Tuesday, September 10, 2013

Kahwin paksa

Salam

Hari tu aku mimpi,
Alkisahnya,
Waktu siang hari di bawah pokok manggis,
Tak jauh hanya depan rumah nyai( nenek),
Tiba tiba secara magisnya,
Ular lalu di sebelah kaki ku,
Lalu je, bukan patuk,
Mungkin kulit ular tu kena pada kaki
Entah kenapa, dalam mimpi itu juga aku meraung raung macam nak mati.

Terjaga, terima kasih la pada bunyi alarm jam pada henfon,
Aku bangun, tekan 'dismiss'
Baring baring golek golek
Berfikir, cuba hadam apa kah yang berlaku,
Orang kata kalau kena patuk ular tanda ada orang nak masuk meminang
Terpinga pinga aku mencari antara perkaitan antara ular dan orang masuk meminang.
Entah, tiba tiba hati aku jadi sepi
Dan sedikit geli

Hari ini aku mimpi
Tiada lagi kelibat ular
Mimpi kali ini lagi " advance"
Ada orang masuk meminang,
Penuh dengan adat, sekali berombongan
Untuk lelaki yang entah langsung aku tak kenal,
Ajaibnya aku boleh tahu nama dia Raj,
Jangan tanya aku nama penuh dia,
Mungkin Raja Kapoor, Raja Gopal atau Raja Bunian.
Ah lantaklah eh tapi dia hensem. HAHAHA.
Hmmm,,,,,
Muka hensem tapi aku tak suka tak guna juga,
Perkahwinan bukan setakat nak takat tatap muka je, ye dok?
Dalam keriuhan itu,
Reaksi aku macam orang tiga suku,
Yang memang nak kena maki,
Sampai aku meraung raung cakap tak nak, tak nak,
Punyalah tak nak,
Setidak tidaknya tak nak,
TAK NAK

Aku kata
Cinta aku ekslusif,
Bukan untuk diberi pada entah siapa siapa
Sejauh mana aku menegakkan kerelevanan lamaran itu ditolak,
Entah bagaimana lamaran itu diterima,
Dan aku pandang Raj dengan pandangan " kau siap, jaga jaga, jangan sampai aku simbah asid dekat muka"

Bercampur baur
Aku rasa dikhianati,
Aku rasa di tolak ketepi,
Aku rasa dibenci,
Aku rasa sampai hati keluarga aku buat aku macam ini,
Semua perasaan itu bercampur aduk
Dengan perasaan geli

Mujur sebelum scene aku derhaka dengan mak bapak aku,
Mujur tuhan sayang lagi dekat aku, syukur
Aku terjaga,
Mimpi penangan lepas subuh,
Menyeramkan.

Aku baring, golek kanan kiri dan berfikir,
Andai perempuan yang berusia pertenggahan 20 an seperti aku ini
Boleh terobek hati dengan mimpi dengan perkahwinan paksa
Boleh terperosok jiwa dalam perkhianatan, kekecewaan dan kesedihan

Apatah lagi kanak kanak perempuan di pendalaman Afghanistan sana,
Apatah lagi kanak kanak yang lahir dalam keluarga kuno di Bangladesh sana,
Apatah lagi kanak kanal perempuan yang lahir di tanah India sana,
Apatah lagi kanak kanak perempuan yang lahir dimana jua pelusuk dunia,
Yang persamaannya hanya satu:

Mereka dipaksa kahwin muda dengan entah siapa siapa.
Sama ada pasangan mereka sebaya
Atau lebih tua.

Dan perasaan aku tiba tiba bertukar . GELI.

ps: Hentikan perkahwinan kanak kanak secara paksa. ( dan juga dikalangan orang dewasa yang tanpa rela). Bila semuanya dalam kepaksaan, tiada cinta yang mekar dalam hati. Hanya kebencian dan kegelian. Dan realiti kadang kala bukan macam cerita novel atau drama melayu. Yang kena paksa kahwin tanpa rela, benci benci lepas tu suka. Lebih elok kita semai awal perkahwinan dengan perasaan suka dan rela.

Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment