kanak-kanak atau remaja. 

Cerita ini mengenai Idlan Rayyan bin Zahid Hamidi. Oh, itu bukan nama sebenar beliau. Seorang Mat despatch berkelulusan ijazah yang menulis diari didalam sebuah buku nota yang ada gambar arnab Belanda pemberian bos beliau setelah buku laporan sains beliau hilang. Oh, sebelum ini beliau menulis diari didalam buku laporan sains itu dengan tujuan untuk mengelakkan orang ramai mengenal pasti bahawa itu diari beliau. ( hehehe, sound familiar to me).

Kali ini , Idlan Rayyan bin Zahid Hamidi mencari definisi maksud lelaki baik. Kerana pada pendapat beliau, ciri-ciri idaman lelaki sang wanita secara umumnya adalah lelaki baik. Oh, beliau mencari definisi lelaki baik kerana 
1) beliau tak ada special girlfriend.
2) Ibu beliau telah memberikan 'hint' supaya cepat-cepat cari isteri.

Jadi, kronologi cerita nya begini:

Ibu Idlan menyuruhnya berkahwin dengan segera. Akan tetapi, beliau tiada teman wanita. Lalu untuk mencari teman wanita, beliau perlulah mencari kriteria yang wanita mahukan sebagai suami. Kebanyakkannya berkata:
Blablablablablabla..lelaki baik.

Oh tapi bukan mengenai Idlan Rayyan yang ingin saya cerita kan disini, Tetapi kata-kata yang diluahkan oleh Mohsen, kawan despatch Idlan Rayyan yang sudah bertunang, apabila dia dipaksa menjawan pertanyaan Idlan Rayyan, apakah ciri-ciri yang ada pada Si Mohsen ini sehinggakan tunangnya begitu sayang padanya. Mungkin disitu ada ciri-ciri lelaki baik.

Jawab Mohsen panjang tapi ....................................(enough to made my brain to think Indeed!)

"aku ini lelaki biasa, yang serba serbi kurangnya. Pelajaran aku tak tinggi,kerja aku juga tidak bergaji tinggi, malah wajah aku tidak kacak. Untuk lelaki seperti aku ini, perempuan yang bagaimana untuk aku pilih? Aku sebagai lelaki walaupun sudah sedar diri serba kurang, namun pasti tetap punya hati dan selera. Pasti aku dambakan wanita cantik dan baik serba serbi. Jadi, untuk lelaki seperti aku ini, perjuangan aku bukannya cinta, tetapi perjuangan aku adalah menundukkan hati aku yang mempunyai selera dan cita-cita yang tak lojik. Aku perlu berjuang untuk berpijak dibumi yang nyata dan mendapatkan wanita yang sekufu dengan aku. Aku berjuang bukan untuk menjadi diri aku yang sebenar, yang mahukan perempuan cantik, tetapi aku berjuang demi masa hadapan aku dan perempuan itu, iaitu mendapatkan perempuan yang menerima diri aku seadaanya.Perempuan yang tidak perlu bersedih memikirkan dirinya sudah tersalah pilih lelaki. Aku mencari perempuan yang merasakan  diri aku adalah lelaki yang tepat dan sepadan untuknya, dan atas sebab itu perempuan itu menjadi tunang aku. Ini kerana apabila melihat dirinya, dia melihat aku."

Oh, buku ini setebal 130 muka surat sahaja. ( tidak termasuk cover, penghargaan, laman bercetak pengenai publisher dan sehelai muka surat kosong) 

see what the nice explanation. Bravo Mohsen!! And to me, I'm glad to spent Rm8.90 ( after less 10%) to buy this book when my purse only left around RM50. Ngehngehngeh. nampaknya saya juga perlu sedar diri bahawa saya jugak tidak bergaji tinggi, jadi janganlah membeli belah macam Selebriti Hollywood yang nampak jea berkenan, point her finger, itu ini..terus beli barang dalam satu kedai.  

( oh, buku ini 2 minggu yang lepas. Sekarang dah gaji, bukankah 'shopping' itu terapi diri yang berkesan lebih-lebih lagi selepas pelajar sudah menduduki ujian dan guru baru sahaja menanda kertas ujian mereka) 

Best Blogger Tips