Showing posts with label random. Show all posts
Showing posts with label random. Show all posts

Wednesday, June 4, 2014

Serumpun sayuran di laman

Salam

Terdapat sekangkang kera tanah di halaman rumah saya.
Tidak la luas mana, tapi cukuplah sedikit ruang untuk saya bercucuk tanam

Sekurang kurang nya boleh dijadikan terapi tekanan, berjimat seringgit dua barang dapur dan paling penting sayuran segar tanpa racun serangga.

Dari sebatang serai,kini tumbuh pokok tomato, cili dan sawi.
Diberi baja urea supaya protein mampu terbina.
Dalam sains, nitrogen diperlukan bagi tumbuhan membina protein sendiri.

Diberi air, supaya gah tegak berdiri
Dicabut segala rumpai, semoga persaingan kurang terjadi.
Bukan mudah juga menjaga pokok tanpa bantuan racun serangga,

Disiram,disayang. Akhirnya kutu daun datang menyengah.
Tompok tompok putih dibelakang daun,
Daun daun sawi penuh lubang lubang kecil
Rosak tanaman berbulan dijaga dalam beberapa hari.

Allah, ujian kecil.

Tiada pilihan, saya cabut dan buang.
Supaya tidak terjangkit pada tumbuhan yang lain.

Begitulah kehidupan, tuhan mengajar saya dari teladan pokok sayuran.

Kadang kala kita sendiri yang terlalu menjaga,
Namun ada juga yang negatifnya dipandang dijulang julangnya

Tiada manusia yang sempurna,
Memilih berada di dalam aura negatif itu pilihan
Memilih berada di dalam aura positif juga pilihan

Hidup perlu diteruskan.
Sebagaimana tamatnya riwayat pokok sawi saya,
Akan berganti tanaman yang baru.
Salad mungkin.

Begitulah kehidupan,tuhan mengajar saya dari teladan pokok sayuran.

Best Blogger Tips

Tuesday, December 3, 2013

monolog-ue

salam


Semalam dalam kelas kecelaruan tingkah laku. Pensyarah aku beritahu ini pada kelas:


                                                                monolog sang Cikgu



     " kenapa? kenapa? kenapa? kenapa tak boleh duduk diam dan belajar macam biasa. Degil gile. Malas pulak tu.  " 


monolog sang murid

" kenapa? kenapa? kenapa? kenapa cikgu ini tak faham aku. Bosan bosan bosan"




sentap. 


well, tengok lah 2014..

aku aim nak jadi cikgu yang inovatif, kreatif, berdaya saing, maju, cemerlang, dinamik, berwawasan, ceria, disukai, disayangi, penyayang, unik, rajin, aktif, kaya, cantik, jelita,berbudi bahasa, tegas, klasik, moden, berfikiran terbuka, kritis, karisma, peramah, perempuan melayu terakhir, tekun,mudah didekati, fokus, pintar, cepat berfikir, optimis, berpengetahuan tinggi .........................................................................






*tarian sotong*

amin.

Best Blogger Tips

Tuesday, November 12, 2013

Kerja senang

Salam

Dahulu, pernah aku ajukan soalan ini pada cikgu bm aku.

" cikgu, kerja apa yang sikit je kerja dia tapi duit banyak?"

Dengan selamba cikgu aku kata

" penyamun kot"

Tapi kalau ko jumpa mana mana orang, entahla kenapa jawapan dia mesti

" jadi cikgu lan senang. Kerja separuh hari, gaji jalan"

Aku sebenarnya benci bila ada streotype yang kata jadi cikgu ini senang

Aku sebenarnya benci bila ada streotype yang kata cikgu zaman sekarang ini tak macam cikgu zaman dulu

Aku paling benci juga bila ada yang kata jadi cikgulah mudah, balik awal, kerja separuh hari dan banyak cuti

Well,

Kenapa jeles ke?

Entahlah.
Mungkin korang lupa, cikgu juga paling ramai sakit jiwa.
Ye yang separuh hari kerja, cuti banyak dan gaji jalan tu.

Tiada mana mana kerja senang dekat dunia ini. Nak jadi penyamun pun susah sekarang ini. Polis kerja hebat sangat. Cctv merata rata.

Best Blogger Tips

Friday, October 25, 2013

cikgu lama

Salam.


Saya perlu mendokumentasikan peristiwa ini untuk rujukan pada masa hadapan.



Jumaat. 

Usai makan tengah hari di kantin SKTMR . Hari ini hari ke dua Kursus pemantapan pedagogi sains selama 3 hari selaras dengan Pelan pembangunan pendidikan Malaysia. 

 Ada 2 jam waktu rehat.
 Memandangkan jarak rumah dengan tempat kursus agar jauh, saya dan beberapa orang guru mengambil keputusan untuk tidak kemana-mana.  Tidak berbaloi merentasi kesibukan kota dalam masa 2 jam. Sudah fitrah sikap cikgu ini peramah. Jadi tidak sukarlah mencari teman berbual bagi membuang masa yang berbaki.

Topik perbualan pada mulanya membicarakan mengenai kantin sekolah masing masing, kemudian beralih pula kepada pentadbiran sekolah, dilanjutkan pula kepada pelaksanaan aktiviti koko disekolah dan entah bagaimana perbualan kami bercerita mengenai pelajar.

“ akak dulu first posting, ajar Amalina. Masa itu sangat stress kak Zai membuka cerita.

Amalina mana pula ini” tanya seorang guru lain. Guru SMKPG3. Saya lupa bertanya nama beliau.

Amalina che bakri yang skor banyak A dalam spm femes 1 Malaysia  tu ke?” minda saya terimbas kembali. Dengan pantas beberapa maklumat bersambung menjadi sebuah cerita.  Lupa pula saya Kak Zai mengajar di SMKUT

“ masa itu saya baru tingkatan 5 kot, lama dah akak mengajar. Serius? Muka akak nampak muda”  guru SMKPG mengeluarkan kata. Saya mengiakan tanda setuju.

lama dah akak mengajar. Mungkin akak suka buat lawak kot. Sebab tu la kot”

ok sambung cerita, ceritalah kak pasal Amalina tu

masa itu akak first posting. Budak itu memang pandai. Tapi sebab dia juga akak stress. Sampai kadang kadang akak tidur 3,4 pagi nak cari maklumat. Masa itu kan internet mana ada guna sangat. Tapi sebab dia akak gigih guna internet. Dia kalau tanya soalan kadang kadang akak pun pelik mana dia dapat soalan itu. Budak buku teks itu kalau tak mengajar pun dah cukup pandai. Memang la kena jadi cikgu rajin mengajar budak macam itu.

Kami dengan tekun mendengar dan mengeluarkan kata sekali sekala.  Kak Zai terus menyambung cerita

“ akak kalau buat perbentangan, kalau turn group dia, akak siap siap request “ saya tak mahu Amalina bentang. Orang lain ye jadi wakil”. Tapi dia memang bagus, perbentangan dia memang ilmiah la. Bila balik akak check,  cari internet ke ..eh betul pula apa budak tu cakap. tapi kalau dah selalu sangat boleh jadi bosan kalau dia sahaja kan. Dia memang menonjol.

Kak Zai bersemangat mengimbau kenangan lalu dan perbualan kami diselang selikan dengan ketawa.

kalau waktu periksa, kalu akak rasa macam was was je jawapan budak lain. Akak amik je kertas Amalina jadi rujukan. Dah jadi skrip jawapan dan kertas dia”

Beralih dari cerita Amalina entah macam mana kami beralih pula bercerita pasal anak.

“ akak terkejut bila anak akak  nombor 2 masa itu umur 4 tahun, dah boleh lancar membaca. Baca BI pula tu. Memang cepat tangkap. Tak ajar pun. Akak pun hairan. Kadang kala gurau dengan suami. ini mesti terkena gen Amalina la ini”

“ hebatnya “

Terniang niang ditelinga saya kata kata seseorang dulu bahawa cikgu kalau mengajar anak orang ajar la macama anak sendiri. InsyaAllah orang lain pun buat begitu juga pada anak kita nanti. Saya nampak besarnya kesan ikhlas dalam kehidupan disebalik penceritaan Kak Zai.

bukan akak hebat. Rezeki tu. Mungkin masa akak mengandungkan dia akak masa tu mengajar Amalina. Terpaksalah usaha lebih sikit baca buku cari maklumat lebih sikit. Nak mengajar budak buku teks itu kena usaha lebih sikit. Tapi tu lah, akak rasa apa yang kita buat semasa mengandung sebenarnya mempengaruhi juga tingkah laku anak kita. Macam anak akak yang ke 3 tu, masa akak mengandungkan dia akak sensitip stress sangat. Ye lah baru anak no 2 masuk 4 bulan, akak dah mengandung lagi. Malu pun ada. Padahal akak dah makan pil perancang dah. Tapi rezeki kan. Lama juga la macam akak sedih stress. Bulan berapa ye baru akak gi jumpa doctor. Itu pun swasta. Kalau kerajaan, nurse dia mesti marah membebel dah. tapi naluri ibu kan bila akak tengok jantung dia berdenjut, sifat dia dah sempurna. Terus akak rasa sayang dan menyesal. Tu la bila yang no 3 tu dah besar, memang ketara sangat la sifat sensitip, merajuk dia”


Perbualan kami beralih pula kepada cara menlahirkan anak. Kebetulan cikgu SMKPG3 mengandung anak ke 2. Sedikit sebanyak perlukan tips dari orang lama.

Alhamdullilah, akak semua lahir mudah je. Tak perlu berjam jam berhari hari tahan rasa sakit tu. Sakit je, air ketuban pecah, tak lama kemudian terus bersalin” Tambah kak Zai. Kesemua ketiga –tiga anak Kak Zai begitu mudah bersalin”. Di tanya rahsia. Kak Zai memberikan tips

cari redha suami. InsyaAllah dipermudahkan segala urusan. Mak akak pesan, jangan gagal layan suami biarpun masa itu kita penat. Kalau selama ini kita hari hari layan dia hiding air, jangan sebab kita penat sangat kita tak hidangkan air. Cuba layan sebaiknya. InsyaAllah mudah la segala urusan



Saya dan cikgu SMKPG mengangguk panjang. Bersetuju dan mungkin berfikir panjang. Orang lama banyak asam garam kehidupannya. Banyak betul input saya dapat hari ini. Syukur rumah saya dan tempat berkursus itu jauh membuatkan saya berkira kira untuk pulang ke rumah seketika. Lihatlah hikmatnya, saya mendapat ilmu luar biasa. 
Best Blogger Tips

Wednesday, October 16, 2013

duit


salam




Dunia, 

antara perkara wang tidak mampu miliki

Act now, save our mother nature
Best Blogger Tips

Tuesday, October 15, 2013

Eksperimen

Salam



Aku:   argg, malasnya.. banyak gile assignment tak siap lagi!
Kak Baby:  Apa? Tak siap eksperimen lagi?


T_T
Best Blogger Tips

Malas dan suci

Salam

Hari ini hari raya haji. Dan saya berada di dalam bilik menyembunyikan diri. Tidak bersendiri sebab suhada ada malas bangun dari tidur.Dan saya juga begitu malas untuk berkomunikasi. Amboi kau anak dara...haha..Biarlah...

Antara kebaikan besar rumah ibu bapa belakang rumah nenek sendiri adalah kunjungan saudara yang tidak putus dan selesa bergerak sendiri. Lapar? Pergi buka tudung periuk ambil sendiri. Haus? Pergi bancuh air sendiri.Mengantuk? Tidurlah mana mana ruang dengan kadar keselesaan sendiri. Bagus. Memudahkan urusan saya yang malas ini. Hahaha. Tiada siapa disini yang sanggup duduk di dapur sehari suntuk demi melayan tetamu. Kecuali mak teh. Dia obses pada kebersihan dan bencikan keserabutan.hahaha. comel tapi kesian sebab mak teh dah tua.

Dan  iya untuk mendapatkan keselesaan sebegitu tanpa sebarang anggapan serong memerlukan keakrapan yang sangat tinggi dan pertemuan yang berulang ulang kali sejak azali.Itulah famili.

Budak budak begitu asyik menguasai tv dengan cerita kartun, berlawan cakap mengenai  pengalaman sendiri. Ketawa dan bermain. Bermain jual jual. Sungguh kanak kanak adalah insan yang begitu mudah untuk dimanipulasi. Dan suci.dan comel.

Tunggulah mereka sedikit besar kau akan lihat refleksi acuan didikan nya bagaimana menolong mereka mengadaptasi dengan kehidupan dunia.

Moga faham. Selamat dunia akhirat.

Selamat hari raya haji.

Best Blogger Tips

Saturday, September 28, 2013

Come back

Salam

Im just checking my previous entries

Oh....man....

Dunia ini semakin memamah tubuh dan jiwaku. Perg!

Hello!

Sense of humor. Where are you missing?

Come back. I miss u.

Live is hard but please it could not be to serious and tense.

Or im just freezing while in a writer block mood.

Best Blogger Tips

Tuesday, September 10, 2013

Kahwin paksa

Salam

Hari tu aku mimpi,
Alkisahnya,
Waktu siang hari di bawah pokok manggis,
Tak jauh hanya depan rumah nyai( nenek),
Tiba tiba secara magisnya,
Ular lalu di sebelah kaki ku,
Lalu je, bukan patuk,
Mungkin kulit ular tu kena pada kaki
Entah kenapa, dalam mimpi itu juga aku meraung raung macam nak mati.

Terjaga, terima kasih la pada bunyi alarm jam pada henfon,
Aku bangun, tekan 'dismiss'
Baring baring golek golek
Berfikir, cuba hadam apa kah yang berlaku,
Orang kata kalau kena patuk ular tanda ada orang nak masuk meminang
Terpinga pinga aku mencari antara perkaitan antara ular dan orang masuk meminang.
Entah, tiba tiba hati aku jadi sepi
Dan sedikit geli

Hari ini aku mimpi
Tiada lagi kelibat ular
Mimpi kali ini lagi " advance"
Ada orang masuk meminang,
Penuh dengan adat, sekali berombongan
Untuk lelaki yang entah langsung aku tak kenal,
Ajaibnya aku boleh tahu nama dia Raj,
Jangan tanya aku nama penuh dia,
Mungkin Raja Kapoor, Raja Gopal atau Raja Bunian.
Ah lantaklah eh tapi dia hensem. HAHAHA.
Hmmm,,,,,
Muka hensem tapi aku tak suka tak guna juga,
Perkahwinan bukan setakat nak takat tatap muka je, ye dok?
Dalam keriuhan itu,
Reaksi aku macam orang tiga suku,
Yang memang nak kena maki,
Sampai aku meraung raung cakap tak nak, tak nak,
Punyalah tak nak,
Setidak tidaknya tak nak,
TAK NAK

Aku kata
Cinta aku ekslusif,
Bukan untuk diberi pada entah siapa siapa
Sejauh mana aku menegakkan kerelevanan lamaran itu ditolak,
Entah bagaimana lamaran itu diterima,
Dan aku pandang Raj dengan pandangan " kau siap, jaga jaga, jangan sampai aku simbah asid dekat muka"

Bercampur baur
Aku rasa dikhianati,
Aku rasa di tolak ketepi,
Aku rasa dibenci,
Aku rasa sampai hati keluarga aku buat aku macam ini,
Semua perasaan itu bercampur aduk
Dengan perasaan geli

Mujur sebelum scene aku derhaka dengan mak bapak aku,
Mujur tuhan sayang lagi dekat aku, syukur
Aku terjaga,
Mimpi penangan lepas subuh,
Menyeramkan.

Aku baring, golek kanan kiri dan berfikir,
Andai perempuan yang berusia pertenggahan 20 an seperti aku ini
Boleh terobek hati dengan mimpi dengan perkahwinan paksa
Boleh terperosok jiwa dalam perkhianatan, kekecewaan dan kesedihan

Apatah lagi kanak kanak perempuan di pendalaman Afghanistan sana,
Apatah lagi kanak kanak yang lahir dalam keluarga kuno di Bangladesh sana,
Apatah lagi kanak kanal perempuan yang lahir di tanah India sana,
Apatah lagi kanak kanak perempuan yang lahir dimana jua pelusuk dunia,
Yang persamaannya hanya satu:

Mereka dipaksa kahwin muda dengan entah siapa siapa.
Sama ada pasangan mereka sebaya
Atau lebih tua.

Dan perasaan aku tiba tiba bertukar . GELI.

ps: Hentikan perkahwinan kanak kanak secara paksa. ( dan juga dikalangan orang dewasa yang tanpa rela). Bila semuanya dalam kepaksaan, tiada cinta yang mekar dalam hati. Hanya kebencian dan kegelian. Dan realiti kadang kala bukan macam cerita novel atau drama melayu. Yang kena paksa kahwin tanpa rela, benci benci lepas tu suka. Lebih elok kita semai awal perkahwinan dengan perasaan suka dan rela.

Best Blogger Tips

Sunday, September 1, 2013

nilai cinta yang tersembunyi

Salam


Sebelum tayangan Filem Tanda Putera bermula, kami penonton diminta untuk berdiri bagi menghormati dan menyanyi lagu ‘ Negaraku’. Entah bila perkara ini berkuat kuasa tapi melihat dari sudut positif,  diharap dapat menaikkan semangat patriotik dalam diri kita lebih lebih lagi pada mereka yang kali terakhir mendendangkan lagu kebangsaan ini adalah sewaktu di bangku sekolah. Mudah mudahan.


Cerita yang menarik ,garapan yang menarik, pengajaran yang banyak  dan lakonan para pelakon yang menarik. Tapi entah la, filem ini masih tidak dapat membuatkan nilai patriotik dalam diri saya begitu membuak buak seperti mana saya menonton filem bukit Kepong lakonan Datuk Jins Shamsudin dan Filem Leftenan Adnan.  Terasa betapa saya perlu menghargai jasa jasa wira-wira negara bila saya menonton filem filem ini. Terasa saya perlu berkorban mencurahkan bakti dan berjuang demi negara.

Lagu negaraku tidak asing pada saya. Bahkan,saya mendendangkan lagu ‘NegaraKu’ hampir setiap minggu . Almaklumlah cikgu. Biarpun setiap saban minggu menyanyi, nilai patriotik saya masih tidak terbuak buak. Ironiknya, seperti mana hambarnya nyanyian saya yang tidak  begitu bersemangat begitulah juga hambarnya nyanyian para pelajar saya yang seakan terpaksa membuka mulut menyanyikan lagu kebangsaan. Mungkin terlalu terbiasa sehingga nyanyian lagu Negaraku tidak terserap ke dalam jiwa. Mungkin nyanyian " Negaraku' adalah sebagai rutin sebagai pelengkap perhimpunan mingguan. Didendangkan tanpa menghayati bait bait lagu. Padahal nilai patriotik perlu diluahkan.


Mungkin nilai itu ada, cuma bila terlalu selesa, kita seakan lupa bahawa sikap cintakan negara itu harus diluahkan dalam apa jua cara sama ada perbuatan atau kata –kata. Macam orang bercinta.

Mungkin nilai itu ada, cuma disebabkan kita sendiri tidak merasa betapa jerih payahnya mengekalkan kedaulatan dan keamanan , kita jadi terlupa. Sedangkan kita sendiri maklum, nilai cinta itulah yang mendorong semangat kita mempertahankan segala apa yang kita kecapi sekarang.


Orang kata ‘ dekat bau taik, jauh baru minyak wangi’. Benar, setiap kali saya ke luar negara , barulah nilai cinta negara itu terkesan dalam jiwa. Biarpun indah cantik negara orang, negara sendiri tetapi tetap paling menarik dalam hati. Nilai itu hadir sewaktu saya jauh dari tanah air. Dengan bangganya saya memperkenalkan diri " I"m Malaysian" atau " I'm From Malaysia'.Hakikatnya walau dimana pun saya berada, saya adalah seorang rakyat Malaysia.


Seperti mana bait bait lagu ini

" Demi negara yang tercinta, 
dicurahkan bakti penuh setia''

" rela berkorban apa sahaja
amanat bangsa tetap dijaga
kami berikar untuk setia
untuk agama bangsa dan negara"



Cinta ini harus diluahkan.

Best Blogger Tips

Wednesday, July 31, 2013

Saya dulu kena rotan, saya relek je.

Salam

Dulu la. Masa aku kecik kecik. Sekolah rendah belakang rumah je.
Nak dijadikan cerita, aku ini memang tak pandai matematik.
Bukan tak usaha, malam malam siap tuisyen rumah cikgu matematik aku lagi.
Tetap bodoh juga matematik aku. Nak kata kan A. B pun payah. Dapat C tu adalah lumrah.
Asal lepas exam, sebelum bincang soalan. Cikgu dah siap siap kasi hukuman
"Salah satu soalan, rotan sekali".tu dia ayat cikgu matematik aku.

Untuk budak yang asyik dapat C macam aku ini, berpuluh kali kena rotan dekat tangan. Siap gilir gilir tangan lagi. Sekejap kiri, sekejap kanan. Rotan tu pula bukan pelahan lahan. Rotan panjang warna kuning punya penangan. Punyalah pasrah masa tu  siap para pelajar beratur lagi nak tunggu giliran kena rotan.

Tu baru cikgu matematik aku, cikgu bahasa inggeris aku lagi dahsyat.

Satu salah-10 ketuk ketampi
Soalan no 2 salah-20 ketuk ketampi.
Soalan ke 3 salah-30 ketuk ketampi.

Kalau budak kampung yang macam aku ini, yang sebutan BI pun asyik tergeliat. Dalam sejarah aku masa sekolah rendah, aku tak pernah dapat A dan B pun masa peksa kecuali time UPSR. Boleh tak bayangkan betapa terseksanya badan umur budak 11 tahun nak hadap 1000 kali ketuk ketampi. Serius masa tu, aku haraplah aku ini anak orang omputeh tinggal dekat oversea sana tu. Supaya terer bahasa inggeris. Tapi tak pernah pun aku salahkan cikgu bahasa inggeris aku. Aku pasrah je terima hukuman, dah bodoh BI, nak buat macam mana. Belajar je la.

Tapi seteruk teruk aku kena dekat sekolah pun. Aku hadap  telan sendiri diam diam.Aku tak pernah bagitau mak bapa aku dekat rumah. Dan aku yakin lagi percaya bukan aku je, kawan kawan aku pun sama. Malah jika siapa pun kalian yang membaca entry picisan aku ini, pasti pernah melalui zaman zaman rotan, hukuman jalan itik, hukuman ketuk ketampi, buat kerja sekolah luar koridor, berdiri atas kerusi,kena cubit, dan apa jua bentuk hukuman. Tapi kita rilek je kan.

Kau pernah dengar tak mak ayah kau cakap macam ini dekat cikgu kau.

"Kalau cikgu nak pukul anak saya pun, saya tak kisah. Asalkan jangan patah riuk. Saya serahkan amanah agar cikgu didik anak saya dekat sekolah"

Ayat macam tulah lebih kurang. Tu zaman dulu,zaman 80,90 an. Dimana kepercayaan ibu bapa adalah tinggi, diwaktu kerjaya cikgu ini dipandang tinggi.

Dan aku akui, mendidik anak haruslah ikut pada zamannya. Itu kata Saidina Ali. Mungkin cara hukuman secara kasar fizikal ini tak relevan lagi zaman sekarang. Tak boleh rotan, tak boleh jentik, tak boleh berdiri atas kerusi, tak boleh ketuk ketampi, tak boleh itu, tak boleh ini. Dan aku juga akui, kadang kala merotan , guna cara kekasaran memang tak menyelesaikan masalah dan bukanlah satu cara mendidik yang paling berkesan.

Budak zaman sekarang ini dari pandangan aku sendiri adalah budak yang  manja dan kuat memberontak. Marah sikit lari rumah, cubit sikit mengadu, bagi kerja rumah banyak sikit malas nak buat, tak suka cikgu ponteng kelas. Cuba soalan susah sikit, malas nak fikir. Suka hiburan, suka artis keterlaluan, suka main fb, suka main internet tengah tengah malam, suka kpop, dan banyak lagi kesukaan yang kita sendiri tahu.

Mengikut pandangan aku sendiri juga , banyak sebenarnya pelajar yang bermasalah ini puncanya dari rumah. Masalah kurang kasih sayang, masalah kewangan, masalah didikan agama kurang dan aku yakin setiap keluarga pun ada cerita misterinya yang tersendiri. Budak budak macam ini lah yang datang sekolah bukan sahaja menyusahkan guru, malah menyusahkan kawan kawan lain nak belajar.

Kau nak jaga anak sorang pun zaman ini punya payah. Bayangkan cikgu nak jaga anak orang lain dalam 35-40 dalam satu kelas. Yang masing masing ada cerita misteri dan personaliti masing masing.  Dan banyak guru bersikap tegas dan garang. Tu lah cara yang paling asas dan senang nak kawal kelas.

Banyak cara mengajar yang ada. Ada yang lemah lembut, yang guna psiko, yang maca kawan kawan. Tapi cikgu yang baik akan tengok pelajar dia macam mana sebelum putuskan cara pengajaran yang berkesan. Banyak teknik semua tu kami tahu dan belajar bertahun tahun di zaman U lagi. Tapi tak semua cara sesuai untuk setiap pelajar dan kelas. Ada kelas cikgu baik lemah lembut, dia pijak kepala cikgu dengan bising la tak siap kerja rumah la. Ada kelas cikgu tak payah jerit jerit pegang rotan dia dah duduk senyap senyap kerja siap kelas bersih tak kacau orang.

Dah kalau pelajar kau sendiri duduk dalam kelas kacau orang lain nak belajar,
Kerja rumah tak siap, ponteng kelas,
Kau nak biar?
Tengok biar je?
Nak ditimang timang tepuk amai amai belalang kupu kupu?

Kemudian bila pelajar tu tak cemerlang,
Kau marah sekolah, kau marah guru
Apa cikgu ini tak pandai didik, mengajar ke?

Dah anak kau perangai macam syaitan,
Kalau sepuluh guru datang masuk kelas semua menyumpah,
Mana nak berkat hidup,

Kau kena tahu
Bila cikgu marah
Cikgu bertindak
Tanda cikgu tu sayang
Tanda cikgu ambil berat
Adalah sebab tu,
Tanda cikgu nak mendidik agar pelajar dia nak jadi manusia yang berguna.
Tak akan mudah seorang guru untuk putus asa pada seorang pelajar dia yang bermasalah

Tapi ramai guru akan mudah putus asa jika pihak ibu bapa tak cuba nak faham
Salah sikit, mengadu, ibu bapa menyerang. Saman sini sana.
Tak boleh ke kita duduk bincang bincang.
Kita ini manusia yang ada juga salah silapnya.
Ibu bapa manusia
Guru pun manusia

Jangan tiba satu saat, cikgu yang mengajar anak kau putus asa,
Masa tu lantak lah budak kau nak jadi apa,
Dan masa itu kau kena tahu, anak kau adalah manusia yang kesian.

Mendidik dan mengajar beza tugas skopnya,
Ibu bapa, guru dan siapa sahaja
Ayuh kita berganding bahu
Berkerjasama
Nak melahirkan insan insan yang cemerlang dunia akhirat bukan mudah.
Kearah perkembangan potensi modal insan secara holistik merangkumi jasmani, emosi, rohani, intelektual. Tu dia falsafah pendidikan sangat.

Ps: kau pernah tengok cerita anakku Sazali tak?

Pss:sorry kalau sentap dan bahasa yang kasar. Peace

Best Blogger Tips

Tuesday, July 23, 2013

Syukur

Salam.

Semalam keputusan peperiksaan keluar. Alhamdullilah.
Markah penuh.
Terasa berbaloi terkejar kejar antara tempat kerja dan kuliah.
Walaupun aku sendiri tahu betapa banyak usaha dicurah

Masih rahmat tuhan dan keredhaan ibu bapa pencetus segala

Dan menjadi manusia seperti aku
Yang terkejar kejar antara tempat kerja dan kuliah
Pergelutan antara kerajinan dan kemalasan

Aku kira aku masih lagi dalam keadaan keberuntungan
Pekerjaan aku mulia
Walau kadang kala terpalit hina

Hati aku tenang di hujung bulan
Senang memikirkan kelangsungan hidup tanpa terbeban
Walaupun kadang kala kontang di pertengahan bulan membayar segala bil hutang

Aku sendiri didukungi semangat di setiap penjuru hidup
Aku ada rakan -rakan baik
Masih bersama dari zaman hingusan

Aku ada rakan -rakan sekerja yang menyenangkan
Mengenali mereka atas nama takdir yang kebetulan
Gila
Banyak kerenah
Tapi masih menyenangkan

Aku ada rakan rakan semasa
Pemberi sokongan , kritikan
Masih aku dirahmati tuhan,
Sepanjang perjalanan dikirimkan
Insan insan yang baik baik menjadi peneman

Paling utama,
Aku ada keluarga
Aku ada ayah
Lelaki semakin dimamah ketuaan
Tapi masih lembut penuh kasih sayang
Aku ada emak
Wanita yang semakin bertambah kedut
Tapi masih cantik tersenyum penuh kasih sayang
Aku ada adik beradik
Saudara yang bersama hingga aku tua dan beranak pinak
Tak akan terputus hubungan jiwa

Terutama, paling agung
Biar kadang kala aku lupa
Kerana alpa
Terbuta kerana
kehidupan dunia terlalu indah
Walhal hanya sementara

Aku ada Tuhan
Setiap masa dan ketika

Mengapa saja aku tidak harus bersyukur?

Best Blogger Tips

Saturday, July 20, 2013

Nilai duit

Salam

Ada sebuah buku kecil yang saya dapat secara percuma. Percuma kerana membeli sepaket rumpai laut kering jenama Tao Kae Noi milik seorang usahawan muda kelahiran Thailand.

Ittipat Peeradechapan atau Tob adalah nama usahawan tersebut. Tob bermasalah sewaktu belajar. Keputusan peperiksaan beliau sangat teruk dan menyambung di universiti swasta.kemudian, meninggalkan pengajian di Universiti diawal usia. University droupout. kerana ingin menumpukan perhatian kepada perniaagan kecil yang diusahakan.

Lantas apabila dibentangkan kisah sebegini, saya sebagai seorang guru menjadi sedikit skeptikal walaupun hakikatnya kejayaan seseorang di alam realiti bukanlah berkisarkan berapa banyak A yang diperolehi di zaman sekolah, bukan berapa tingginya cgpa yang didapati sewaktu zaman kuliah. Walaubagaimanapun masih lagi pendidikan menjadi satu batu loncatan untuk kehidupan yang lebih baik dan peluang yang lebih mudah.

Iktibarnya siapa pun kita waima budak paling banyak gagal masa peperiksaan sekali pun kita boleh berjaya dan jadi manusia berguna.

Konsep mudah nak berjaya adalah usaha, tawakal dan doa. Pesan nabi sesungguhnya perniagaan tu adalah 90 sumber hasil pendapatan. Nak kaya, meniagalah.

Cerita Tob ini pernah diadaptasikan menjadi filem. " The billionaire". Cari dekat youtube, mesti jumpa. Berbalik kepada buku Tob ini, saya tertarik dengan kata kata beliau. Betapa nilai wang itu berubah mengikut usaha.

"  the value of easy money was completely different from the hard money. Both are still money. Both can pay bills. However the value in our own mind was different".

Betul. Bila kita sendiri tahu kesukaran mencari wang kita lebih berkira kira dalam setiap perbelanjaan. Adakah barang yang kita nak beli ini berbaloi untuk wang yang akan kita belanjakan? Adakah kalau kita tak beli barang ini akan mempengaruhi kehidupan kita? Kita mula meletakkan jurang antara keperluan dan kehendak.

Hmmmmm

Hmmmmmmmmmmmm

Hmmmmmmmmmmmmmmmm

Walaubagaimanapun hidup ini hanya sementara. Jangan kedekut sangat dengan diri sendiri. Jangan kedekut sangat dengan orang lain. Dah penat penat kerja, bebelanjaanlah kehendak sendiri kadang kala. Apa apa pun ukur pada kemampuan diri sendiri. Spend within your mean.
Harus bijak berbelanja, harus tahu menyimpan sedikit tahu bersedekah sedikit, harus tahu bersyukur , harus tahu beringat.

Jangan jadi orang kaya yang kedekut dan jangan jadi orang miskin yang boros.

Dan ye, keperluan barang itu sendiri. Kalau kau pakai, nak beli 10 pasang kasut pun tak pe dik non. Asal duit hang sendiri dan guna. Bila hang beli dan hang guna. Itu tidak dikira sebagai pembaziran. Tapi pelaburan. Ye pelaburan untuk hati yang riang gembira.

Sekian
Rahika Halim
Pesanan dari seorang kaki membeli belah.

HAHAHA.

Best Blogger Tips

Saturday, July 6, 2013

Review Hari sukan dan luahan hati

Salam

Ini adalah review sukan tahunan di sekolah aku.

Pertama, kita kondem dulu pasukan yang kalah iaitu rumah sukan aku sendiri-omega.

Secara solid dan totalnya, rumah sukan aku kalah lagi. Tempat terakhir secara kekal berturut-turut. Mengikut imbasan , tidak pernah aku diketemukan dengan sebuah rumah sukan yang begitu banyak kali bilangan kalahnya, kawan.




Kedua, kita puji pula pasukan yang menang.-gamma.

Secara solid dan totalnya, tak pernah aku lihat rumah yang begitu diberkati tuhan dengan  begitu banyak kesatria satria yang berpotensi besar. Mungkin doa doa mereka sekian lama telah didengari tuhan atau rumah rumah lain terlalu pincang atletnya.



Ketiga, kita support pula rumah yang memberi tentangan sengit-lambda.

Secara solid dan totalnya, tidak pernah aku lihat rumah yang begitu cantik sistem pengurusannya, tak perlu berkerja keras dan makan hati terlalu dalam. Tidak perlu disuruh suruh secara keterlaluan dan tidak terlalu ramai yang kemalasan. Slogan paling tepat bagi rumah ini " pengurusan cemerlang, kearah kemenangan atlet berkesan" amacam sesuai tak dengan slogan kerajaan?



Keempat, kita kupas pula kegagalan juara bertahan -Delta

Secara solid dan totalnya, sang juara rebah. Cuba bangkit diakhir akhir pertandingan tapi sayang
Buah bidara, tenaga mu belum cukup kuat memintas juara baru yang lebih muda dan bertenaga dengan semangat yang membara. Tak pe lah,sekali sekala berilah peluang pihak lain merasa podium pertama. Jika terlalu lama ditambuk, bimbang tercetus satu konspirasi angkara pihak pihak lawan lalu melahirkan demontrasi jalanan pula. Macam di mesir? Kau mahu?

Ala, politik rumah sukan dan politik negara apa nak jauh beza.






Kelima, kita kupas pula pasal budaya.

Hari tu, aku bersembang dengan cikgu sekolah lain, almaklumlah sekarang ini 1 Malaysia sibuk dengan hari sukan.

Pung pang pung pang.

" wah, beria nya sekolah engkau. Sekolah aku cikai cikai sahaja, khemah pun tak ada,"

" aah, sekolah aku memang beria tapi yang buat kerja semua cikgu."

Memang budaya sekolah aku, kerja suma cikgu je nak pulun . Anak murid kita belai belai goyang kaki. Patutlah pemalas, belajar malas, sekolah malas. Yang rajinnya -bercinta dan main fb malam malam.



Ps: Akhir kata dari pesanan penaja, khas untuk bakal bakal graduan diluar sana yang nak jadi cikgu: kalau ko jadi cikgu sebab mak suruh, bf,gf suruh, gaji banyak, konon cuti banyak, kerja sekerat hari je. Tolonglah jangan jadi cikgu. Tolong lah aku merayu.

Apa kau tak tahu, cikgu ini ramai yang jadi pesakit mental lagi lagi sekarang ini generasi Y yang  jentik sikit terus jumpa di mahkamah dan mak bapa serang macam kita ini tak tahu nak didik pelajar. Dan segala fail dan dasar dasar yang bukan sahaja mengelirukan dan ko terfikir fikir, apakah faedahnya kau buat semua ini  tapi kau kena hadap juga sebab ko dah sain akujanji " saya yang menurut perintah".

Mak bapa zaman sekarang ini pula konon yang belagak tu la. Bukan main lagi, semua salah. Ewah, bukan kah pendidikan bermula di rumah? Dah kalau cikgu mengajar tak betul, konon tak pandai didik anak murid. Ko dekat rumah buat apa? Buat anak?tetetttt bacaan 18 tahun.
Sorry, aku anti sikit dengan ibu bapa yang belagak. Ibu bapa yang tak belagak aku sayang.muah.

Ok bye, dah banyak dosa aku buat malam ini. Pergh, lama dah tak mengila tulis ganas macam ini. Feeling feeling remaja gituz.

Ps: dulu,awal tahun aku pernah la berikrar untuk menjadi guru yang bersopan santun, bersusila tinggi dan lemah lembut macam kak mira. Tapi angan angan tu musnah sejak mengajar peralihan dan mpv. Tahun depan, boleh tak kasi aku mengajar kelas pandai pandai dan tak  hardcore? Kasilah aku chance nak berubah jadi perempuan melayu terakhir sikit.




Best Blogger Tips

Friday, May 31, 2013

rumah

salam,






cari baju paling selesa,
baca buku apa jua genre,
pendam dalam diam,
luahkan pada harapan,
jom cari tempat paling indah,
untuk sesat diam diam,
berkhayal,
bermimpi,
biar biar realiti  
duduk di tepi
diam diam

Best Blogger Tips

Friday, April 26, 2013

Tolol

Aku suka jadi perempuan. Tapi aku sedih perempuan semakin murah. Yang cantik (semata-mata) mendapat lesen untuk berbuat apa sahaja dan berkata apa sahaja. Bodoh -bodoh begitu kerana mereka cantik. Pandangan streotaip telah memberi lesen besar pada golongan ini. Ramai yang berebut mahu menjadi cantik. Tidak ramai pula yang mahu menjadi cerdik. Hasilnya? Terwujudlah selambak si-comel-jelita-otak-sifar, bersepah -sepah seperti botol kosong dipasar. Tak ada apa yang hendak dihairankan (melainkan kau duduk dibawah tempurung).

Perempuan yang punya akal dan hati boleh dikira dengan jari. Dan bila mereka ini kurang cantik pada pandangan streotaip tadi, mereka terus jadi........ ghaib.

Kecantikan dalaman hanya terlihat oleh mata hati. Kecantikan luaran terlihat oleh mata kepala dan mata celah kelangkang. Itu majoriti.

Kasihan manusia. Pandai bikin sejuta jenis berlian,tapi brlum mampu membezakan kaca dan intan. Teknologi bukan main tinggi, tapi fikiran paras buku lali?

Kau  memang malas baca buku kan?
Kau lihat muka depannya saja.
Kau ingat kalau aku ceraikan isi buku dengan kulit luarnya,
Dan aku jual, yang mana lebih mahal?
Kau nak beli kulit?

Tolol

Karya:
-wani Ardy, langit vanilla-

*menusuk ke kalbu.sendap membacanya.--)

Check in: rumah wawa. Pontian. 11.25 pm waktu tempatan.

Best Blogger Tips

Saturday, April 13, 2013

Hidup pilihan kita ini.

Salam

Saya kenal seorang kawan. Kami di kelas yang sama. Beliau juga seorang guru. Seorang isteri. Seorang ibu. Seorang pelajar. Selalu datang kelas tepat masanya.

Berbanding saya yang selalu lambat tiba. Dari sekolah balik rumah terus ke U. Sungguh saya mengerti betapa nikmatnya masa yang lenggang.

Tak pe  lah, ramai berkata. Bila sibuk, hidup bukan kah lebih bermakna. Masa terisi dengan kerja kerja yang bermakna. Hidup ini mengenai pilihan. Dan kesibukkan ini adalah pilihan saya.

Saya kenal seorang guru. Beliau guru senior di sekolah saya. Tidak begitu rapat tapi kami hubungan kami baik. Dan dia punyai jalan ceritanya yang tersendiri. Tapi bukankah setiap dari kita ada cerita masing masing?

Terkejar kejar antara tugas pelajar dan guru cukup memenatkan. Saya ingatkan saya sudah cukup sibuk. Tapi guru senior sekolah saya itu lagi sibuk. Dan dia saya lihat selalu ceria, tidak culas, komited.

Tapi begitulah kehidupan. Di saat kita dalam susah, kita selalu ingat kita yang paling teruk. Tiada manusia lain yang dapat tandingi. Andai ruang deria kita lebih sensitif, mungkin dunia ini lebih indah dan kurangnya kutukan. Hakikatnya, ramai orang ,mahukan kehidupan yang mudah tetapi agak  susah mahu berusaha. Contoh saya sendiri, mahu dapat A dalam ujian,tapi tak mengulang kaji pelajaran.

Oh ya,

Tadi, buat kali pertama nya pasukan omega ( rumah kuning) menang tempat pertama perarakan sempena maulidur rasul. Peringkat sekolah sahaja. Untuk sebuah rumah sukan yang sering kali kalah dan mendapat tempat terakhir. Nikmat kemenangan itu lebih dirasai dan disyukuri.

Usai majlis dan pemenang diumumkan. Saya di datangi ramai pelajar yang terlibat.

" cikgu, rumah kita menang"

Ye, mereka sangat gembira. Lama tidak kedengaran perkataan menang itu dari mulut mulut ahli omega. Terima kasih kerana tetap setia ahli omega. Tetap tidak malu, tetap tidak berubah rumah, tetap setia. Kemenangan kecil moga moga tersuntik semangat dan harapan. Kerana sesungguhnya kegagalan yang berterus membawa kepada kematian semangat jiwa. Sepertimana kemiskinan yang keterlaluan membawa kepada kekufuran.

Terima kasih untuk para guru yang terlibat sama ada secara paksa atau rela. Terima kasih kepada pelajar yang terlibat sama ada rela, dipujuk mahupun terpaksa.

Mudah mudahan, andai kata ada rezeki dan mungkin sedikit usaha. Kita terus menang dan menang dan menang. Ameen.  Ya, andai kata kita berusaha bersama.






Best Blogger Tips

Sunday, December 30, 2012

Bye 2012. Hello 2013

Salam

Kepada diri saya di masa depan.

Saya,

Esok, adalah 31 haribulan. Hari terakhir tahun 2012 dan saya sudah memasuki tahun ke 3 sebagai guru. Selamat datang 2013.

Melihat jadual pengurusan sekolah, sejujurnya saya mengucapkan syukur. Tiada  hambatan jawatan yang berat dan diluar kemampuan.

Memasuki tahun ke 3, skop pengajaran saya juga berubah. Atas pemintaan saya sendiri kepada pihak pentadbiran sekolah. Maka tahun depan, saya akan mengajar pagi dan petang. Sila banyak belajar dari guru senior. Jangan besar diri. Jangan bodoh sombong. Jangan terlalu pentingkan diri sendiri. Tak tahu, sila bertanya. Berbaiklah dengan semua orang. Jauhkan pergaduhan dan berkomunikasilah secara berkesan.

Ada hari 3 hari saya mengajar waktu pagi dan ada hari saya akan mengajar petang. Tahun pertama tidak bergelar guru kelas. Tahun pertama memegang jawatan sebagai ketua panatia ABM. Masih menjadi guru peralihan.

Masih banyak perlu dipelajari. Tidak akan sama mengajar seorang remaja dengan  kanak-kanak bukan?

Andai kata dimasa depan, saya membaca semula catatan ini. Kehidupan manusia ini sukar diramal, ingatlah diwaktu ini, saya seorang yang optimis pada sebarang kemungkinan. Selamat mencipta memori memori indah.

Sekian. Terima kasih.

Yang benar,
Saya

Best Blogger Tips

Thursday, December 27, 2012

Sarapan pagi dan bangun awal

Salam

Saya ingat lagi waktu itu, waktu Ezzah masih lagi bayi  dan emak terpaksa ditahan di wad. Emak sakit masa itu dan terpaksa menjalani pembedahan kecil. Ezzah yang masih bayi dihantar sementara dirumah mak saudara. Ayah sudah tentu sibuk menguruskan emak,kerja lagi, jaga kami lagi,menguruskan persekolahan kami lagi.

Untungnya pada waktu itu saya sudah berusia 16 tahun. Sudah tahun memasak masakan yang ringkas, sudah tahu menguruskan diri, sudah tahu mengemas serba sedikit dan sudah tahu memahami serba sedikit erti tanggungjawab.

Sepanjang saya membesar, saya melihat emak saya melakukan kerja kerja rumah seakan senang. Bangun pagi, sediakan sarapan, kemas rumah,menyapu halaman, memasak, menyidai pakaian dan sebagainya. Namun masih juga saya beranggap beliau tidak berkerja kerana Suri rumah itu bukan kerjaya pada fahaman saya. Definisi pekerjaan bagi saya yang remaja pada ketika itu, kerjaya adalah perkerjaan dan hasilnya adlah gaji.

Dirumah saya, emak adalah manusia pertama yang akan bangun awal. Selepas solat subuh dan menjerang air, kami dikejutkan.

Mengambil alih tugas emak yang pertama adalah membangunkan adik adik saya ke sekolah. Sukarnya.

Kali pertama dikejutkan. Tak bangun jua. Sabar.
Kali kedua dikejutkan. Tak bangun jua. Nada saya berubah.
Kali ketiga dikejutkan. Tidak bangun jua. Saya menjadi marah.
Emosi negatif diawal pagi untuk saya.

Bagaimana emak bersabar mengejutkan kami untuk sekian lamanya?

Hari pertama saya bangun awal pagi, untuk memasak sarapan. Meehon goreng seingat saya.
Hari kedua , saya bangun awal pagi, lalu menyuruh ayah membeli sarapan.
Hari ketiga, saya tidak larat untuk bangun terlalu awal lagi. Tiada sarapan diawal pagi.kami makan disekolah sahaja. Semenjak hari itu, ayah mengambil alih bukan sahaja sarapan, malah makan tengah hari dan malam.

Bagaimana emak sabar menyediakan sarapan untuk kami? Yang kadang kala tidak sempat kami jamah atau kadang kala terlalu lancar mulut kami mengatakan ' Tidak sedap',' tak nak makan'.

Masih saya jarang berterima kasih. Mungkin sudah terbiasa perbuatan emak, menjadi saya kurang bersyukur. Emak pergi hanya seminggu tapi cukup membuatkan seisi rumah menjadi terlalu kelam kabut.

Kata orang bijak pandai, permulaan hari yang baik untuk pelajar adalah mendapat tidur yang cukup dan makan sarapan untuk mendapat tenaga. Minda jadi cerdas dan fizikal jadi cergas.( atau minda cergas?? fizikal cerdas?? Na, as long as u get what i means).Barulah senang nak menuntut ilmu. Dan permulaan untuk semua itu bermula dari kasih sayang seorang ibu yang sanggup berkorban sedikit masa tidur dan tenaga untuk permulaan hari yang indah untuk anak.

Selamat kembali ke sekolah anak muridku. Semoga setiap hari, engkau menikmati hari yang indah. Kerana hari yang indah itu, adalah harapan ibumu untuk kamu. Ucapkan terima kasih pada mereka. INI ARAHAN. HAHA.

Kini, emak tak sekuat masa muda. Banyak kali sarapan dibeli dari dimasak. Hanya Ezzah yang bersekolah rendah dan bersarapan diawal pagi. Kami? Na, orang zaman sekarang sarapan mana yang sempat asal perut terisi.Bujang katanya.

Semoga tuhan sentiasa merahmati keluarga kami. Dan semoga emak dan ayah dipanjangkan umur, diberikan kesihatan dan ketenangan jiwa. Semoga kami menjadi anak yang soleh kerana doa anak soleh adalah bekalan ibu bapa kita. World peace.keamanan dunia dan jiwa.

Best Blogger Tips

Monday, December 17, 2012

Dunia kita ini

salam
Andainya anda tidak tahu:


Berita 1: Di Connecticut.
20 orang kanak-kanak dan 6 orang dewasa mati akibat tembakan rambang oleh seorang pemuda yang bernama Adam Lanza.   Kejadian ini berlaku di sekolah mereka sendiri. Ibu Adam juga berkerja sebagai guru di sekolah tersebut turut terbunuh. Akhirnya Adam membunuh dirinya sendiri.


Berita 2: Di  UK.
Jacintha Saldanha telah membunuh dirinya kerana mendapat panggilan palsu daripada 2 orang Dj dari 2DayFM, Michael Christian and Mel Greig. 2 orang Dj tersebut telah menyamar untuk sabagai Queen Elizabeth dan Putera Charles untuk mengetahui pekembangan Kate Middleton yang mengalami morning sickness yang teruk.


Berita 3: Di Ireland
Erin Gallagher (13) telah membunuh dirinya 24 jam selepas dikatakan menjadi magsa buli dalam talian.( cyber bully)Dia dihujani dengan message kebencian selepas menggunakan Ask.fm.

Sayangkan. Dalam dunia yang kita rasa kan selamat ini. Masih ada yang tidak merasa aman dalam jiwa.

Dalam negara yang maju ini yang nampah gah dari luarnya, mungkin rapuh jiwa bangsanya.

Tapi dewasa ini, seakan saya cukup mengerti bahawa hidup manusia hanya sekali, biarlah bererti

cemburu pada sebuah bangsa yang kuat , letaknya di ufuk barat.














Dalam dunia yang nampak berkeramuk luarnya, rupanya kuat jiwa mereka.
Best Blogger Tips