Kali terakhir saya berjumpa Atuk Ngah adalah 16 tahun yang lalu. Kedatangan beliau bersama Firdaus, Bayyan, Rayyan dan beberapa orang lagi anak beliau ke majlis perkahwinan Cik Ecah disambut dengan meriah. Waktu itu saya masih kecik.Masih seorang kanak-kanak kecil bersekolah rendah.
Atuk Ngah tinggal jauh. Pulang ke Malaysia pun jarang. Dia merantau jauh semenjak dia muda berusia belasan tahun lagi. Moyang hantar Atuk Ngah, arwah Atuk Anjang, arwah Atuk Andak dan Atuk Teh jauh ke tanah yang paling diberkati tuhan sejak usia mereka masih lingkungan remaja lagi. Apabila 3 orang adik- beradiknya mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia selepas graduasi di Universiti untuk berkhidmat di tanah air tercinta, Atuk Ngah buat keputusan untuk terus menetap di tanah Barakah itu.
Syukur pada tuhan, kunjungan saya dan keluarga ke Bumi Arab Saudi baru-baru ini membuka peluang untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim yang sudah sedia terjalin dengan sanak saudara di sana. Atuk Ngah begitu teruja bertemu kami. Semasa kami masih di Malaysia lagi,kerap kali Atuk Ngah menelepon Pak Man memesan nangka, kerepek, perencah tom yam, pokok-pokok buah-buahan dan macam macam lagi untuk dibawa kepadanya.
Pertemuan kali ini selepas berbelas tahun tidak berjumpa menyebabkan saya terkejut. Muka Atuk Ngah mirip sangat dengan arwah atuk. Rindu datang secara tiba-tiba pada arwah atuk. Semoga arwah atuk ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin. Tiada apa yang saya boleh lakukan kecuali berdoa.
Sempat saya bermalam di rumah Atuk Ngah. Bergurau senda dengan anak cucu menantu atuk Ngah. Sekali sekala menjadi perterjemah bahasa inggeris pada nyai ( nenek) saya. Apabila sudah lama tidak berjumpa, memang banyak perkara untuk dicerita. Kami sangat teruja.
" masa itu Pak ngah bagitau same atuk engkau, pak ngah nak terus tinggal dekat sini, atuk engkau terus tanya sama Pak Ngah 'engkau dah pandai makan roti kering ke?" Ujur atuk Ngah sambil ketawa kecil pada Busu. Busu adalah adik perempuan ayah saya paling bongsu.
"Masa itu susah, atuk engkau hantar bekalan setahun sekali sahaja. Kalau habis, makan sahaja apa yang ada . Makan tiga bulan , kemudian habis. 7 bulan pak ngah makan roti kering. Nak bagi lembut roti itu kukus. Kadang kala cicah dengan sambal kacang " tutur atuk Ngah dalam nada berbahasa melayu berslang arab.
Atuk Ngah kata dia adalah pesara. Dahulu Atuk Ngah seorang guru sains. Sempat kami bertanya berapa pencen Atuk Ngah. Selepas menerangkan sistem pencen negara Arab Saudi secara umum, Atuk Ngah memberitahu bahawa pencennya adalah 34 Ribu ringgit setiap bulan.
Pencen Atuk Ngah adalah berpuluh kali ganda dari gaji saya. Sempat saya membanding-banding gaji saya, Di Malaysia, Gaji seorang guru yang berpangkat JUSA C pun paling tinggi adalah 14 ribu ringgit sebulan. Sambil bergurau, kami mengusik mengenai gaji Atuk Ngah. Tanah Mekah ini memang tanah barakah. Tiada cukai. Barang murah, gaji mahal beribu-ribu. Bayangkan harga sebuah kereta Toyota Vios disana baru sahaja RM50 ribu ringgit. Lebih murah dari sebuah kereta Persona.
Ayah mengusik Pak Tan agar membuka sahaja kedai teh disini, Pak Man diusik supaya membuka kilang keropok ikan di sebelah rumah Atuk Ngah. Ketawa pecah diruang tamu. Sempat Pak Tan mengusik Cik Ita ( isteri Pak Tan) dan Busu yang berkerja sebagai jururawat supaya berkerja di sini. Secara tiba-tiba semua orang mengajuk bercakap seperti perniaga di sekitar Mekah dan Madinah dengan slang arab. Yew hajjah, haji, masuk dulu~ lihat lihat duluu, 5 riyal. 10 riyal., Malaysia bagussss!~~
Atuk Ngah hanya tersenyum melihat kami. " Atuk Ngah tak kaya mana pun. Ini rezeki dari Allah. Tapi paling penting adalah keberkatan. Gaji kalau 21 ribu sekali pun, kalau tidak berkat memang akan habis sahaja.Carilah keberkatan itu dalam setiap perkerjaan. Sesungguhnya kamu akan berasa cukup".
Benar. KEBERKATAN. Bagaimana mendapat keberkatan? Tak susah. Hanya perlu jujur, ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam perkerjaan. Banyakkan bersedekah (infak). Hidup dizaman kini, kadang kala kita menilai perkerjaan manusia berdasarkan gaji mereka. Barang material dan duit milik mereka kita jadikan ukuran untuk menilai sejauh mana kaya dan mampunya mereka. Acap kali juga kita membeza-bezakan layanan antara yang kaya dan yang miskin sedangkan kita lebih digalakkan mencintai mereka yang miskin. Pelik bukan, ada orang gaji beribu raban tapi masih terbelenggu dalam hutang. Ada orang hidup secara sederhana tapi segala-galanya seperti cukup malah masih mampu untuk menyimpan.
KEBERKATAN. Kadang kala juga kita terlupa, Tuhan itu maha melihat dan sentiasa dekat. Ikhlas kah kita dalam setiap perbuatan? bersungguh-sungguhkan kita dalam perkerjaan? Asal gaji dapat tiap hujung bulan, buat kerja cincai-cincai pun tak apa kan? Tak produktif pun tak apa kan? Kembali saya merenung diri sendiri dan menilai patutlah kenapa saya selalu merasakan gaji saya selalu tak cukup. Kurang keberkatan mungkin?
pembetulan.. mak kata bukan tuk mong, tapi arwah tuk teh yang keje tabung haji...
ReplyDeleteooo. aah.. dah betulkan. tq
ReplyDelete