Thursday, July 28, 2011

silap kira

salam

Saya agak beremosi bila memasuki kelas Peralihan 1 hari ini. Mungkin disebabkan kepenatan menjaga pelajar yang lain sedang menduduki ujian 3.

Saya bangun . Buat muka masam. Lama pelajar- pelajar ini berdiri. Tahu bahawa cikgu Rahika memang mood tak baik.

Usai Mugilish memberi salam sejahtera. Saya berkata:

" baiklah, nama yang cikgu panggil ini sila kehadapan"

Nama dipanggil satu persatu. Bagi yang gagal, saya hadiahkan satu cubitan di lengan kanan.

Sempat saya memberi arahan dan membincangkan soalan di bahagian B. Tiba-tiba Ooi Chuah Jau berkata


" cikgu, u salah kira ini kertas ka?

Saya datang ke arah Ooi. " kenapa?"

" ini bahagian bukan 20 markah ka? Dia patut dapat A ma? Satu kelas la u silap?"

" ye ke?" Ujar saya sambil membelek kertas di tangan. Menyedari kekhilafan diri. Terus saya arahkan semua pelajar memulangkan semula kertas Bm mereka.

Pengiraan dilakukan semula. Alhamdullilah. Ramai yang lulus dan mendapat A. Kesian sangat pelajar yang disangka gagal tadi kena cubit.

Bila emosi dijadikan tuan, kadang kala kita memang gagal mengawal tindakan. Kecewa sebab usaha tidak mendatangkan hasil yang memuaskan hati. Tapi selagi kita tak putus asa, selagi itu mungkin ada harapan untuk mereka berjaya. Saya doakan para pelajar saya cemerlang dari segi akademi dan sahsiah. Dan ye, saya juga kena berusaha memikirkan aktiviti-aktiviti yang mampu menarik mereka meminati mata pelajar yang diajar.

Kadang kala kita marah pelajar sebab malas. tapi kadang kala kita juga lupa, bahawa kita juga malas untuk menggunakan dan mencari ABM yang menarik, aktiviti yang mudah difahami. Adakah sudah lulus dan mendapat 'A' itu sandaran untuk berjaya?Mungkin ya. Sekurang-kurangnya cikgu tak perlu risau, nanti besar kau nak jadi apa sebab memang sistem pendidikan  kita memang macam itu. Banyak periksa.



Best Blogger Tips

Sunday, July 24, 2011

Short and sweet vacation

Salam

Bulan yang sangat sibuk. Take a rest and deep breath.   We decided to away for a while and planned for the short sweet vacation with colleagues. ( They are so awesome and fabulous and crazy and fun) . Rakan sekerja yang best juga adalah anugerah.

Lokasi : Pantai Batu Layar. ( Tak jauh dari Desaru, Kota Tinggi ).
Masa : 1 jam perjalananan dengan kadar 120 km/ jam dengan pemanduan berhemah. Bermakna mungkin
              akan mengambil 2 hari 2 malam kalau berjalan kaki.
Tarikh: 24 Julai 2011 ( hari sengkek sedunia tapi esok gaji ).


Persembahkan : jeng jeng..





























*muntah dengan gambar kami yang terlalu banyak? HAHAHA. x dapek den nolong 2 do*


" Biarpun engkau pergi ke tempat yang paling best dekat dunia tapi bersama dengan manusia yang tak best, percutian itu akan jadi memang tak best. Tetapi kalau engkau pergi ke bersama orang yang best hatta ke tandas sekali pun, maka perjalanan itu akan menjadi best " --> kata saya kepada Fida, Lea dan Nisha  suatu masa dahulu sewaktu kami di dalam kereta sambil  membicarakan perihal ex bf Fida yang tak berapa berguna itu yang sedang bercuti dengan kekasih barunya..HAHA. Rindu saat-saat itu. I miss my gossip girls ( not so badly).

Yes guys. Most of the women talk about their ex's but of course not in the nice ways.

_________________________

Quotes diatas boleh diaplikasikan untuk semua perkara. Kegembiraan itu bukannya perkara yang boleh dibuat-buat sebaliknya lahir dari jiwa yang sedang bergembira dan bahagia. Oh. Bertuahnya kami. Sebab bercuti ditempat yang best dengan orang-orang yang best. :) Best Blogger Tips

Sunday, July 17, 2011

Hormat dan nafsu.

Salam

Nasi ayam sudah  siap terhidang. Kami ambil pinggan lalu beransur masuk ke dalam bengkel ERT, sebelah tempat memasak sempena Perkhemahan unit- beruniform kali ke 8. Hari ini hari ahad, hari terakhir. Giliran guru Pandu Puteri dan Bomba berkerjasama memasak makanan tengah hari. Seronok tapi penat. Tapi bila berkerjasama semua perkara jadi mudah. Yeah. Wonderpet!.


Kami berbual sambil makan. Bercerita mengenai pelbagai perkara dan pengalaman. Pelbagai tajuk sehingga bab wanita. Saya tidak berapa ingat apa yang mendorong kami berbicara mengenai wanita tapi Kak Zalina mengatakan sesuiatu yang mebuatkan saya teringat jelas  Lalu

Kak Zalina berkata:

Lelaki  ini ada pelbagai kerenah. Tapi yang paling nyata mereka melayan wanita kerana dua perkara.
1) Hormat
2) Nafsu


Kedua-duanya dicapai berdasarkan tingkah laku kita. Bergurau boleh tapi pastikan ada batasannya. Jangan merendah martabat kita. Sedangkan islam sendiri sudah tetapkan garisan panduannya.

Kak Sofiah mencelah dan bercerita dari pengalaman hidupnya:

Betul kak! orang dulu pelajar Mekanikal. Memang ramai la kawan lelaki. Selalu kalau sembang-sembang itu, kadang-kala mereka nie memang depan perempuan bukan main lagi layan. tapi belakang, kutuk perempuan itu balik. Miang la. Gedik la. Tak salah kan mereka pun tak boleh. 


Saya  berfikir panjang dan melihat diri sendiri.  Saya bertemu dengan pelbagai jenis manusia termasuk lelaki sepanjang hidup saya. Separuh pelajar saya adalah lelaki. 1/3 rakan sekerja saya adalah lelaki. 4/10 kawan-kawan saya adalah lelaki.Adakah mereka melayan saya kerana hormat atau nafsu?


Like confucius say: Respect yourself and others will respect you.



Best Blogger Tips

Wednesday, July 13, 2011

Monday, July 11, 2011

kepoh

salam

Someone called me and started with pretty annoying question after give me Salam : 'Still remember me?'. Huh. The Scoffer!

" of course lah I remember u. BESTFRIEND!".

I'm not diagnosis with any sudden memories lost disease,  Amnesia or  Alzheimer's disease. Enough to said i'm  in well condition. Alhamdullilah.

 Back then it was my bad. I'm too busy with reality life. Macam orang cerdik pandai kata : busy is one  part of growing up. Mr July not being nice to me! Too many projects to handle. Hari sukan, Story telling competion for remove's class, Camping, Test 3 ( hai, saya lah pembuat soalan untuk geografi tingkatan 1 dan bahasa melayu peralihan. ), home tuition, observing other people life (no i'm not stalker! I'm  an observer.  Yup. Like John W. Santrock had mention in his book :Teacher not only teaching but acts as facilitator, monitor and observer too ), planning and saving up for the next holiday(s),. Ok people! after this,u 'all  can start call me Rahika- the workaholic girl .


 Disebalik kesibukkan ini. I SHOULD APPRECIATIVE MORE WHAT I HAVE NOW! yes u! Friends, family, awesome colleagues, my bags, my clothes, my car, my..........................


Ok. Lets back to the main story.

                                               miss at those liberty  moments




I miss u, Cik Syazwani Isa. We're have our Chit chat session  like what other best friend always do.Including some juicy gossipS. HOHOHO! SOMEONE WAS ENGAGED! Congratulation to you even u're not my friend. She is Syazwani's bestfriend. HAHA. Soooooooo kepochi of me !!

" so, bertunang dengan ex Bf dia dekat paris tu ke?".  Asked me in the high state of Curiosity!
" no . Dengan orang lain. Mereka berkenalan di Fb. Kemudian terus tunang. Tak bercinta pun. Sekarang dalam proses kenal-mengenali" reply syaz
" WOooHA"

kemudian kami mula buat ayat sedih. Drama sahaja lebih. Biasalah artis.

Back then, Syazwani had share with me this awesome positive statement ( this is why we get along well because we see eye to eye on most issues)

"Tuhan sayang dekat kita. Sebab itu lah kita tak ada couple. Untuk mengelakkan maksiat. Dia juga tahu bahawa kita memang tidak bersedia. Nanti bila kita sudah bersedia, dia akan temukan kita dengan lelaki yang jodohnya memang untuk kita." ( syazwani,2011 as cited from majalah Solusi)

 I could not agree more!  Berdoa sahaja lah.


This is remind me with some kepochi. Jom gosip sat.

Kadang  kala memang la sangat menjengkilkan bila orang bertanya dan berkata: ' eh tak kahwin lagi ke? Umur dah berapa? Cepat-cepat la. bla bla bla..itulah jual mahal sangat. bla bla bla. tengok anak cik mamat cik Limah Tjiah bla bla bla anak dah masuk 3...'

what i do? Smiling back. Blah. Jangan layan. Rasanya dia lupa kot, konsep jodoh itu ditangan tuhan.

Wahai manusia,

Kalau engkau  bercinta sepuluh tahun sepuluh bulan sepuluh hari pun kalau tuhan   kata jodoh engkau sampai masa  umur engkau 80 tahun .  Maka, memang la umur 80 tahun engkau kahwin. Dari dok sok sek sok sek kenapa lah dia ini tak kahwin -kahwin, lebih baik lah di doakan semoga dia mendapat jodoh yang terbaik.

Jodoh yang macam mana? Oh here mak cik! Doa kan saya macam ini.

Ya Allah! berikan lah Nurul Rahika ( dan Syazwani Isa, oh dan Jazihan Mahat,  dan Yana dan ............( please put your name in the blank) jodoh yang terbaik. Yang sempurna agamanya, keturunannya, hartanya, dan paras rupanya. Dengan mengahwini lelaki itu, dirinya lebih mencintai diri MU, dan dari hasil perkahwinanan itu dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. AMIN.

Got it mak cik! jangan lupa doa ye. Sayang lah.



 All time feveretttttttttttt duh! Korang tak rasa ke lirik dia macam doa.

to my emak:

 Oh , no Emak. I'm not desperate yet to get married. Please don't panic. Bila tiba masanya, i will told u! Promise. Love U. Unconditionally. Tapi sekarang jangan cari lagi untuk orang! Biar orang cari sendiri taw.


Best Blogger Tips

Sunday, July 3, 2011

hari sukan saya yang pertama

salam

hai., Its was 2 June and my first sport day. I mean my first sport day as a teacher. Not quite awesome when my rumah sukan got the number  4.  The fabulous four.  HUHUHU. But hello! ada juga acara yang atlet kami menang. Banyak okey. Cuma tu lah, tak baik nak menunjuk-nunjuk. Kami sebenarnya team Omega ini sangat lah baik hati. Bagi peluang dekat team atlet rumah lain menang. Ye la, kalau menang karang takut mendatangkan unsur -unsur riak dan takbur pulak. Seterusnya boleh menghalang pembentukan  insan cemerlang, insan yang gemilang.Ish ish ish.. Oh, did i forget to  mention to u that our team captain is Ustaz? Aura ~Aura.. ( ok, yang lain, stop it. Udah-udah la buat mata kat atas, tangan kat bahu, please! tak kuasa mak ,nak. )

  "                              T_________________________________________________T"

Did i enjoy and have a fun? YES DEAR. I DO. During my school year. I'm not really into hari sukan. Saya antara ribuan lah manusia diluar sana yang sewaktu hari sukan berlangsung memang tak akan ambil bahagian dan tak datang sekolah. Memang hari sukan itu, hanya untuk para atlet sahaja. Bukannya tak boleh lari ke apa, tapi saya malas. Semakin saiz badan membesar, semakin bertambah malas untuk mengerakkan anggota badan termasuk lah bontut dan kaki. Yewlah, kita perlukan kaki untuk berjalan ke tempat kejadian , pilih mana-mana spot yang menarik, letakkan bontut dan menjerit sampai keluar anak tekak untuk beri sokongan pada pasukan yang bertanding. Masa ini memang terkeluarlah ciri-ciri assabiah yang ketara. Memang tak geng dah dengan kawan dari rumah sukan lain.

 Maka, apabila dah jadi cikgu, memang tak boleh nak cipta alasan tak boleh nak datang. Suka atau tidak, memang ada tanggungjawab yang menimbun-nimbum.  Jadi sepanjang minggu lalu memang adalah minggu yang sangat memenatkan dan penuh dengan aktiviti serta emosi. Ingat senang ke nak latih budak dalam pembarisan. Nak mencukupkan 23 orang tu pun lepas penat perambat  siap ugut dan paksa-paksa rela pelajar suruh masuk. Latihan berhari-hari hanya untuk pastikan mereka dalam pasukan dan tahu  bila lalu depan VIP kena tabik tabik hormat. Khemah rumah sukan yang terhias cantik pada siang hari itu, betapa banyak kerahan tenaga sampai ke malam terus ke waktu pagi untuk pastikan rumah sukan itu  cantik. Pengalaman yang sangat berharga dan mengembirakan sebab buat kerja sikit pastu gelak, pastu ejek-ejek team rumah lain.

Oh yes dear, masa ini juga lah kita boleh tengok siapa yang rajin, siapa yang suka curi tulang, siapa yang poyo, siapa yang mengada-ngada, siapa yang sengaja cari peluang konon nak tolong cikgu tapi niat sebenarnya tak mahu masuk kelas, siapa yang kreatif, siapa yang berwawasan, siapa yang tahun depan kita tahu lah dia boleh diberi tanggungjawab lebih sebab dia bagus.

Pemenang tahun ini adalah rumah Delta. Mereka sapu habis untuk juara keseluruhan , maskod terbaik, khemah tercantik, pembarisan terbaik, dan 5 atlet mereka terpilih menjadi atlet terbaik bagi perempuan 13, perempuan 15, perempuan 18, lelaki 15 dan lelaki 18. Tahniah. ... Huh! Show off.  ( Boooo Booo Delta boo..yes, im jealous. HAHAHA. kiddin)

kepada guru-guru rumah sukan Omega. Tahniah dan terima kasih. I do have a fun. Jadi rasanya kita boleh la kan rancang-rancang strategi baru, kasi  sapu semua acara pula. Tu atlet kita tu boleh la kasi hantar latihan kat kem tentera mana mana sahaja lah biar kasi kuat sikit. ( KITA KENA PASTIKAN TAHUN DEPAN KITA MENANG PULA! Ini Arahan! Jadi kita boleh la lalu depan cikgu-cikgi rumah sukan lain lalu mengedik oh tengoklah rumah sukan i menang. Fabulous dan awesome gitu. HAHAHA. cis patutlah tuhan tak kasi menang, perangai tak boleh blah. HAHA)

To friends and family, here some of the pictures taken from the event. ( diambil tanpa kebenaran dari pelajar peralihan saya dan kak naza.). Please enjoy yourself. Daa.



                                                    Hasil kerja tangan pelajar peralihan saya. HAHAHA. Nakal.

ok, sekarang kita tengok gambar yang realistik sedikit.

Delta

Omega

Lambda

Gamma





  A day before. 



oh, gambar ini ditangkap sebelum Fazli ( bukan lelaki yang pakai topi ada bunga matahari itu) dapat panggilan telefon mengatakan isteri beliau mahu bersalin. Tahniah Fazli. Isnin ini kita cerita-cerita dan sambung gosip yew. 


In case u dont know , Omega, delta, Lambda and Gamma are symbols in science and mathematics. For more information, google jew lah yang. Cikgu malas nak menerangnya. Chow~Salam. Best Blogger Tips