Showing posts with label places. Show all posts
Showing posts with label places. Show all posts

Thursday, November 15, 2012

Uluwatu- Bali (part 5)

salam

previously

Catatan Bali untuk kenangan  peribadi dan panduan masa depan diteruskan lagi. Padahal pergi Bali dah bulan 5 lepas.

Hari ke 3, kami meneruskan misi menjelajah Bali dengan semangat yang berkobar-kobar dan perut lapar. HAHA. Kitaorang masa kat Bali tu hanya singgah restoren sekali je sebab nak kejar masa. Almaklumlah bercuti 4 hari je, tapi semua tempat nak pergi. Sebagai ahli tetap kantin sekolah, saya agak kagum dengan kebolehan diri mengawal perasan lapar itu.

Hari ini rancangannya adalah melawat Nusa Damai ( will update later) dan Uluwatu.
Uluwatu bukan sahaja terkenal dengan keindahan matahari terbenam. Tetapi juga dengan persembahan tarian Kecak dan tarian api. Yang paling best, tarian ini memang bagus untuk pengemar sejarah sebab mengandungi cerita epik hindu yang terkenal itu. RAMAYANA. Feel dia macam tengok teater tapi lagi best.


Ha, tak sangka kan. Inilah kisah disebalik bagaimana hari deepavali/pesta cahaya wujud. Kata duduk dekat Malaysia, haruslah tahu sedikit sejarah  perayaan kaum lain Maka dengan itu,saya mengucapkan selamat hari deepavali kepada penganut agama hindu. Iklan sat.


Kami tiba di Uluwatu pada waktu petang selepas menghabiskan waktu petang kami di spa. What the perfect time. Matahari pun belum malu-malu lagi untuk menyembunyikan diri.

Kehadiran  kami disambut oleh beberapa ekor monyet yang nakal yang tak comel.Ngeh ngeh ngeh. Nasib baiklah dekat Malaysia ini banyak monyet, so tak jakun la sangat nampak monyet secara live.Mujurlah pemandu pelancong kami gagah orangnya. Dengan sebatang kayu ditangan, beliau menakut-nakutkan monyet yang ada supaya menjauhi kami. Untung macam ini, bukan je dapat pemandu pelancong malah bodyguard sekali.

Tips: Untuk ke Uluwatu sila pastikan anda tiba lebih awal untuk mendapatkan tempat duduk yang menarik bagi menikmati pemandangan dan persembahan.


Pandangan dari tempat duduk kami. Yes, we're quite late but its ok. Pemandangan masih cantik lagi.


Tempat duduk di sana. Mujurlah masa ini bukan cuti sekolah di Indonesia, kalau tak lagi sesak. Jadi pada sesiapa sahaja nak melawat sila tengok kelender cuti sekolah negara yang ingin anda lawati. Sebab selalunya cuti sekolah, harga jadi lagi mahal dan penuh sesak orang. 




 Haruslah tangkap gambar sendiri. Barulah dapat membajetkan diri sebagai pelancong. 





Persembahan bermula sebelum matahari terbenam dan pak cik tua menyala kan api ditengah-tengah pentas. 




Menariknya mengenai tarian kecak dan tarian api ini, tiada sebarang muzik instrumen yang digunakan. 100% berdasarkan suara/ kesan bunyi dari mulut manusia. 





cak cak cak cak cak cakcakcak!!!!! hisssssssssssssssshhhhhhhhhhh






Kami ada rakam tarian ini tapi biasalah malas nak upload.Nasib baik la ada insan rajin yang sudi upload. Thanks. I love youtube. kehkeh





subhanAllah, memang terbaik pemandangan matahari terbenam di Uluwatu. 





Persembahan ini sampai ke malam. Habis dalam pukul 8. Memang panjang. 


mereka berdua bersama dengan monyet putih.





Jika anda berkunjung ke Bali untuk kali pertama, jujurnya Uluwatu antara tempat yang wajib dikunjungi.
Menurut Pak Gade, mereka yang terlibat dengan persembahan ini 100% adalah penduduk tempatan. Mereka tak akan bagi mana-mana orang luar untuk membuat persembaha tarian kecak dan api ini sebab mungkin tak feel / jaga kebajikan penduduk tempatan.  Agak asabiyah disitu tapi bila difikir-fikir balik, jika kita sendiri tak menjaga kepentingan orang kita sendiri, siapa lagi. Ha! renung renungkan dan selamat beramal. 

sekian.

Best Blogger Tips

Saturday, June 16, 2012

Jinbaran-Bali (part4)

salam..

previously: part 1 , part 2 , part 3


* Mood bercuti sudah habis. Sekolah seminggu telah dibuka. RASA SERONOK SANGAT! err. nampak sangat macam menipukan. *

Travelog masih berbaki lagi beberapa bahagian. Terima kasih kepada yang membaca sama ada saya kenal anda atau tidak. Terima kasih juga pada para famili dan rakan-rakan yang membaca sama ada anda dipaksa membaca atau tidak. Terima kasih jugalah kepada para stalker Manusia 1 dan manusia 2 yang melawat secara sukarela. HAHA.Wah,sila lah terharu dengan kata-kata penghargaan ini.

------------------------------------------------------

Kami tiba di Jinbaran dalam keadaan kelaparan. Sebagai antara anggota tetap kantin sewaktu rehat, saya agak kagum dengan diri sendiri ( dan juga Yaqin) yang tidak makan secara betul dari pagi hingga petang ini mampu mengawal diri daripada  membuat tarian mengelupur kelaparan.

Sampai di Jinbaran, Memang perfect timing. Langit jingga, matahari berputar dan mahu terbenam di bahagian barat. Maha suci tuhan, pemandangan di tepi laut melihat matahari terbenam memang cantik. Sangat sesuai untuk mereka yang berbulan madu. Kami yang tak berbulan madu ini pun, macam terpana dan rasa meroyan nak kahwin kalau boleh masa itu juga sebab tiba-tiba perasan gatal datang. Apatah lagi mereka yang berbulan madu kan. Terus fantasia bulan madu . Sangat 'Search' laaaa.













Matahari pun tenggelam. Perut masih lapar mahu diisi. 





Depan meja kami, kiri meja kami, kanan meja kami, = semuanya pasangan berbulan madu.

     Dekat belakang itu adalah kumpulan pemuzik yang akan pergi setiap meja sambil menyanyikan lagu-lagu cinta. Kemudian kita kasi lah duit berapa-berapa je mengikut tahap kemurahan hati.

Semua meja mereka pergi KECUALI meja kami. Emo sungguh la. Siap sediakan duit dah ini. 

Mungkin sebab mereka lihat 3 orang perempuan muda bersama-sama bercuti di tepi pandai dikelilingi sekumpulan manusia yang berbulan madu adalah LOSER/ heartbroken . Eh, hello! kitaorang honeymoon in advance okey. Survey tempat dulu. Nanti kemudian hari bawa husband datang.

Eleh bukan best pun mereka nyanyi, nada dan tone semua lagu sama je. *tetiba*

Apa apa pun kami enjoy je dengar muzik free sambil makan dengan rakusnya. :P




Hiburan tambahan yang disediakan oleh pihak restoran.



Makanan yang dihidangkan disini lebih kepada makanan laut yang dipanggang.Sedap

.
Makan sampai licin itu adalah wajib.



Sedap hingga ke tulang.

SEDAP tapi agak mahal. Kami order set. dan bayaran adalah sebanyak 690, 000 rupiah. Dalam +- Rm190 la. Agak berbaloi sebab makanan sedap , tempat pun cantik, layanan pun bagus. 



Penyambut tetamu dengan pakaian tradisional tempatan. Gadis ini baru berusia 14 tahun. Yang pakai baju biru itu pula usia suku abad dah.
 Kalu nak pergi, nah alamatnya, BBC ( beach bali cafe)




Destinasi seterusnya adalah:

Objektif: Membeli- belah sebab ada seorang homo sapien itu pengumpul baju Hard Rock Cafe yang tidak beberapa sejati. 


Best Blogger Tips

Thursday, June 7, 2012

Bali- Tanah Lot (part 2)

salam

part 1


Masa untuk menerokai Bali.



Soalan : Berapa lamakah masa yang diberikan oleh Pak Gade untuk kami di Tanah Lot?

a) 30 minit
b) 45 minit
c) 1 jam
d) 2 jam

Tik tok tik tok.

Sila jawab sekarang. Jawapan di akhir entry.


Tempat pertama yang kami lawati ialah Tanah Lot Temple. Majoriti penduduk Bali menganut agama hindu, jadi memang pemandangan yang normal jika terdapat banyak kuil disini. Walaubagaimana pun, cara mereka menyembah dewa mereka berbeza dengan perayaan masyarakat hindu di Malaysia. Agama hindu mereka telah diasimilasikan dengan budaya tempatan.



Manusia 2 bersama sign board tertulis: price start from Rp.250. 000/ night. 
Pintu masuk  pun cantik dengan ukiran.


Tiket untuk masuk adalah sebanyak 30 000 rupiah seorang untuk pelancong asing dan 10 000 rupiah untuk rakyat Indonesia. Sewaktu kami membeli tiket, Pak Gade memberitahu penjaga kaunter bahawa kami adalah pelancong dari Batam, Indonesia memandangkan kalau sekali imbas tengok, tiada beza pun muka kami dengan rakyat Indonesia kan. Kata nya serumpum. Lain lah, sah sah kami ini matanya biru, rambut perang , badan tinggi mengalah.

 Masyarakat Batam agak fasih berbahasa melayu kerana kedudukan  pulau mereka yang lebih dekat dengan Malaysia. Jika anda rakyat Malaysia yang sekali pandang susah nak beza antara Indon dan Malay, cakap je dari Batam dengan slang Indonesia. Iya, gue dari Batam, bu, bapak. Melainkanlah depa nak tengok IC. Hang bayar la 30 000 rupiah. Tapikan perbuatan menipu itu berdosa.  Manusia tak tahu tapi tuhan tahu kan.




Menariknya  kuil di Tanah Lot terletak di hujung  tebing tinggi dan mengadap lautan. Di Tanah Lot sahaja terdapat 3 buah kuil.


Kuil di atas batu tunggul yang sangat besar



untuk naik ke kuil, pelancong di kehendaki terlibat dengan ritual ringkas  keagamaan dan meminum air suci. Ritual itu dijalan kan oleh masyarakat tempatan yang berkerja disana. Selepas itu, dahi mereka akan ditanda dengan beras. Kemudian, barulah mereka dibenarkan naik ke atas kuil. Kami tak buat, takut perbuatan tersebut adalah  syirik.



Nak tengok ular suci , bayar la seberapa suka hati mengikut kemurahan hati. Disebabkan kami ini tidak pemurah, kami tak masuk. 





syazwani ajar, kalau nampak pemandangan cantik kena sebut SubhanAllah.


Ruang di tengah-tengah itu ialah gerbang laut. Terhasil akibat hakisan ombak.


Tanjung ( batu yang menganjur) dan teluk ( yg mcm pantai tu)


para pekerja sedang menikmati makanan tengah hari yang dimasak oleh sekumpulan wanita. Mereka siap ada pondok memasak sekali.


Bersama pelancong dari Jepun


Kadang kala saya menjadi jurugambar tak bertauliah


 Sebab  saya melancong bersama 2 orang artis yang sangat diva tapi disayangi



errrr.....gheli gheli..Btw, angin di tepi pandai sangat kuat.







duduk di tepi jambatan melihat pemandangan alam ( tanjung dan teluk).
 di belakang kami itu, antara kuil yang ada di Tanah Lot.
Suasana sangat nyaman, angin sepoi sepoi bahasa.

manusia 1

Baiklah, rasanya anda sudah kemuntahan melihat gambar kami.

jawapan : b) 45 minit.

Gabungan antara jurugambar tidak berlesen, model tepi jalan dan guru yang dipaksa rela mengajar geografi ini menjadikan lawatan ke Tanah Lot mengambil masa 2 jam. Singgah tengok-tengok barang dan tawar-menawar sahaja dah 30 minit. Tangkap gambar dekat pintu masuk dah 15 minit. Tup tup tengok dah 2 jam. Elemen teruja berlebihan dalam diri menyebabkan kami tak sedar. Menarik ciptaan Tuhan.


Tapi mujurlah kami bukan dalam rombongan cik kiah, kalau tak sah-sah kena tinggal. Untungnya kami pergi sendiri dan pemandu kami sangat lah super cool serta pemaaf orangnya. Kami kan  melayu dan bukankah melayu itu suka lambat ( *cough cough* tak terasa pun :P). 








Best Blogger Tips