Salam
Saya seorang yang suka berangan dan penuh dengan impian. Banyak benda di dunia saya nak buat. Contoh nak pergi Afrika, nak cuba menyelam dilaut dalam, nak buat buggy jumping dekat NZ, nak terer menjahit, nak kurus, nak itu , nak ini. Malah, sejak akhir-akhir ini, saya juga telah mencipta satu falsafah hidup: Cepat atau lambat, aku mesti buat.
Alhamdullilah. Ada impian yang tercapai.
Bagi yang tak tahu, saya kini bergelar pelajar separuh masa dan cikgu sepenuh masa.
Memang sengaja nak luaskan pengalaman dan mencabar diri katanya. Ewah, sebenarnya nak pindah tak dapat. Orang yang berkahwin bertahun siap dapat anak lagi pun susah nak dapat pindah hatta sekangkang kera je tempat yang dipohon. Inikan pula saya yang kampung halaman tak jauh sangat dan tak merancang pun nak berumah tangga dalam tempoh terdekat ini. Plus tak ada alasan kukuh sangat pun nak reka dekat borang pemohonan pindah. Memang la, 7 juta kali mohon pun kena reject je la.
Bukankan bersikap redha itu penting. Alang-alang tak dapat pindah. Saya sambung belajar terus. Macam kerja dekat sekolah itu bersenang lenang sangat kan. Tapi apa salahnya kita memajukan diri membaiki diri menjadi lebih baik. Belajar memang seronok tapi peperiksaan dan tugasan itu alahai semput nak menyiapkan.
Nak tambah lagi keseronokan, saya dan Yaqin mendaftarkan diri untuk Kelas Mandarin. Its just for fun.
Bukan dulu tak pernah belajar bahasa mandarin di UiTM. 3 semester kot. Tapi ada beza yang sangat besar belajar untuk lulus exam sahaja dan juga belajar untuk minat.
Kelas mandarin kami adalah setiap selasa. Ada exam tapi tak masuk pun jam kredit . Hanya dapat sijil sahaja.Datang ke bengkel main catur cina dan tulis kaligrafi ini pun antara aktiviti wajib.
We're the late comer. HUHUHU. Memang, muka lambat memang tak ada orang lain. Kitaorang je la. Masa daftar itu, baru sedar. Kitaorang paling tua yang belajar kat situ. Majoriti pelajar lahir tahun 93.First year students. Eh, kitaorang pun pelajar tahun pertama apa.
Bengkel main catur dah bermula. Mula-mula ingat eleh main catur je kot. Bukan susah sangat pun. Sekali amik kau, terkial-kial nak menyusun. Catur cina memang berbeza sangat-sangat dengan catur yang kita biasa main itu. Catur cina terdiri daripada sebulat kayu kecil yang ditengah-tengahnya ada tulisan cina. Cara main pun jauh beza. Nasib baik la ada tutor yang baik hati tunjukkan.
Contoh catur cina:
Sumpah, saya tak faham satu apa pun yang ditulis. Mujur ada tutor yang terangkan. Nak senang, saya tulis pakai pen huruf roman pada setiap biji catur. Ada gajah, ada kuda, ada askar, ada penyelia.
Main catur cina agak menyeronokkan cuma pergerakkan saya agak lambat. 1 minit, 1 langkah kot.
Sesi satu siap, belajar tulis kaligrafi pulak. Tekanan sungguh belajar kaligrafi. Lebih-lebih kongsi kertas mahjung dengan Yaqin. Kitaorang suka-suka hati bertabur conteng-conteng ikut suka. Kemudian, bila tak cukup ruang, bergaduh berdua nak cari ruang kosong. Kecoh dengan gelak. Kitaorang perhatikan orang lain, Relek je mereka. Tak ada gaduh-gaduh pun. Malah mereka tulis dengan cukup berhemah dan penuh sistematik. Rasa macam nak je tumpang conteng kertas mahjung mereka sekali.
" eh, tak pe. orang yang rajin, memang kuat berusaha" kata tutor kami. Merujuk kepada keadaan kertas mahjung kami yang penuh dengan contengan yang bersimpang siur.
Itu tudung biru tu , tutor mandarin juga. Yang hijau itu pelajar baru.
Hasil kaligrafi saya.
hasil kaligrafi Niza. Kawan sebelah kerusi.
Malas dah nak tulis. Ok Bye.
No comments:
Post a Comment