Tarikh: 9/11/2012
Hari: Jumaat
Masa: 3.50- 5.00 petang.
Tempat: Bilik guru yang bersepah-sepah.
Hari ini hari terakhir sesi persekolah bagi sesi 2012. Oh teruja sangat la kononnya.
Tapi sayangnya 2 orang rakan sekerja saya bagi sesi petang akan meninggalkan kami.
1) Pn Nadiah: ( berpindah)
Nadiah berpindah ke Perak untuk bersama-sama dengan suami tercinta. Berseri-seri muka bila tahu dapat pindah. Nak tahu apa alasan nadiah untuk diisi dalam borang pindahnya?
" kesukaran untuk mendapatkan anak" Agak kelakar dan berani tapi menjadi.
Ha, pada yang pengantin baru yang pasangan mereka jauhdan tak dapat pindah tu, anda mungkin patut cuba tulis alasan yang sama untuk pemohonan akan datang. Manalah tahu dapatkan.
sumber:menurut kak pojie, nadiah mendapat idea berkenaan setelah salah seorang rakan beliau menulis alasan yang sama dan dapat pindah pada bulan 6 yang lalu.
2) Miss Lim: ( bersara)
Miss Lim minta bersara awal sebab nak tumpukan perhatian pada perniagaan keluarga.Biarpun rumah Miss Lim dan saya hanya selang 4,5 buah rumah je tapi memang terasa kehilangan beliau. Sebabnya beliau memang best.
makanan katering ala bufet: ingat nak buat konsep pot luck tapi semua cikgu petang sibuk giler nak isi pbs la ( dah la website loading lembab), nak kemas fail pelajar la, nak print keputusan peperiksaan pelajar la, nak tutup buku kedatangan pelajar la, nak itu, nak ini.Kesimpulannya semua orang sangat sibuk. Maklumlah nak dah nak cuti.
menu: nasi putih, ikan tenggiri masak lemak, sambal udang, ulam ulaman, cencaluk dan sambal belacan.
ini Nadiah.
Nadiah, Miss Lim dan Pengetua.
kek tajaan bersama cikgu-cikgu kubikel tengah belah kiri.
" dekat mana-mana pun kita boleh bahagia. Kita yang mencari kebahagian kita sendiri" ucap Puan Nadiah ketika menyampaikan ucapan perpisahan.
Sob sob sob. semoga rezeki mereka sentiasa murah dimana-mana sahaja mereka berada.
No comments:
Post a Comment