Showing posts with label vacation. Show all posts
Showing posts with label vacation. Show all posts

Friday, October 4, 2013

Camne nak bawa kereta pergi singapore?

Salam

Belek belek galery, terlihat gambar lama. Oh mai berzaman.

Hari itu sekitar bulan 3 sengaja jalan jalan sekitar tempat hot spot singapore.kitaorang pergi juga ke Arab street di Jalan Sultan untuk makan dan solat.

Sengaja hujung hujung minggu nak bertukar angin .

Syukur trafik Singapura lancar sebab ramai rakyat dia datang Malaysia, kitaorang pula terbalik.

Ok ini nak beritahu sikit pada sesiapa yang ingin membawa kenderaan persendirian ke singapura.

Selain pasport and white card, korang tahu mengenai:

A) autopass

Like touch n go. Tapi tak boleh pindah milik. Satu kereta satu autopass sebab segala data kereta disimpan pada autopass tu. Pada yang tada, boleh beli dekat Red line imgerisin singapore tu ye. nak beli autopass ini kena daftar dulu.

Untuk top up boleh la singgah mana mana 7eleven. Autopass ini banyak kegunaannya, pergi shoping cari parking, bayar tol, bayar bil,suma pakai autopass. Tak mainlah pakai duit hulur dekat tingkap/ kaunter.

B) vehicle entry permit, VEP

10 hari pertama masuk adalah free tak termasuk cuti awam dan hujung minggu. Tapi kalau dah habis 10 hari sekali masuk kena bayar 20 dolar singapura. Kalau tukar dengan mata wang malaysia memang nak dekat rm50-60 kot.

Jalan penyelesaian terbaik, pergilah hari ahad. Free. Kalau terpaksa pergi hari berkerja , tukar la bawa kereta lain yang tak pernah masuk singapura dan belilah autopass baru.

C) ERP -electronic road pricing.

Ha inilah sistem tol dekat singapore. Macam smart tag kat malaysia. Yang dipasang ditengah tengah kota. So tak jam la jalan raya.hang syok syok bawa kereta ingat tak ada tol, bila balik omaigod berjela kena bayar.

Dont worry babes, nak selamat amiklah flat ERP. Bayaran 10 dolar kot. Entah tak tahu. Tanyalah pihak kat immgesin singapore tu.

Boleh dibayar guna autopass di kaunter imgerisin sana tu b4 masuk malaysia ku tercinta ini.  Tapi kalau pergi hari ahad, free of cas wei. Untung untung

Motip pi la hari ahad. Hati senang, jimat duit n jalan lancar, sila pastikan autopass anda banyak duit dan bawalah dolar singapore secukupnya. Kalau bawa duit lebih tak pe, kurang jangan.


Banyak ke tempat menarik kat Singapore ini?

Banyak. Banyak berjalan luas pemandangan. Kita kalau berjalan bukan nak tengok tempat cantik ,menarik je. Tengok juga mengenai budaya, perkembangan ilmu, cara hidup masyarakat sana. Ambik yang baik dan timbang timbangkan apa yang tak elok pada mata kita. Kalau ada duit lebih sikit, berjalan la. Mengembara lah, tengok dunia luar sikit.


Tapi kalau banyak berjalan ke shopping kompleks tu, tempat tempat membeli belah, tu meluaskan pemndangan untuk membeli dan menyempitkan dompet. Hehehe

Le random sekitar di jalan sultan, arab street.


Restoren ini terkenal dengan murtabak singapura nya yang super besar. Cost about 10 dolar? Makan je. Enjoy ur food. Tak payah nak fikir nak tukar tukar dalam ringit berapa.


Bamboo, palma and Hevea brasiliensis. Different but still live in harmony.

Like us.Malaysian.

Ini adalah arab street. Dari pandangan bahagian atas masjid.

Cuba teka apa ini? Antara benda alah yang femes kat sini, google ler ye. Hangpa sumakan bijak..

ini tingkap masjid.aje unik je tengok. boleh buat iklan adabi, ha, sape yang lahir tahun 80. Tahun la kot apa itu iklan adabi yang guna tingkap.
pergi bersama depa, puan Yaqin dan Encik Zopak yang baru mula mula kahwin. Sekarang Yaqin,pun dah memboyot je nak tunggu sebulan lagi dapat baby. nah gambar tatapan zaman kurus hangpa berdua, hahaha



masjid sultan :)

nice trip. Sape nak ikut kalau i pergi lagi???
Best Blogger Tips

Sunday, April 7, 2013

antara si jakun dan salju

salam

Izinkan saya untuk bersikap lebih jakun untuk entri ini. =) Awas, entry ini panjang dengan bebelan.

yeah! sila mulakan bacaan anda.






Pagi yang hening dimulakan dengan jeritan penuh keterujaan oleh rakan sebilik.

" Rahika! Salji turun!"

Terus kemudian dua homo sapien itu menjadi penari breakdance  ( literally. sebenarnya hanya gerakan keterujaan )
lalu melompat lompat (sebenarnya lompatan dalam hati)
 menjerit jerit ( jeritan jeritan kecil. perempuan biasa lah)
dengan senyuman hingga ke telinga
dan jantung yang berdegup kencang dub dab dub dab bunyinya.

HIPERBOLA SUNGGUH KAN. (punyalah nak gambarkan perasaan jakun tu)


YA TUHAN! keajaiban apa kah ini.

 Saya melihat salji asli yang pertama  pada hari kedua kami di bumi Kpop ini.Salji asli okey salji asli!

 Salji tiruan boleh la bilang dengan jari berapa kali jumpa ( icity, rumah 4 musim). Makan salji pun banyak kali ( ais kacang sebenarnya. Propa sangat nak makan salji). Tak sangka pula salji turun sebab ketika ini adalah perubahan cuaca dari akhir musim sejuk kepada musim bunga. Cuaca memang tidak dapat diramal.


Perasaan untuk lebih teruja untuk pengalaman kali pertama dalam hidup adalah normal.
Seperti perasaan memulakan sesi persekolahan untuk kali pertama. Teruja
Seperti perasaan sambung belajar di universiti untuk kali pertama.Teruja
Seperti perasaan teruja sewaktu bercinta kali pertama.Teruja
 Seperti perasaan berkahwin untuk kali pertama....... ( err, dah harap tiada kali ke 2 kan? HAHA?)
Seperti perasaan menanti anak pertama. Teruja juga kan.


Cuma bila menunggu kematian untuk kali pertama sahaja tak akan teruja kan?

hmm

hmmmm

hmmmmmmmmmmm...


Jadi melihat salji untuk kali pertama bagi umat manusia yang sebahagian besar hayatnya dihabiskan dimana musim sejuk itu hanya membawa kepada definisi musim hujan yang berhari hari turun adalah pengalaman besar untuk saya (noktah. tarik nafas). Keterujaan itu adalah ditahap paling tinggi.


Ye, dengan kata nama lain adalah jakun.





view from our apartment (Mt Sorak)











Patung Buddha terbesar di Korea (kot. Kot maksudnya tak tahu)






Cherry Blossom tree (sakura). Cantik. Cuba bayangkan keadaanya sewaktu musim bunga.



Putih, suci dan sejuk.
Terima kasih tuhan untuk kenangan yang indah
Supaya saya lebih menghargai kehadiran sang suria.
merindui teriknya sinar mentari,
merasai nyamannya udara lembapan sang hujan
Betapa Malaysia yang letaknya di Khatulistiwa itu cukup menyenangkan.
Untuk lebih dihargai. Untuk lebih disyukuri. Untuk lebih dikagumi.


Tsk tsk nangis sebab sejuk sangat. Membeku.




Best Blogger Tips

Monday, March 25, 2013

Korea, kami datang ( day 1)

Salam

Penerbangan kami selamat mendarat pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan di lapangan terbangan Antarabangsa Incheon, Seoul.


Alhamdullilah. Penerbangan 6 jam itu terasa sangat panjang terutamanya sekali bila saya sendiri tak dapat tidur .*sigh*

Apa apa pun,

Hello Korea!
 Here we're.
 Dari Incheon. Uncle Bob , pemandu pelancong kami dah sedia menanti. Terus kami menuju ke destinasi pertama. NAMI Island! Tak menyempat.

Dengan muka bangun pagi paling selekeh kami naik bas demi berjalan jalan melihat alam, haiwan dan juga tumbuhan. Hahaha. Ilmiah tak entry ini?

Pernah tengok cerita Winter Sonata yang gile la menjadi fenomena dekat Malaysia dahulu? Asal maghrib je bukan anak anak je melekat depan tv tu. Mak orang pun join sama. Punyalah feeling menghayati kisah cinta. Ha, dekat Nami island ini lah, tempat shooting mereka. Jadi bila drama itu jadi hit dekat luar negara. 

Ramailah pula yang datang ke Nami island itu.

Tempat dia memang menarik dan sesuai untuk riadah dengan kaum keluarga. Ramai rakyat korea berkelah, main basikal ,main guling guling mengabiskan masa dekat sini.

Oh,suhu dekat sini adalah 2 darjah celcius. Mengelatar beb gua. Mulut dah keluar keluar asap dah.Depa kat sini ada pula yang pakai skirt pendek and short. Hebat.

Btw, layan gambar ye. Sekarang kitaorang dekat Mt Sorak sambil tengok running man tanpa subtitle. 

Esok nak main salji!!
Best Blogger Tips

Sunday, February 24, 2013

Short 'nap' holiday

Salam

Minggu ini minggu yang sangat sibuk
Tak pe la sibuk,
Sekurang kurangnya tahu la juga masa tu digunakan untuk apa,

Macam tuhan kata,
Demi masa
sesungguhnya manusia ini dalam kerugian
Kecuali orang ya g beriman dengan amal soleh dan  mereka yang berpesan pesan dengan kebenaran dan sabar

-surat cinta dari tuhan, al ash 1,2,3.-

Dari senang lenang,
Tapi tak tahu masa tu di buat apa.
Tup tup eh dah hujung minggu.

So here i'am
With yaqin and zopak
Heading to negara singa
Planing for wonderful day.

And
Hoping for the next amazing weekdays.

Best Blogger Tips

Thursday, November 15, 2012

Uluwatu- Bali (part 5)

salam

previously

Catatan Bali untuk kenangan  peribadi dan panduan masa depan diteruskan lagi. Padahal pergi Bali dah bulan 5 lepas.

Hari ke 3, kami meneruskan misi menjelajah Bali dengan semangat yang berkobar-kobar dan perut lapar. HAHA. Kitaorang masa kat Bali tu hanya singgah restoren sekali je sebab nak kejar masa. Almaklumlah bercuti 4 hari je, tapi semua tempat nak pergi. Sebagai ahli tetap kantin sekolah, saya agak kagum dengan kebolehan diri mengawal perasan lapar itu.

Hari ini rancangannya adalah melawat Nusa Damai ( will update later) dan Uluwatu.
Uluwatu bukan sahaja terkenal dengan keindahan matahari terbenam. Tetapi juga dengan persembahan tarian Kecak dan tarian api. Yang paling best, tarian ini memang bagus untuk pengemar sejarah sebab mengandungi cerita epik hindu yang terkenal itu. RAMAYANA. Feel dia macam tengok teater tapi lagi best.


Ha, tak sangka kan. Inilah kisah disebalik bagaimana hari deepavali/pesta cahaya wujud. Kata duduk dekat Malaysia, haruslah tahu sedikit sejarah  perayaan kaum lain Maka dengan itu,saya mengucapkan selamat hari deepavali kepada penganut agama hindu. Iklan sat.


Kami tiba di Uluwatu pada waktu petang selepas menghabiskan waktu petang kami di spa. What the perfect time. Matahari pun belum malu-malu lagi untuk menyembunyikan diri.

Kehadiran  kami disambut oleh beberapa ekor monyet yang nakal yang tak comel.Ngeh ngeh ngeh. Nasib baiklah dekat Malaysia ini banyak monyet, so tak jakun la sangat nampak monyet secara live.Mujurlah pemandu pelancong kami gagah orangnya. Dengan sebatang kayu ditangan, beliau menakut-nakutkan monyet yang ada supaya menjauhi kami. Untung macam ini, bukan je dapat pemandu pelancong malah bodyguard sekali.

Tips: Untuk ke Uluwatu sila pastikan anda tiba lebih awal untuk mendapatkan tempat duduk yang menarik bagi menikmati pemandangan dan persembahan.


Pandangan dari tempat duduk kami. Yes, we're quite late but its ok. Pemandangan masih cantik lagi.


Tempat duduk di sana. Mujurlah masa ini bukan cuti sekolah di Indonesia, kalau tak lagi sesak. Jadi pada sesiapa sahaja nak melawat sila tengok kelender cuti sekolah negara yang ingin anda lawati. Sebab selalunya cuti sekolah, harga jadi lagi mahal dan penuh sesak orang. 




 Haruslah tangkap gambar sendiri. Barulah dapat membajetkan diri sebagai pelancong. 





Persembahan bermula sebelum matahari terbenam dan pak cik tua menyala kan api ditengah-tengah pentas. 




Menariknya mengenai tarian kecak dan tarian api ini, tiada sebarang muzik instrumen yang digunakan. 100% berdasarkan suara/ kesan bunyi dari mulut manusia. 





cak cak cak cak cak cakcakcak!!!!! hisssssssssssssssshhhhhhhhhhh






Kami ada rakam tarian ini tapi biasalah malas nak upload.Nasib baik la ada insan rajin yang sudi upload. Thanks. I love youtube. kehkeh





subhanAllah, memang terbaik pemandangan matahari terbenam di Uluwatu. 





Persembahan ini sampai ke malam. Habis dalam pukul 8. Memang panjang. 


mereka berdua bersama dengan monyet putih.





Jika anda berkunjung ke Bali untuk kali pertama, jujurnya Uluwatu antara tempat yang wajib dikunjungi.
Menurut Pak Gade, mereka yang terlibat dengan persembahan ini 100% adalah penduduk tempatan. Mereka tak akan bagi mana-mana orang luar untuk membuat persembaha tarian kecak dan api ini sebab mungkin tak feel / jaga kebajikan penduduk tempatan.  Agak asabiyah disitu tapi bila difikir-fikir balik, jika kita sendiri tak menjaga kepentingan orang kita sendiri, siapa lagi. Ha! renung renungkan dan selamat beramal. 

sekian.

Best Blogger Tips