Wednesday, July 25, 2012

bengkak bengkok

salam

Hari ini para pelajar peralihan ku sayang belajar mengenai kata ganda berentak. Tapi malangnya waktu saya bersama mereka adalah selepas saya menjaga budak lelaki solat zuhur. Haruslah emosi tak stabil dan menjelma menjadi harimau jadian.Suruh solat pun payah!!

Natijahnya kelas dalam keadaan senyap. Tiada kompromi kepada kebisingan dan pelajar suka suki alih tempat duduk. Tekun sorang-sorang salin nota dan kasi respon yang diingini. Masa tu lah, rasanya bahagia sungguh menjadi seorang guru untuk kelas peralihan. Oh Peralihanku sayang.

Tiba-tiba terdengar suara 'kehkehkeh' dibelakang kelas. Nasib kau lah budak kena terjah dengan soalan:

"Ha, Foo Jee Hong, u tahu maksud bengkak-bengkok??

Foo Jee Hong: hmmm,  tadak tahu cikgu.. ( pandang Ng Zhi Yang disebelah dan sok sek sok sek dalam bahasa cina). oh cikgu, saya tahu. ( dia cuba nak terangkan dalam bahasa melayu tapi sukar difahami oleh saya).


Chee Wee Giap lalu menawarkan pertolongan.

Chee Wee Giap: oh cikgu, itu orang tua, Badan dia sudah itu ( sambil membengkokkan badan dan buat-buat batuk)


Ng Zhi Yang, Foo Jee Hong mengangguk-angguk kepala tanda setuju.


T_T


Respon cikgu:
Tahan ketawa sambil tulis

Bengkak- bengkok :
Contoh Ayat: Jalan itu bengkak -bengkok. ( sambil lukis jalan bengkak- bengkok ) Best Blogger Tips

Sunday, July 22, 2012

ponteng kelas

salam

Selamat menyambut ramadhan al mubarak kepada semua muslim dan muslimat di seluruh dunia. Semoga Ramadhan kali ini dijalani dengan penuh tawaduk dan makna.

_________________________________________________

Lama sangat tak update blog. Memandangkan blog ini adalah bakal warisan khazanah khas untuk bacaan  anak cucu masa depan. Maka,gigih la juga kan. Baiklah. Kisah ini bermula berlaku pada minggu lepas.

Masa: 5.10-5.45
Kelas: 1 Dinamik

Saya masuk ke dalam kelas dengan emosi yang agak stabil.  Ria gembira pun tidak. Muram durjana pun bukan. Hanya semangat sahaja yang tinggal dan kebiasaanya hanya itulah perasaan yang  wujud tiap kali saya masuk kelas.

Pelajar bangun untuk memberi salam dan saya perasan bahawa sebahagian besar pelajar cina tiada dalam kelas. Riak-riak emosi mula bertunas. Riak wajah saya masam mencuka lebih-lebih lagi saya lihat rekod kawalan kelas. Sah la ponteng sebab nama mereka tidak di tulis pada senarai pelajar yang tidak hadir.


" Assalamualikum dan selamat sejahtera cikgu "

Usai salam dijawab dan kebenaran duduk diberikan . Khoo Chort Chert masuk ke dalam kelas dan terus duduk ditempatnya.Saya pandang setiap seorang pelajar saya seperti mana tumpuan mata mereka ke arah saya.Menunggu aktiviti pnp seterusnya.

" Mana yang lain?" tanya saya sambil jari menunjukkan pada kerusi dan meja yang kosong tiada orang tapi ada beg.

" ponteng cikgu" ada suara yang menjawab.

"hmmm, baiklah, keluarkan buku latihan. Hari ini kita cuba jawab soalan." Arah saya sambil mula menulis soalan latihan di papan hitam. Habis soalan satu ditulis, hati saya terdetik untuk mencari pelajar -pelajar yang ponteng itu di tandas. Saya terus keluar dari kelas dan menuju ke tandas. Terus ternampak kelibat Lin Jin Hoa di koridor .

" Lin Jin Hoa!! masuk kelas" Jerit saya tanpa peduli mata yang memandang dari kelas lain.

Lin Jin Hoa nak lari tapi malangnya dah terperangkap. Kemudian saya terdengar derap-derap kaki berlari di tangga. Cepat-cepat saya bergerak lalu terpandang Ling Guan Yean.

" Masuk kelas Ling Guan Yean!!"
" Saya nak panggil Chin Kien Wei Cikgu." Pelahan je bunyinya.
"Tak payah!! Masuk kelas cepat!!" arah saya.

Sampai sahaja di dalam kelas, saya lihat sebahagian besar pelajar cina yang ponteng dah ada dalam kelas.Entah celah mana ntah tiba-tiba muncul. Semua ada kecuali Chin Kien Wei yang dah tentu-tentunya  tak berani nak masuk kelas.

Kalau lah hukuman rotan itu diboleh, rasanya dah berbirat-birat dah budak-budak ini. Tak buat kerja saya tak pe lagi, datang lambat ke makmal pun tak pe lagi. Tapi saya pantang kalau ada yang berani ponteng kelas saya.. Lebih lebih lagi kalau ponteng tu setakat duduk dalam tandas sahaja. Kalau ponteng buat aktiviti berfaedah sedap la juga hati. At least i'm not turn to lunatic women.

"Tahniah yang ponteng tadi saya masukkan dalam rekod. Kalau nak datang sekolah untuk ponteng kelas,jadi samseng, buat kesalahan displin. Baik tak payah datang sekolah. Berhenti terus duduk rumah. Senang semua orang tak susah". Bebel saya .

Masam mencuka je pelajar-pelajar cina yang ponteng kelas. Lebih lebih lagi bebelan itu disambung sorak sorai pelajar perempuan yang berada di dalam kelas.

" Amboi,suka nampak. Ha, yang lain tu kalau datang sekolah nak cari pak we, nak mengatal, nak mengedik pun sama juga. Tak payah datang sekolah juga!" bebelan tambahan dari saya yang tiada kena mengena dengan tajuk ponteng kelas.

" eh mana ada cikgu" ada pula yang menyahut.
" ada saya kata awak?? kalau tak buat jangan perasan boleh tak?"

Kelas disambung semula Saya menyambung menulis soalan ke2 pula. Pelajar dibimbing untuk menjawab soalan. Syukur, ramai yang dapat jawab dengan betul.Chua Xue Yien protes tak mahu buat sambil muka mencuka. Sentap la tu. Bajet saya heran!!!! Tak nak belajar sudah. Apa-apa pun objektif pnp hari ini tercapai.


---------------------------------------------------

Nadiah bercerita.Waktu dia adalah selepas waktu saya.

Nadiah: Chin kien wei, kenapa awak ponteng kelas cikgu  Rahika?

CKW: Haiya, dia tu gila. Gila Garang.

Nadiah: Awak pun gila. Dia pun gila. Memang la tak boleh jumpa.



T_T . Buat hal kat kelas saya. Kompem-kompem la saya menjelma jadi ahli sihir. HEHE. Eh, marah tandanya sayang.

Sekian cerita tamat.











Best Blogger Tips

Friday, July 13, 2012

bless us

salam.

Begini ceriteranya bermula:


Kehidupan ini kan seperti sebuah titian yang kita sendiri tak tahu pengunjungnya. Jika tidak pandai mengimbang, mungkin akan jatuh dalam longkang besar.

Apa apa pun analogi mengenai kehidupan, sama ada susah atau senang, sama ada berdiri tegak  atau jatuh tersungkur, sama ada di puncak kejayaan atau lembah kegagalan. KITA MASIH PERLUKAN SOKONGAN DAN KASIH SAYANG. Terutamanya daripa insan-insan yang tersayang.

Tuhan cipta manusia ini dengan aturan yang sangat unik. Takdir tuhan memang tak akan boleh ubah-ubah. Manusia yang susah tak akan selamanya susah dan yang senang tak akan selamanya senang. Adalah itu ujian tuhan nak kasi tanda DIA sayang pada hambanya.

Biarpun sebagai manusia yang kadang kala alpa dari rasa syukur, saya akui Tuhan telah memberikan saya banyak nikmat yang sering kali saya terlepas pandang.

Saya belajar bahawa sesukar dan sakit mana sekali pun, kita tak akan mampu untuk pendam sendirian.

Saya belajar bahawa berjaya sekali mana pun, kita tak akan mampu rai kan secara sendirian.

2 rakan hebat saya dari zaman sekolah hingga sekarang ( ameen) melalui 2 saat yang berbeza:

Gee:  She now at Taiwan since 1 of her paper was accepted and will be publish by procedia -cited proceeding, Science direct. Mengenali beliau sejak  zaman makan pelam cicah garam dekat kantin secara berjemaah sampai habis waktu rehat dekat kantin sekolah , InsyaAllah kejayaan itu memang dalam tangan.

Yana: Dia sedang berusaha menghabiskan master. Tapi kehidupan ini adalah ujian. Be strong dear. Biarpun yang menanggungnya lagi parah dan aku hanya mampu berdoa. Bukan kah doa itu senjata orang mukmin paling kuat.





It's hard not to be inspired when u know u're being loved and surrounded by awesome peoples.  



iye , saya menulis khas untuk mereka berdua. Untuk tatapan kelak bahawa hidup ini sebenarnya indah jika kita memberikan sedikit ruang dan masa untuk mengambil berat. Best Blogger Tips