Ini adalah entry hari guru yang terperam lama dalam dashboard.
Awas, entry panjang dengan huruf dan gambar.
--------------------------------
Selamat hari guru.
Secara jujurnya hari guru yang paling menyeronokkan yang pernah saya alami ialah semasa saya bersekolah rendah. Beberapa hari sebelum menjelang hari guru, saya akan bersungguh-sungguh mencari apa yang patut untuk dihadiahkan pada guru kesayangan.
Selalunya saya akan hadiahkan mug, gelas 1 set. Begitulah hadiah saya setiap tahun untuk insan yang sama: Cikgu Zarina Hamid. Bukan tak sayang pada cikgu lain, tapi cikgu Zarina lebih rapat dengan kami. Dulu, setiap malam , saya, Amirah Ain dan Hanisa Lasiman akan pergi belajar matematik di rumah cikgu zarina memandangkan rumah kami sangat dekat dengan rumah beliau. Hmm, belajar je mate, tapi result matematik teruk juga.HEHE
Meningkatnya usia saya, pengalaman menyambut hari guru bagi saya tidak lah begitu meninggalkan kenangan yang abadi. Kadang kala sebagai pelajar yang kurang skema, saya ponteng sekolah pada hari guru.
Sebabnya mudah: saya malas sebab sekolah tiada aktiviti. Hanya duduk melihat guru, acara bagi hadiah, tengok cikgu bermain, sampai hadiah dan terus balik.
tapi
How people treat you is their karma; how you react is yours.
Wayne Dyer
Ha. ambil, memang waktu hari guru , tak ramai pun pelajar yang datang. Hanya 8 orang dari 35 orang pelajar peralihan hadir. Tapi saya cool sahaja sebab senang nak urus bila pelajar sikit. HEHE.
For friends and family - thanks for the wishes. Rasa sangat-sangat dihargai. Baiklah. Pendahuluan tamat. Terima kasih kerana membaca. Entry ini akan menjadi lagi panjang .
2012. 2 tahun sudah hari guru saya raikan. Saya seronok tahun ini sebab hari guru dikendalikan sepenuhnya oleh 'Student Leader Board'(SLB). Cikgu goyang kaki. Barulah rasa di raikan.
Pagi 16 Mei. Hujan renyai-renyai turun. Awan kelabu menyebabkan suasana agak mendung. Perhimpunan di adakan di dewan.
Tema pakaian: UNGU.
Kak Dina paling vogue. Siap pakai sari. Kalah cikgu-cikgu India yang lain.
Pagi-pagi saya tengok Michelline tolong Kak Dina pakai sari di bilik guru.
Orang-orang kuat.
Guru diarak masuk ke dalam dewan diiringi dengan bunyi gamelan.
ketua rombongan
Acara seterusnya ialah bacaan ikrar,nyanyian lagu ' Kami guru Malaysia' dan biarku menjadi lilin.
Kak Pojie menangis bila menyanyi lagu Biarku menjadi Lilin. Comel sangat. Saya pandang kak Pojie, spontan kak Pojie bagitau
" akak sedih bila nyanyi lagu itu. Tetiba akak teringat pelajar 2F ( F=falsafah, kelas paling akhir) . Macam mana la masa depan diaorang. Rasa memang tak boleh nak jadi lilin"
Tengok! itu jawapan guru sejati. Siap menghayati. Saya masa nyanyi tak teringat pun dekat pelajar peralihan saya itu sebaliknya bila lah nak rehat. Lapar, nak makan.
Bacaan watikah. Biarlah gambar berkata-kata ye.
Kemudian persembahan ringkas pelajar dan penyampaian kad
Masa rehat tiba. Semua orang serbu ke kantin.
Dalam pukul 10.30; Ada game. Setiap guru telah diberikan kumpulan masing-masing.
Acara teka rempah.
Acara masukkan bola hoki dalam Kon oleh tauke apam polkadot yang comel.
Iye, ada 11 stesen dan setiap permainan di kendalikan oleh pelajar.
11.30 pagi. Kembali ke dewan untuk persembahan pelajar dan penyampaian anugerah cikgu.
Bacaan sajak oleh Liyana Diana.
K-pop
sooooo Najwa Latip
Tarian Bollywood. Lagu" Chammak challo"
Kumpulan anak lembu mati tersepit.
Cikgu Paling Vogue: Nazreen. Ehem, dia single. Siapa nak berkenalan.
Cikgu paling melatop. Dia pun single. Tapi tak payah la berkenalan dengan dia. Ramai dah peminat dia ini. Banyak-banyak orang minat pun susah juga kan. Serabut. Eh... *ok lari. Ampun Yaqin. i love u. *
Cikgu paling happening. Kak Raziah. Bujang but taken.
cikgu paling kacak: Nazry. Happily married with two kids.
cikgu paling macho: si pengantin baru :Faizal. pang pang pang kopak kopak *bunyi kompang.*
cikgu paling happening sesi pagi; Prof ustaz Zul.
Acara tamat pukul 1.30 petang. Tapi majlis belum tamat lagi. Kemudian, semua guru bergerak ke hotel takingatnama untuk makan-makan.
Tiada gambar makanan sebab semua orang sibuk melantak, lepak -lepak, bergosip, bersembang, dan tambah makanan.
Antara hari guru yang best dalam hidup. :)
Sekian. terima kasih kerana membaca.
Kredit: gambar di ambil dari sidang redaksi crew.
No comments:
Post a Comment