part 1
Masa untuk menerokai Bali.
Soalan : Berapa lamakah masa yang diberikan oleh Pak Gade untuk kami di Tanah Lot?
a) 30 minit
b) 45 minit
c) 1 jam
d) 2 jam
Tik tok tik tok.
Sila jawab sekarang. Jawapan di akhir entry.
Tempat pertama yang kami lawati ialah Tanah Lot Temple. Majoriti penduduk Bali menganut agama hindu, jadi memang pemandangan yang normal jika terdapat banyak kuil disini. Walaubagaimana pun, cara mereka menyembah dewa mereka berbeza dengan perayaan masyarakat hindu di Malaysia. Agama hindu mereka telah diasimilasikan dengan budaya tempatan.
Manusia 2 bersama sign board tertulis: price start from Rp.250. 000/ night.
Pintu masuk pun cantik dengan ukiran.
Tiket untuk masuk adalah sebanyak 30 000 rupiah seorang untuk pelancong asing dan 10 000 rupiah untuk rakyat Indonesia. Sewaktu kami membeli tiket, Pak Gade memberitahu penjaga kaunter bahawa kami adalah pelancong dari Batam, Indonesia memandangkan kalau sekali imbas tengok, tiada beza pun muka kami dengan rakyat Indonesia kan. Kata nya serumpum. Lain lah, sah sah kami ini matanya biru, rambut perang , badan tinggi mengalah.
Masyarakat Batam agak fasih berbahasa melayu kerana kedudukan pulau mereka yang lebih dekat dengan Malaysia. Jika anda rakyat Malaysia yang sekali pandang susah nak beza antara Indon dan Malay, cakap je dari Batam dengan slang Indonesia. Iya, gue dari Batam, bu, bapak. Melainkanlah depa nak tengok IC. Hang bayar la 30 000 rupiah. Tapikan perbuatan menipu itu berdosa. Manusia tak tahu tapi tuhan tahu kan.
Menariknya kuil di Tanah Lot terletak di hujung tebing tinggi dan mengadap lautan. Di Tanah Lot sahaja terdapat 3 buah kuil.
Kuil di atas batu tunggul yang sangat besar
untuk naik ke kuil, pelancong di kehendaki terlibat dengan ritual ringkas keagamaan dan meminum air suci. Ritual itu dijalan kan oleh masyarakat tempatan yang berkerja disana. Selepas itu, dahi mereka akan ditanda dengan beras. Kemudian, barulah mereka dibenarkan naik ke atas kuil. Kami tak buat, takut perbuatan tersebut adalah syirik.
Nak tengok ular suci , bayar la seberapa suka hati mengikut kemurahan hati. Disebabkan kami ini tidak pemurah, kami tak masuk.
syazwani ajar, kalau nampak pemandangan cantik kena sebut SubhanAllah.
Ruang di tengah-tengah itu ialah gerbang laut. Terhasil akibat hakisan ombak.
Tanjung ( batu yang menganjur) dan teluk ( yg mcm pantai tu)
para pekerja sedang menikmati makanan tengah hari yang dimasak oleh sekumpulan wanita. Mereka siap ada pondok memasak sekali.
Bersama pelancong dari Jepun
Kadang kala saya menjadi jurugambar tak bertauliah
errrr.....gheli gheli..Btw, angin di tepi pandai sangat kuat.
duduk di tepi jambatan melihat pemandangan alam ( tanjung dan teluk).
di belakang kami itu, antara kuil yang ada di Tanah Lot.
Suasana sangat nyaman, angin sepoi sepoi bahasa.
manusia 1
jawapan : b) 45 minit.
Gabungan antara jurugambar tidak berlesen, model tepi jalan dan guru yang dipaksa rela mengajar geografi ini menjadikan lawatan ke Tanah Lot mengambil masa 2 jam. Singgah tengok-tengok barang dan tawar-menawar sahaja dah 30 minit. Tangkap gambar dekat pintu masuk dah 15 minit. Tup tup tengok dah 2 jam. Elemen teruja berlebihan dalam diri menyebabkan kami tak sedar. Menarik ciptaan Tuhan.
Tapi mujurlah kami bukan dalam rombongan cik kiah, kalau tak sah-sah kena tinggal. Untungnya kami pergi sendiri dan pemandu kami sangat lah super cool serta pemaaf orangnya. Kami kan melayu dan bukankah melayu itu suka lambat ( *cough cough* tak terasa pun :P).
wah..aqin sekali pandang nampak cantik pulak. apa rahsianya?
ReplyDeleteKahkah.tanyalah dia sendiri. Eh sekli pndng je nmpk cntik.
ReplyDelete