Previously : part 1 , part 2
Biarpun majoriti penduduk Bali beragama hindu tetapi ada juga yang beragama islam. Masjid memang la tak banyak tapi ada lah dua tiga buah disesetengah tempat. Kami singgah sekejap di masjid berdekatan untuk solat Jamak dan qasar. Sila jangan terkejut, jika disesetengah masjid/ surau, tempat solat perempuan dan lelaki bercampur. Maksudnya tiada kain penghadang atau bilik yang berbeza untuk memisahkan tempat lelaki dan perempuan untuk solat.
Perjalanan ke Tanah Lot ke Ubud mengambil masa dalam 45 minit kot. Pertanian adalah sumber ekonomi kedua penduduk Bali selepas pelancongan. Jadi sepanjang perjalanan kami ke Ubud, memang ditemani dengan pemandangan sawah padi. Tetiba feeling macam dekat Kedah pulak padahal hello i kat oversea ini. ( la sangat, mata hitam tak nampak).Perkataan ubud berasal daripada perkataann Ubad (ubat) sebabnya dahulu kawasan Ubud ini adalah kawasan pertanian dan penanaman herba.
Ubud adalah kota kesenian untuk Bali. Destinasi pertama kami di Ubud adalah Istana Lama : Istana Puri saren Agung yang dahulunya tempat tinggal golongan diraja kasta Satria ( bukan sejenis proton ok). Sistem kasta dalam agama hindu.
1) Brahman ( ketua agama)
2) Satria ( pahlawan)
3) wesya ( pekerja istana dan tukang besi)
4) Sudra ( hamba)
Layan gambar lah ye. Banyak dah bebel.
Seni Bina:
model
waduh waduh....budak berdua ni, kalau dibiarkan berdua memang ini lah kerjanya.
Berangan dan Posing. Berangan dan Posing.
tolonglah jangan kata mereka comel....( haha, jeles)
memang tak banyak atau tiada langsung gambar saya di Istana Lama .Mood untuk bergambar tiada sebabnya diseberang jalan Istana Lama ini ialah kawasan pasar membeli- belah. Kalau sekali tengok macam Pasar Payang , Kuala Terengganu. Sejak mula masuk, hati tak tenteram , asyik mengajak homo sapien di atas ini ke sebarang jalan.
Memandangkan mood bergambar tiada, saya tawarkan diri jadi jurugambar. Ha, amik korang, posing la macam mana gaya. Dah kasi puas hati mereka berposing sakan, saya heret mereka ke Pasar Ubud.
kraftangan;
Album gambar yang diperbuat dari kertas kitar semula.
Tips membeli belah: Bargain is key of the happiness for shopaholic
Barangan disini agak mahal tapi boleh minta kurang.
Mintalah kurang dari 50% hingga 80% dari harga asal.
Contoh: harga baju 60,000 rupiah.
minta la kurang hingga 15,000 atau 20,000 rupiah.
Nampak macam gile kan, minta turun banyak sangat. TAK PE! sebab selalunya mesti dapat punya.
Bila dah minta kurang, tetapkan pendirian dengan harga itu. Kalau peniaga tak mahu, x pe, cuba dekat kedai lain. Sebab banyak barang yang dijual agak serupa.
tapi jangan lah dah selongkar habis baju yang disusun, pastu tak jadi beli pula. Memang la menimbulkan kemarahan penjual. ( pengalaman sendiri).
kitaorang tak sempat nak keliling pasar ubud sebab kesuntukkan masa, tak banyak pilihan dan harga agak mahal sebab tempat ini memang tumpuan pelancong.
tapi dalam tak cukup masa tu, adalah 10 helai baju kami borong.
Pasar Sukawati
Pasar Sukawati tempat penduduk tempatan membeli belah. Harga agak murah. Dah la agak murah , boleh kasi murah lagi. Tak ke kami macam orang gila. Borong jangan tak borong.
tengok beli baju i love Bali je dah satu katil.
Almaklumlah, adik beradik ramai. tak termasuk ipar duai, anak sedara,datuk nenek lagi.
dah mcm dokumentari la ayat akak...hehehheh
ReplyDeletekahkahkah...akak pun rasa macam tu.nie la hasilnya time cuti tgk nasional geographic.
ReplyDelete