Begini ceriteranya bermula:
Kehidupan ini kan seperti sebuah titian yang kita sendiri tak tahu pengunjungnya. Jika tidak pandai mengimbang, mungkin akan jatuh dalam longkang besar.
Apa apa pun analogi mengenai kehidupan, sama ada susah atau senang, sama ada berdiri tegak atau jatuh tersungkur, sama ada di puncak kejayaan atau lembah kegagalan. KITA MASIH PERLUKAN SOKONGAN DAN KASIH SAYANG. Terutamanya daripa insan-insan yang tersayang.
Tuhan cipta manusia ini dengan aturan yang sangat unik. Takdir tuhan memang tak akan boleh ubah-ubah. Manusia yang susah tak akan selamanya susah dan yang senang tak akan selamanya senang. Adalah itu ujian tuhan nak kasi tanda DIA sayang pada hambanya.
Biarpun sebagai manusia yang kadang kala alpa dari rasa syukur, saya akui Tuhan telah memberikan saya banyak nikmat yang sering kali saya terlepas pandang.
Saya belajar bahawa sesukar dan sakit mana sekali pun, kita tak akan mampu untuk pendam sendirian.
Saya belajar bahawa berjaya sekali mana pun, kita tak akan mampu rai kan secara sendirian.
2 rakan hebat saya dari zaman sekolah hingga sekarang ( ameen) melalui 2 saat yang berbeza:
Gee: She now at Taiwan since 1 of her paper was accepted and will be publish by procedia -cited proceeding, Science direct. Mengenali beliau sejak zaman makan pelam cicah garam dekat kantin secara berjemaah sampai habis waktu rehat dekat kantin sekolah , InsyaAllah kejayaan itu memang dalam tangan.
Yana: Dia sedang berusaha menghabiskan master. Tapi kehidupan ini adalah ujian. Be strong dear. Biarpun yang menanggungnya lagi parah dan aku hanya mampu berdoa. Bukan kah doa itu senjata orang mukmin paling kuat.
It's hard not to be inspired when u know u're being loved and surrounded by awesome peoples.
iye , saya menulis khas untuk mereka berdua. Untuk tatapan kelak bahawa hidup ini sebenarnya indah jika kita memberikan sedikit ruang dan masa untuk mengambil berat.
No comments:
Post a Comment