salam
hari itu hari Jumaat.
Dalam jadual tertera masa mengajar =2 masa.
Campur dengan relief jaga kelas cikgu lain yang mc/ pergi kursus= 2 masa
Campur jaga surau lelaki yang kadang kala menuntut emosi itu= 1 masa
Maka: setiap jumaat waktu saya mengajar mesti 5 masa. 1 masa bersamaan + -30 minit.
Kalau namanya berurusan dengan manusia ini. Memang macam -macam kerenah.
Tapi setiap manusia ini tuhan dah kasi bakat/ minat ke arah tertentu.
Pesan saya pada siapa-siapa yang mahu jadi cikgu, pastikan ada minat untuk mengajar dan sikap sabar yang berpanjang. Jika tiada minat, tak payah la jadi cikgu. Nanti bertambah ramai pula manusia yang sakit jiwa di Malaysia ini.
Baiklah. Tamat bebelan.
Budak-budak ini kadang kala buat kita sakit hati, Kadang kala buat kita geli hati.
Antaranya:
Suka- suka hati buat surat ' formal' sendiri minta cuti.
ikut hang la budak.
1 surat cukup buat saya riang ria sebelum masuk ke kelas peralihan.
Mood baik hanya sementara bila masuk kelas 8 orang pelajar tiada dalam kelas.
Mahu tak jadi mak tiri saya cekak pinggang sambil pegang rotan panjang depan pintu tunggu depa masuk.
Alasan mereka: cari kerusi.
Cari kerusi sampai 20 minit!!
Lebih-lebih lagi bila tengok banyak je kerusi meja dalam kelas.
Yang tiada kerusinya 2 orang je. Keluarnya sampai 8.
Terus jadi singa jadian cikgu bm mereka ini
huh! drama drama drama
ehem. marah itu tandanya sayang.
No comments:
Post a Comment