previously
Catatan Bali untuk kenangan peribadi dan panduan masa depan diteruskan lagi. Padahal pergi Bali dah bulan 5 lepas.
Hari ke 3, kami meneruskan misi menjelajah Bali dengan semangat yang berkobar-kobar dan perut lapar. HAHA. Kitaorang masa kat Bali tu hanya singgah restoren sekali je sebab nak kejar masa. Almaklumlah bercuti 4 hari je, tapi semua tempat nak pergi. Sebagai ahli tetap kantin sekolah, saya agak kagum dengan kebolehan diri mengawal perasan lapar itu.
Hari ini rancangannya adalah melawat Nusa Damai ( will update later) dan Uluwatu.
Uluwatu bukan sahaja terkenal dengan keindahan matahari terbenam. Tetapi juga dengan persembahan tarian Kecak dan tarian api. Yang paling best, tarian ini memang bagus untuk pengemar sejarah sebab mengandungi cerita epik hindu yang terkenal itu. RAMAYANA. Feel dia macam tengok teater tapi lagi best.
Ha, tak sangka kan. Inilah kisah disebalik bagaimana hari deepavali/pesta cahaya wujud. Kata duduk dekat Malaysia, haruslah tahu sedikit sejarah perayaan kaum lain Maka dengan itu,saya mengucapkan selamat hari deepavali kepada penganut agama hindu. Iklan sat.
Kami tiba di Uluwatu pada waktu petang selepas menghabiskan waktu petang kami di spa. What the perfect time. Matahari pun belum malu-malu lagi untuk menyembunyikan diri.
Kehadiran kami disambut oleh beberapa ekor monyet yang nakal yang tak comel.Ngeh ngeh ngeh. Nasib baiklah dekat Malaysia ini banyak monyet, so tak jakun la sangat nampak monyet secara live.Mujurlah pemandu pelancong kami gagah orangnya. Dengan sebatang kayu ditangan, beliau menakut-nakutkan monyet yang ada supaya menjauhi kami. Untung macam ini, bukan je dapat pemandu pelancong malah bodyguard sekali.
Tips: Untuk ke Uluwatu sila pastikan anda tiba lebih awal untuk mendapatkan tempat duduk yang menarik bagi menikmati pemandangan dan persembahan.
Pandangan dari tempat duduk kami. Yes, we're quite late but its ok. Pemandangan masih cantik lagi.
Tempat duduk di sana. Mujurlah masa ini bukan cuti sekolah di Indonesia, kalau tak lagi sesak. Jadi pada sesiapa sahaja nak melawat sila tengok kelender cuti sekolah negara yang ingin anda lawati. Sebab selalunya cuti sekolah, harga jadi lagi mahal dan penuh sesak orang.
Haruslah tangkap gambar sendiri. Barulah dapat membajetkan diri sebagai pelancong.
Persembahan bermula sebelum matahari terbenam dan pak cik tua menyala kan api ditengah-tengah pentas.
Menariknya mengenai tarian kecak dan tarian api ini, tiada sebarang muzik instrumen yang digunakan. 100% berdasarkan suara/ kesan bunyi dari mulut manusia.
cak cak cak cak cak cakcakcak!!!!! hisssssssssssssssshhhhhhhhhhh
Kami ada rakam tarian ini tapi biasalah malas nak upload.Nasib baik la ada insan rajin yang sudi upload. Thanks. I love youtube. kehkeh
subhanAllah, memang terbaik pemandangan matahari terbenam di Uluwatu.
Persembahan ini sampai ke malam. Habis dalam pukul 8. Memang panjang.
mereka berdua bersama dengan monyet putih.
Jika anda berkunjung ke Bali untuk kali pertama, jujurnya Uluwatu antara tempat yang wajib dikunjungi.
Menurut Pak Gade, mereka yang terlibat dengan persembahan ini 100% adalah penduduk tempatan. Mereka tak akan bagi mana-mana orang luar untuk membuat persembaha tarian kecak dan api ini sebab mungkin tak feel / jaga kebajikan penduduk tempatan. Agak asabiyah disitu tapi bila difikir-fikir balik, jika kita sendiri tak menjaga kepentingan orang kita sendiri, siapa lagi. Ha! renung renungkan dan selamat beramal.
sekian.
No comments:
Post a Comment