entry ini khas untuk segelintir para pelajar saya yang berjuang menyiapkan PBS geografi mereka bagi mencapai band band 5 (B5D3E1) dan Band 6. Chaiyo!
Hari itu, sebahagian pelajar saya telah menyertai lawatan sambil belajar ke Tanjung Piai dan Pulau Kukup. Alang-alang buat sekali la PBS. Bukankah konsep PBS itu membimbing pelajar.
Disebabkan kenkangan masa, memang saya tak sempat nak jumpa mereka selalu. Seminggu ada 3 masa je. Tak sempat juga nak terangkan secara lebih lanjut apa yang mereka perlu lakukan.
________________________________
Baiklah kelas bermula.
Salam dan selamat sejahtera..
B5D3E1.
Menyertai aktiviti/program tentang penjagaan alam sekitar.
Maka,
untuk band ini, awak tak perlu tulis panjang-panjang penuh berfakta. TAK PERLU. No no no nahi kabi nahi. jimat masa, tenaga, kos dan dakwat pen,
Jadi apa yang perlu saya lakukan cikgu?( ceh, soalan buat sendiri, skema pulak tu.)
Ha, tahu dah mesti awak semua tertanya-tanya bukan.
Hanya sekeping gambar awak sedang melakukan aktiviti dengan penuh kasih sayang kepada alam sekitar. SEKEPING SAHAJA.Dan iya, sedikit kata-kata penambah rasa. Tak perlu banyak-banyak baris. Bazir dakwat pen. Cikgu pun malas nak baca sebenarnya.
Contoh 1:
Nama: Yoona
Tingkatan: 1 Malaysia
Tempat: Pulau Kukup.
Tarikh: 13 Oktober 2012.
Aktiviti: Lawatan sambil belajar ke Tanjung Piai dan Tanjung Piai, Pontian. Johor.
Saya sedang menikmati keindahan alam semula jadi dan kesegaran udara yang sungguh nyaman di Pulau Kukup.
Contoh 2
Nama: Siti Nurhalijah
Tingkatan: 1 Angkasaraya
Tempat: Tanjung Piai.
Tarikh: 13 Oktober 2012.
Aktiviti: Lawatan sambil belajar di Tanjung Piai dan Pulau Kukup.
Saya sedang berada di kawasan yang terdapatnya Ketam Rebab. Ketam Rebab sering didapati di kawasan yang berlumpur.
Contoh 3
Tingkatan: 1 Karisma
Tempat: : Sangkar ikan peliharaan.
Tarikh: 13 Oktober 2012.
Aktiviti: Lawatan sambil belajar di Tanjung Piai dan Pulau Kukup.
Saya dan rakan sedang memegang belangkas. Belangkas adalah binatang yang hidup di dalam laut masin.
( TIPS: ayat mesti skema dan mengunakan bahasa melayu yang betul. Kesalahan ejaan harap dapat dielakkan. Semakin skema ayat anda, semakin cikgu sayang. Eceh. Bukankah bahasa itu melambangkan bangsa. eleh, awak semua kan dah biasa tulis status power2x dekat Fb, tulis ayat mcm kat atas tu, apa lah sangat kan. :P )
TETAPI
Saya dan rakan di Pulau Kukup.
Ha., ini minta maaf lah . Memang akan dipangkah besar oleh cikgu. Terpaksalah buat semula.
(ps: sorry Alya dan Farhana. Jadi model contoh sekejap. )
Peraturan yang perlu dipatuhi:
1) Cikgu nak sekeping gambar yang berwarna. Jadi pergi lah cuci sekeping gambar awak yang terbaik.
2) Tampal di sekeping kertas A4 .
3) Mesti ada nama, tingkatan, tarikh, tempat dan aktiviti. Kemudian tampal gambar dan tulis kata-kata skema anda.
4) Tarikh tutup : Minggu depan. Paling awal 22/10/2012. Paling lambat 25/10/2012.
5) Boleh hantar terus pada cikgu jika jumpa cikgu dimana-mana sahaja atau tinggalkan diatas meja cikgu.
6) sebarang masalah bolehlah terus berhubung dengan cikgu.
7) DILARANG MENIRU AYAT SERTA CONTOH CIKGU DIATAS. AYAT DAN GAMBAR MESTI LAIN. TIRU KERJA KAWAN AWAK PUN TAK BOLEH. SETIAP ORANG KENA ADA GAMABR DAN AYAT YANG BERBEZA. Caplock ditekan untuk menunjukkan bahawa aktiviti meniru sangat tidak bagus.Korang semua tak mahu cikgu jadi raksasa yang sungguh menakutkan (tapi comel) kan.
Sekian, terima kasih. Nanti cikgu bagitau pulak macam mana nak buat laporan lagi satu tu.
hahaha ~ ak paling xboleh blah nama si Mahsuri tu, panjang gile ~ well written frend~ keep it up ^^
ReplyDeletethanks ikin.
ReplyDelete