Sunday, July 3, 2011

hari sukan saya yang pertama

salam

hai., Its was 2 June and my first sport day. I mean my first sport day as a teacher. Not quite awesome when my rumah sukan got the number  4.  The fabulous four.  HUHUHU. But hello! ada juga acara yang atlet kami menang. Banyak okey. Cuma tu lah, tak baik nak menunjuk-nunjuk. Kami sebenarnya team Omega ini sangat lah baik hati. Bagi peluang dekat team atlet rumah lain menang. Ye la, kalau menang karang takut mendatangkan unsur -unsur riak dan takbur pulak. Seterusnya boleh menghalang pembentukan  insan cemerlang, insan yang gemilang.Ish ish ish.. Oh, did i forget to  mention to u that our team captain is Ustaz? Aura ~Aura.. ( ok, yang lain, stop it. Udah-udah la buat mata kat atas, tangan kat bahu, please! tak kuasa mak ,nak. )

  "                              T_________________________________________________T"

Did i enjoy and have a fun? YES DEAR. I DO. During my school year. I'm not really into hari sukan. Saya antara ribuan lah manusia diluar sana yang sewaktu hari sukan berlangsung memang tak akan ambil bahagian dan tak datang sekolah. Memang hari sukan itu, hanya untuk para atlet sahaja. Bukannya tak boleh lari ke apa, tapi saya malas. Semakin saiz badan membesar, semakin bertambah malas untuk mengerakkan anggota badan termasuk lah bontut dan kaki. Yewlah, kita perlukan kaki untuk berjalan ke tempat kejadian , pilih mana-mana spot yang menarik, letakkan bontut dan menjerit sampai keluar anak tekak untuk beri sokongan pada pasukan yang bertanding. Masa ini memang terkeluarlah ciri-ciri assabiah yang ketara. Memang tak geng dah dengan kawan dari rumah sukan lain.

 Maka, apabila dah jadi cikgu, memang tak boleh nak cipta alasan tak boleh nak datang. Suka atau tidak, memang ada tanggungjawab yang menimbun-nimbum.  Jadi sepanjang minggu lalu memang adalah minggu yang sangat memenatkan dan penuh dengan aktiviti serta emosi. Ingat senang ke nak latih budak dalam pembarisan. Nak mencukupkan 23 orang tu pun lepas penat perambat  siap ugut dan paksa-paksa rela pelajar suruh masuk. Latihan berhari-hari hanya untuk pastikan mereka dalam pasukan dan tahu  bila lalu depan VIP kena tabik tabik hormat. Khemah rumah sukan yang terhias cantik pada siang hari itu, betapa banyak kerahan tenaga sampai ke malam terus ke waktu pagi untuk pastikan rumah sukan itu  cantik. Pengalaman yang sangat berharga dan mengembirakan sebab buat kerja sikit pastu gelak, pastu ejek-ejek team rumah lain.

Oh yes dear, masa ini juga lah kita boleh tengok siapa yang rajin, siapa yang suka curi tulang, siapa yang poyo, siapa yang mengada-ngada, siapa yang sengaja cari peluang konon nak tolong cikgu tapi niat sebenarnya tak mahu masuk kelas, siapa yang kreatif, siapa yang berwawasan, siapa yang tahun depan kita tahu lah dia boleh diberi tanggungjawab lebih sebab dia bagus.

Pemenang tahun ini adalah rumah Delta. Mereka sapu habis untuk juara keseluruhan , maskod terbaik, khemah tercantik, pembarisan terbaik, dan 5 atlet mereka terpilih menjadi atlet terbaik bagi perempuan 13, perempuan 15, perempuan 18, lelaki 15 dan lelaki 18. Tahniah. ... Huh! Show off.  ( Boooo Booo Delta boo..yes, im jealous. HAHAHA. kiddin)

kepada guru-guru rumah sukan Omega. Tahniah dan terima kasih. I do have a fun. Jadi rasanya kita boleh la kan rancang-rancang strategi baru, kasi  sapu semua acara pula. Tu atlet kita tu boleh la kasi hantar latihan kat kem tentera mana mana sahaja lah biar kasi kuat sikit. ( KITA KENA PASTIKAN TAHUN DEPAN KITA MENANG PULA! Ini Arahan! Jadi kita boleh la lalu depan cikgu-cikgi rumah sukan lain lalu mengedik oh tengoklah rumah sukan i menang. Fabulous dan awesome gitu. HAHAHA. cis patutlah tuhan tak kasi menang, perangai tak boleh blah. HAHA)

To friends and family, here some of the pictures taken from the event. ( diambil tanpa kebenaran dari pelajar peralihan saya dan kak naza.). Please enjoy yourself. Daa.



                                                    Hasil kerja tangan pelajar peralihan saya. HAHAHA. Nakal.

ok, sekarang kita tengok gambar yang realistik sedikit.

Delta

Omega

Lambda

Gamma





  A day before. 



oh, gambar ini ditangkap sebelum Fazli ( bukan lelaki yang pakai topi ada bunga matahari itu) dapat panggilan telefon mengatakan isteri beliau mahu bersalin. Tahniah Fazli. Isnin ini kita cerita-cerita dan sambung gosip yew. 


In case u dont know , Omega, delta, Lambda and Gamma are symbols in science and mathematics. For more information, google jew lah yang. Cikgu malas nak menerangnya. Chow~Salam. Best Blogger Tips

1 comment: