-----------------------------------------------------------------------------
masak kari bubuh santan,
enak dimakan bersama roti,
Hati ini rasa berkenan,
orang di sana haraplah sudi
kertas digumpal dan dibaling menuju ke sang gadis
Sang gadis yang tekun membaca buku terkejut apabila tiba-tiba segumpal kertas jatuh dihadapannya.
Sang gadis menoleh ke kiri dan kanan lalu terpandang wajah sang jejaka yang tersenyum sipu
Gumpalan kertas dibalas dengan serangkap pantun
Masak lemak ikan selar
tapi sayang sudah basi
orang disini ingin belajar
janganlah kacau hilang konsentrasi
Kertas digumpal kembali dan dibaling ke arah sang jejaka
Ala, sombong nya. balas sang jejaka dalam hati. Lantas tangannya meluncur laju diatas kertas membalas pantun
Terbang rendah burung nuri
mencari makan di sawah padi
Manis wajah terbawa ke hati
Janganlah sombong, nanti rugi
Kertas digumpal dan dibaling kembali ke arah sang gadis
sang gadis membalas
Indah mawar dipagi hari,
Jadi hiasan sang puteri
Bukan sombong berbangga diri
Cuma kita masih muda lagi,
kertas digumpal dan dibaling ke arah sang jejaka. Tapi sayang, balingan sang gadis terlalu kuat hingga terkena pada kasut Sang guru yang baru tiba di muka pintu.
Curiga. Sang guru membuka gumpalan kertas lantas terbaca oleh beliau madah-madah pantun orang berkasih-kasihan.
Nada di tinggi kan, muka seraya merah menahan marah. Natijahnya sang jejaka dan sang gadis diarahkan berdiri atas kerusi. Sambil menahan malu, mereka mendengar sang guru memberi nasihat
Mahu ke kedai membeli cuka,
marilah pergi bersama-sama
masa muda janganlah leka
Jadikan belajar fokus utama
Layar kemudian berfokus pada satu suara. Menuturkan kata-kata penuh dengan rangkap dan makna:
Apa diharap padi seberang
Entahkan jadi entahkan tidah
Entahkan di makan pipit melayang
Apa di harap kasihnya orang
Entahkan jadi entahkan tidak
Entahkan makin bertambah sayang
----------------------------------------------------------------------------------------
Pelakon: Azizah, Sureth, Ihsan, Ooi chuah Jau
Alhamdullilah
Minggu lepas adalah minggu bahasa. Antara tugas tidak rasmi seorang guru adalah menjadi seorang sutradara/ pengarah teater/ penulis skrip/ penerbit. Multitasking gitu!!Alhamdullilah. At the end of the day, Its was successful opening. Terima kasih pada cikgu Nadiah dan cikgu Ikin juga. =)
" posto bawah meja " milik seorang pelajar yang dijumpai oleh Kak Linda.
Menahan rasa suka pada seseorang sewaktu zaman remaja sangat indah bukan? Sewaktu saya tingkatan 2, saya pernah minat dengan seorang abang senior. Oh tuhan, setiap kali rehat mesti lalu depan kelas dia. Zaman gatal mengatal itu mestilah ada. HORMON kan.
Zaman balas membalas surat lalu tinggalkan dibawah meja sangat lah mengamit jiwa. Sangat zaman 90-An.
Pada zaman saya menuju remaja, cinta monyet adalah secara ringkas. Masa itu, telefon bimbit belum digunakan secara meluas, facebook masih tiada, penggunaan internet masih lagi tidak menyeluruh. :)
Tapi kadang kala bila teknologi semakin luas, pergaulan kita semakin terdedah, rasa malu juga semakin terhakis. Kadang kala tiada indahnya cinta moneyt itu lagi. ( Psss.. . patutlah masalah sosial/ zina dikalangan remaja semakin meningkat saban tahun. Itu belum kira berapa banyak yang mengandung tanpa nikah)
( kanak-kanak zaman sekarang tak sabar-sabar nak jadi dewasa, tak faham aku. -- Along , 2012).
No comments:
Post a Comment