salam
Saya agak beremosi bila memasuki kelas Peralihan 1 hari ini. Mungkin disebabkan kepenatan menjaga pelajar yang lain sedang menduduki ujian 3.
Saya bangun . Buat muka masam. Lama pelajar- pelajar ini berdiri. Tahu bahawa cikgu Rahika memang mood tak baik.
Usai Mugilish memberi salam sejahtera. Saya berkata:
" baiklah, nama yang cikgu panggil ini sila kehadapan"
Nama dipanggil satu persatu. Bagi yang gagal, saya hadiahkan satu cubitan di lengan kanan.
Sempat saya memberi arahan dan membincangkan soalan di bahagian B. Tiba-tiba Ooi Chuah Jau berkata
" cikgu, u salah kira ini kertas ka?
Saya datang ke arah Ooi. " kenapa?"
" ini bahagian bukan 20 markah ka? Dia patut dapat A ma? Satu kelas la u silap?"
" ye ke?" Ujar saya sambil membelek kertas di tangan. Menyedari kekhilafan diri. Terus saya arahkan semua pelajar memulangkan semula kertas Bm mereka.
Pengiraan dilakukan semula. Alhamdullilah. Ramai yang lulus dan mendapat A. Kesian sangat pelajar yang disangka gagal tadi kena cubit.
Bila emosi dijadikan tuan, kadang kala kita memang gagal mengawal tindakan. Kecewa sebab usaha tidak mendatangkan hasil yang memuaskan hati. Tapi selagi kita tak putus asa, selagi itu mungkin ada harapan untuk mereka berjaya. Saya doakan para pelajar saya cemerlang dari segi akademi dan sahsiah. Dan ye, saya juga kena berusaha memikirkan aktiviti-aktiviti yang mampu menarik mereka meminati mata pelajar yang diajar.
Kadang kala kita marah pelajar sebab malas. tapi kadang kala kita juga lupa, bahawa kita juga malas untuk menggunakan dan mencari ABM yang menarik, aktiviti yang mudah difahami. Adakah sudah lulus dan mendapat 'A' itu sandaran untuk berjaya?Mungkin ya. Sekurang-kurangnya cikgu tak perlu risau, nanti besar kau nak jadi apa sebab memang sistem pendidikan kita memang macam itu. Banyak periksa.
No comments:
Post a Comment