Salam
Nasi ayam sudah siap terhidang. Kami ambil pinggan lalu beransur masuk ke dalam bengkel ERT, sebelah tempat memasak sempena Perkhemahan unit- beruniform kali ke 8. Hari ini hari ahad, hari terakhir. Giliran guru Pandu Puteri dan Bomba berkerjasama memasak makanan tengah hari. Seronok tapi penat. Tapi bila berkerjasama semua perkara jadi mudah. Yeah. Wonderpet!.
Kami berbual sambil makan. Bercerita mengenai pelbagai perkara dan pengalaman. Pelbagai tajuk sehingga bab wanita. Saya tidak berapa ingat apa yang mendorong kami berbicara mengenai wanita tapi Kak Zalina mengatakan sesuiatu yang mebuatkan saya teringat jelas Lalu
Kak Zalina berkata:
Lelaki ini ada pelbagai kerenah. Tapi yang paling nyata mereka melayan wanita kerana dua perkara.
1) Hormat
2) Nafsu
Kedua-duanya dicapai berdasarkan tingkah laku kita. Bergurau boleh tapi pastikan ada batasannya. Jangan merendah martabat kita. Sedangkan islam sendiri sudah tetapkan garisan panduannya.
Kak Sofiah mencelah dan bercerita dari pengalaman hidupnya:
Betul kak! orang dulu pelajar Mekanikal. Memang ramai la kawan lelaki. Selalu kalau sembang-sembang itu, kadang-kala mereka nie memang depan perempuan bukan main lagi layan. tapi belakang, kutuk perempuan itu balik. Miang la. Gedik la. Tak salah kan mereka pun tak boleh.
Saya berfikir panjang dan melihat diri sendiri. Saya bertemu dengan pelbagai jenis manusia termasuk lelaki sepanjang hidup saya. Separuh pelajar saya adalah lelaki. 1/3 rakan sekerja saya adalah lelaki. 4/10 kawan-kawan saya adalah lelaki.Adakah mereka melayan saya kerana hormat atau nafsu?
Like confucius say: Respect yourself and others will respect you.
salam ziarah...
ReplyDeleteada benar entry neh kan..nak seorg lelaki yang layan kerana hormat...bukan nfsu semata2..