Salam
Hari ini ada hari keusahawanan dekat sekolah.
Tiap tiap tahun pun memang macam ini,
Acara wajib koko
Ada nyanyian, ada tarian, ada break dance.
ada jualan - tahun nie entah apa ntah semangat. Berniaga lah buat ais krim malaysia. Modal kecil, jualan pun kecik, untung pun kecik. Jual pukul 8 pagi.10 pagi sold out. Alhamdullilah.
ada cabutan bertuah - as usual, im not the lucky one.
ada permainan,
ada makanan
ada rumah hantu - its was a long que. And sorry im not big fan of hantu.
Ada karoake.
Dan
Ada manusia. Yelah kan, tak kan ada gajah, harimau, musang dan ba....dak.... kot
Untuk budak budak ini riang gembira.
Here the summary of the day, people :
Budak budak ini ajar masa mula mula posting dulu. Masa mereka tingkatan 1. Sekarang dah besor masing masing. cepat sangat masa berlalu.
Oh terasa diriku muda remaja gituwwwww...
Ini adalah kebab ciptaan Zasni. Sedap dan macam senang dibuat.
Letakkan 2 keping roti. Kemudian ambik bekas bulat. Letakkan atas roti dan berikan tekanan. Roti akan bercantum dua. Ambil roti dan taburkan dengan serbuk roti. Dan goreng. Dah siap angkat belah 2.
Kemudian letakkan daging cincang ke, sardin ke, telur ke. Nyum nyum nyum
Siapa yang rajin buat la.
Kak pojie minum air kopi. Ustaz Zul cilok dari kedai kopi dia. Haha.
kopi ini jenis tall baru rm1.50.
grande : rm2.50
venti : Rm 3.50
add on whipping cream 50 sen.
tudia i kasi sekali senarai harga okey! Huhun semata mata penjenamaan.
ustaz kata starbucks mahal sebab depa pilih the best coffea in the world. Depa jaga kualiti kopi mereka. Dan setiap hari akan ada kopi baru yang dibuat. depa beli 3% dari pengeluaran kopid dunia tapi itulah yang terbanyak.oooooo...
Kalau korang pernah baca buku " how starbucks saved my life" By michael Gill? Korang akan faham secara ringkas bagaimana starbucks ruin their business in term of partner. Derang panggil pekerja mereka partner. Not worker.
Jadi ada sesuatu yang kita boleh belajar di situ. How they manage their business. How they educate their partner. how to survive.
Tak kisah la pada yang boikot atau tidak. Tapi yang nak mula mula berniaga atau syarikat besar dalam pemakanan, boleh kaji dan selidik untuk kegunaan sendiri. Jual kopi je tapi sampai tahap antarabangsa. mahal pula tu tapi masih ada yang beli.
Ps: caffein is not good for preggy mummy.
pss: saya tak minum kopi. Tak kisah sama ada murah atau mahal.
kak Hairina meniaga air. Laku sampai licin. Kak Hairina bertuah gile, dah la menang cabutan bertuah. Anugerah kedai mesra pelanggan pun dia dapat.
bertuah bertuah bertuah
Budak budak anak anak ikin nie meniaga waffle. Tadi tak sempat nak beli. :( dan sekarang kempuanan. Nak waffle!
Anak anak didik Miza. Kemain ballet atas pentas. Good job Miza.Tahun ini kelab kebudayaan sangat aktif. Tak da la tiap tahun buat zapin je.
my form 5 students. Dengan baju kelas mereka
teringat masa saya zaman matrik dulu pun ada baju kelas juga. sekarang baju tu dah jadi sarung kerusi malas dekat rumah maklin. Hahaha.
Nazry and the geng buat projek jual barang bundle. Garage sale.
tagline kdai depa " harga boleh runding, hutang pun boleh"
kitaorang jual aiskrim cendol, kacang dan asam boi, promosi kat whatapp guru guru je.
belum buka kedai, dah ada yang reserved. Nak cepat habis, panggil pelajar suruh beli.
budak peralihan pun bukan main beli juga. Untung semalam promosi suruh depa beli.
habis je jual, terus tutup kedai jalan jalan lepak gerai orang lain. Terima kasih la pada yang beli sama ada rela atau terpaksa. :)
i do enjoy my day.
No comments:
Post a Comment