previously: part 1 , part 2 , part 3
* Mood bercuti sudah habis. Sekolah seminggu telah dibuka. RASA SERONOK SANGAT! err. nampak sangat macam menipukan. *
Travelog masih berbaki lagi beberapa bahagian. Terima kasih kepada yang membaca sama ada saya kenal anda atau tidak. Terima kasih juga pada para famili dan rakan-rakan yang membaca sama ada anda dipaksa membaca atau tidak. Terima kasih jugalah kepada para stalker Manusia 1 dan manusia 2 yang melawat secara sukarela. HAHA.Wah,sila lah terharu dengan kata-kata penghargaan ini.
------------------------------------------------------
Kami tiba di Jinbaran dalam keadaan kelaparan. Sebagai antara anggota tetap kantin sewaktu rehat, saya agak kagum dengan diri sendiri ( dan juga Yaqin) yang tidak makan secara betul dari pagi hingga petang ini mampu mengawal diri daripada membuat tarian mengelupur kelaparan.
Sampai di Jinbaran, Memang perfect timing. Langit jingga, matahari berputar dan mahu terbenam di bahagian barat. Maha suci tuhan, pemandangan di tepi laut melihat matahari terbenam memang cantik. Sangat sesuai untuk mereka yang berbulan madu. Kami yang tak berbulan madu ini pun, macam terpana dan rasa meroyan nak kahwin kalau boleh masa itu juga sebab tiba-tiba perasan gatal datang. Apatah lagi mereka yang berbulan madu kan. Terus fantasia bulan madu . Sangat 'Search' laaaa.
Matahari pun tenggelam. Perut masih lapar mahu diisi.
Depan meja kami, kiri meja kami, kanan meja kami, = semuanya pasangan berbulan madu.
Dekat belakang itu adalah kumpulan pemuzik yang akan pergi setiap meja sambil menyanyikan lagu-lagu cinta. Kemudian kita kasi lah duit berapa-berapa je mengikut tahap kemurahan hati.
Semua meja mereka pergi KECUALI meja kami. Emo sungguh la. Siap sediakan duit dah ini.
Mungkin sebab mereka lihat 3 orang perempuan muda bersama-sama bercuti di tepi pandai dikelilingi sekumpulan manusia yang berbulan madu adalah LOSER/ heartbroken . Eh, hello! kitaorang honeymoon in advance okey. Survey tempat dulu. Nanti kemudian hari bawa husband datang.
Eleh bukan best pun mereka nyanyi, nada dan tone semua lagu sama je. *tetiba*
Apa apa pun kami enjoy je dengar muzik free sambil makan dengan rakusnya. :P
Hiburan tambahan yang disediakan oleh pihak restoran.
Makanan yang dihidangkan disini lebih kepada makanan laut yang dipanggang.Sedap
Makan sampai licin itu adalah wajib.
Sedap hingga ke tulang.
SEDAP tapi agak mahal. Kami order set. dan bayaran adalah sebanyak 690, 000 rupiah. Dalam +- Rm190 la. Agak berbaloi sebab makanan sedap , tempat pun cantik, layanan pun bagus.
Penyambut tetamu dengan pakaian tradisional tempatan. Gadis ini baru berusia 14 tahun. Yang pakai baju biru itu pula usia suku abad dah.
Kalu nak pergi, nah alamatnya, BBC ( beach bali cafe)
Destinasi seterusnya adalah:
Objektif: Membeli- belah sebab ada seorang homo sapien itu pengumpul baju Hard Rock Cafe yang tidak beberapa sejati.
wahh ke bali gittew.. malu la nk update holiday kite. kite cuti cuti mesia je
ReplyDeletealahai Amy!! update la..bukan selalu dpt gi Kuching. Mana lah taw, nanti aku nak gi Kuching. Atleast ada la panduan sikit
ReplyDelete