Cuti sekolah tiba lagi. Percutian bajet saya kali ini ialah: BALI.
Tahu kah anda: makanan apa kah yang terkenal di bali?
a) Ayam golek
b) Kambing BBQ
c) Babi guling
d) Sapi goreng
Sila jawab sekarang secara spontan. Jawapan akan saya sertakan di akhir entry.
tik tok tik tok.
Ini adalah percutian yang dirancang secara sendirian berhad. Tiket 'flight' tempah sendiri setelah gigih menunggu bila la air asia nak buat sale.Matta fair dah la terlepas. Hotel pula cari paling murah tapi dipercayai. Pemandu pelancong( pak supir) kami pun kami tempah sendiri.
Homo sapien yang terlibat adalah :
1) Ahli kira-kira 1 merangkap jurugambar 1
2) Tukang solek isteri-isteri menteri dan penghibur seni / ahli kira-kira 2 merangkap jurugambar 2
3) Pembenci nombor merangkap tukang membeli belah yang mencinta alam ( la sangat)
Penerbangan ke Bali dengan menaiki kapal terbang mengambil masa selama 3 jam. Kalau naik bot mungkin 1 hari. Kalau berenang mungkin tidak akan sampai-sampai. Kalau berjalan kaki adalah sangat mustahil melainkan adalah adalah penuntut ilmu kebal berjalan atas air. Kalau terbang, anda mungkin spesis superman.
Tiada apa yang kami lakukan dalam kapal terbang selain
1) makan makanan yang diseludup masuk
2) membetulkan ISO camera
3) bergosip
5) menjeling menjeling mata kita saling memandang dengan pelancong negara lain
6) isi kad keluar masuk 'immigration'
7) baca majalah gosip artis hollywood.
8) baca menu makanan tapi tak beli pun.
Barang larangan: Indonesia tidak membenarkan sebarang jenis air seperti air milo, kopi, teh, kopi, mineral dan segala keturunan dengan air dibawa masuk. Malah sebarang cecair yang lebih daripada 10 ml juga tidak dibenarkan. Jadi nak selamat masukkan lah pencuci muka, sabun mandi, SKII, Lancome, syampu dalam bagasi.
Kami tiba di kepulauan Bali dalam pukul 11.25 malam waktu tempatan. Beza waktu Malaysia dengan Bali adalah dalam 10 minit . Tiada beza waktu yang ketara cuma waktu solat disana lebih awal 1 jam. 7 pagi pun dah macam pukul 8-9 pagi.
Alhamdullilah, sampai-sampai pak supir kami iaitu Pak Ga'de sudah setia menunggu. Sambil- sambil menunggu pak Ga'de ambil kereta yang letaknya nun jauh , sempat la kami melihat gelagat pemandu teksi di lapangan terbang Denpasar mencari pelanggan. Meriah u'oll. Jika anda tiada pemandu pelancong yang mengambil, sila tetapkan harga anda serendah yang boleh dan mulakan sesi tawar menawar dengan baik.
Kehidupan malam di Bali adalah tenang dan nyaman, tiada kesesakan lalu lintas dan peminta sedekah juga kurang disini berbanding di Jakarta. Macam keadaan di Shah Alam pada waktu malam pun ada la jugak.
Kami tiba di Legian Tune hotel dalam pukul 12.00 tengah malam. Check in hotel dan berbincang aktiviti yang akan diadakan esok hari.
Yaqin: Pak, apa ye makanan yang famous di sini?Bisa kami cuba nanti ya.
Pak Gade: oh ye, disini yang famous iya Babi guling.
KahKahkah. Cancel nak cuba. Tapi jangan risau, makanan halal juga senang didapati.
ala..cepat la update kak..nk nengok gambo
ReplyDeletesabar trah, akak pun tengah tunggu gambar dari jurugambar 1 n jurugambar 2 tu
ReplyDeleteyay! lambat btol jurugambar tu :D
ReplyDelete