Sunday, October 14, 2012

Peristiwa hari ini.

salam

Malam.
Langit gelap.
Lampu jalan menemani.
Di samping pengawal keselamatan yang berkidmat di pondoknya.

Saya dan Kak Linda menunggu para ibu bapa mengambil anak-anak mereka.  See Wee yang dan Shareen Azni dari kelas 2RK dan 2W2 setia menemani. PK koko saya sudah pesan, biar tunggu ibu bapa ambil anak mereka dahulu baru balik ke rumah.

Tiba-tiba, sebuah kereta berhenti di hadapan kami , tingkap kereta dibuka

"eh, lambat balik?" tanya Faizal. Rakan sekerja saya yang lalu di hadapan sekolah dan mungkin terkejut kami lewat pulang dari Tanjung Piai dan Pulau Kukup.


" ah, malas aku nak cerita. Baca dekat blog" balas saya.

Maka, begini cerita perjalanan kami hari ini

________________________________________________________________

Hari yang indah. Semua orang dalam keadaan semangat. Jam pukul 7.35 pagi. Dah janji pukul 8.00 pagi, kami akan bertolak. Tapi hidup ini kena ada cabaran, barulah bermakna ,

Peristiwa pertama:

7.40 pagi. Pintu bilik guru tak boleh buka. Habis dah segala teknik digunakan, tak boleh buka jugak. Akhirnya, telefon Zasni sebab dia juga ada kunci bilik guru. Pagi-pagi dah melawat rumah orang. Terkedek-kedek anak Zasni keluar rumah pakai lampin pakai buang ikut bapak dia keluar rumah serah kunci pada kami. T_T.

Peristiwa dua:

YA AMPUN! Bas lambat. Sebuah sahaja yang menjelma. Selepas menunggu hampir 1 jam, Baru tahu bas kedua rosak. Kesian sebahagian budak-budak ini, duduk menunggu. Muka yang mula-mula semangat, mula masam mencuka. " bila bas nak sampai cikgu?". Soalan yang entah berapa kali diutarakan pada saya dan kak Linda. Lama sangat menunggu, ada yang berkelah di tepi longkang dan kaki lima.

Peristiwa ketiga:

PK KOKO saya marah betul bila diberitahu bahawa bas rosak dan program tidak lancar. Bertambah marah lagi beliau bila dikhabarkan bas ganti kami bukan seperti yang dijanjikan. Kami mahukan sebuah lagi bas panjang tapi yang dapatnya bas pendek. Mana cukup. Sungguh ini bukan salah sekolah tapi salah pihak bas. Tapi pilihan apa yang saya ada. Sama ada naik atau terpaksa melukakan hati 20 orang pelajar yang lain dengan membatalkan lawatan mereka.

Peristiwa keempat:

Ya Allah, kesian para pelajar sekolah saya. Ada yang terpaksa berhimpit-himpit duduk. Ye la, sepatutnya 2 bas panjang dengan muatan 80 orang. Bila bas pendek datang, jadi muatan maksimum hanya lah menjadi 65 orang. Saya jaga bas pendek, Kak linda naik bas panjang. Kak Hairina, Nor dan Salmi tiada pilihan terpaksa naik kereta. Tiba-tiba lawatan ini sudah jadi haram pulak sebab dah terlebih muatan. Tak sampai hati saya nak batalkan lawatan sebahagian pelajar saya sedangkan itu yang dicadangkan oleh PK KOKO saya. Takkan nak hantar 20 orang balik kan. " disebabkan kita dapat ganti bas pendek, so sila la 20 orang pelajar tampil ke depan. Maaf, awak terpaksa balik. " Alahai tak sampai hati. Hanya doa sahaja mengiringi agar tiada apa-apa yang berlaku.

Peristiwa kelima:

Sakit belakang!!! sepanjang perjalanan pergi, saya dan Liana Diana duduk bersila dilantai bas. Banyak yang kami sembangkan. Tapi masa balik, kami bertukar 'shift' dengan pelajar lain. HEHE.

Peristiwa keenam:

 Hujan turun lebat setibanya kami di Tanjung Piai. Tak pe la hujan rahmat.

Peristiwa ketujuh:
Seluar saya koyak selepas solat zuhur. Tak dapat diselamatkan. Beria hari tu siap pesan dekat pelajar, silalah bawa pakaian tambahan. Sedangkan saya sendiri tak bawah. Huhuhu. iktibar iktibar.Nasib baik kak Hairina bawa kereta. Semangat cari kedai jual seluar. Akhirnya jumpa la juga kedai serbaneka tersebut. Dah namanya kaki shopping. Konon nak beli  sepasang seluar je. Ambil kau, sebuah beg dan 2 pasang seluar saya beli. Murah kot. HAHAHA

Peristiwa kelapan:
kami bertolak balik selepas maghrib. Sepatutnya, pada waktu maghrib tu dah sampai sekolah dah. Terima kasih la pada teknologi. Saya bagitahu para pelajar supaya maklumkan pada ibu bapa mereka yang kami akan lambat . Ye la, tak ke risau ibu bapa kalau tunggu anak tak sampai-sampai.

Peristiwa kesembilan:

 Bas satu rosak pulak. Kesian la pelajar saya lagi. Mula-mula enjin bas tak hidup, bila berjaya dihidupan. Penghawa dingin pula rosak. Maka, bermandi peluh la mereka.  Nasib baik bas satu dinaiki pelajar lelaki. Haruslah kena gagah. Saya maklumkan pada PK KOKO saya yang situasi yang berlaku. Almaklumlah, PK KOKO saya sms setiap jam kot sebab risau kami ini dah la lebih muatan, lewat berjam pula dari jadual asal. " Rosak lagi" Balas beliau.

__________________________________________________________________________

Pukul 10 malam. Akhirnya semua pelajar sudah pulang ke rumah masing-masih. Lega rasanya bila bapa pelajar terakhir saya sampai mengambil anaknya.

Hati lega. tapi perut berding dong.Lapar sangat. See Wee Yang, yang ikut sama lawatan kali ini belanja makan. Sepatutnya cikgu yang belanja pelajar. Ini pelajar yang belanja cikgu pulak.

Alhamdullilah. Satu kerja dah selesai. Lawatan sambil belajar ke Pulau Kukup dan Tanjung Piai berjalan dengan agar baik walaupun tak beberapa lancar. Sepanjang menjadi Ketua program, inilah program yang banyak sangat 'songeh'nya. Mungkin tuhan mahu saya belajar menjadi lebih tabah. Alah, nak jadi pandai mestilah ada cabarannya.

Alhamdullilah, lega rasanya bila melihat muka-muka gembira para pelajar.  Biarpun hakikatnya hari ini hari yang panjang dan memenatkan. Seronok rasanya bila balik-balik terus 0n9, wah cepat betul budak-budak ini update status kata seronok.






Best Blogger Tips

3 comments:

  1. Good... Walau mcmne cbrn akn hadapi dg tabah.. Go girl!!

    ReplyDelete
  2. Good... Walau mcmne cbrn akn hadapi dg tabah.. Go girl!!

    ReplyDelete
  3. murid sekarang, mmg berteknologi >_<

    ReplyDelete