Friday, October 4, 2013

Camne nak bawa kereta pergi singapore?

Salam

Belek belek galery, terlihat gambar lama. Oh mai berzaman.

Hari itu sekitar bulan 3 sengaja jalan jalan sekitar tempat hot spot singapore.kitaorang pergi juga ke Arab street di Jalan Sultan untuk makan dan solat.

Sengaja hujung hujung minggu nak bertukar angin .

Syukur trafik Singapura lancar sebab ramai rakyat dia datang Malaysia, kitaorang pula terbalik.

Ok ini nak beritahu sikit pada sesiapa yang ingin membawa kenderaan persendirian ke singapura.

Selain pasport and white card, korang tahu mengenai:

A) autopass

Like touch n go. Tapi tak boleh pindah milik. Satu kereta satu autopass sebab segala data kereta disimpan pada autopass tu. Pada yang tada, boleh beli dekat Red line imgerisin singapore tu ye. nak beli autopass ini kena daftar dulu.

Untuk top up boleh la singgah mana mana 7eleven. Autopass ini banyak kegunaannya, pergi shoping cari parking, bayar tol, bayar bil,suma pakai autopass. Tak mainlah pakai duit hulur dekat tingkap/ kaunter.

B) vehicle entry permit, VEP

10 hari pertama masuk adalah free tak termasuk cuti awam dan hujung minggu. Tapi kalau dah habis 10 hari sekali masuk kena bayar 20 dolar singapura. Kalau tukar dengan mata wang malaysia memang nak dekat rm50-60 kot.

Jalan penyelesaian terbaik, pergilah hari ahad. Free. Kalau terpaksa pergi hari berkerja , tukar la bawa kereta lain yang tak pernah masuk singapura dan belilah autopass baru.

C) ERP -electronic road pricing.

Ha inilah sistem tol dekat singapore. Macam smart tag kat malaysia. Yang dipasang ditengah tengah kota. So tak jam la jalan raya.hang syok syok bawa kereta ingat tak ada tol, bila balik omaigod berjela kena bayar.

Dont worry babes, nak selamat amiklah flat ERP. Bayaran 10 dolar kot. Entah tak tahu. Tanyalah pihak kat immgesin singapore tu.

Boleh dibayar guna autopass di kaunter imgerisin sana tu b4 masuk malaysia ku tercinta ini.  Tapi kalau pergi hari ahad, free of cas wei. Untung untung

Motip pi la hari ahad. Hati senang, jimat duit n jalan lancar, sila pastikan autopass anda banyak duit dan bawalah dolar singapore secukupnya. Kalau bawa duit lebih tak pe, kurang jangan.


Banyak ke tempat menarik kat Singapore ini?

Banyak. Banyak berjalan luas pemandangan. Kita kalau berjalan bukan nak tengok tempat cantik ,menarik je. Tengok juga mengenai budaya, perkembangan ilmu, cara hidup masyarakat sana. Ambik yang baik dan timbang timbangkan apa yang tak elok pada mata kita. Kalau ada duit lebih sikit, berjalan la. Mengembara lah, tengok dunia luar sikit.


Tapi kalau banyak berjalan ke shopping kompleks tu, tempat tempat membeli belah, tu meluaskan pemndangan untuk membeli dan menyempitkan dompet. Hehehe

Le random sekitar di jalan sultan, arab street.


Restoren ini terkenal dengan murtabak singapura nya yang super besar. Cost about 10 dolar? Makan je. Enjoy ur food. Tak payah nak fikir nak tukar tukar dalam ringit berapa.


Bamboo, palma and Hevea brasiliensis. Different but still live in harmony.

Like us.Malaysian.

Ini adalah arab street. Dari pandangan bahagian atas masjid.

Cuba teka apa ini? Antara benda alah yang femes kat sini, google ler ye. Hangpa sumakan bijak..

ini tingkap masjid.aje unik je tengok. boleh buat iklan adabi, ha, sape yang lahir tahun 80. Tahun la kot apa itu iklan adabi yang guna tingkap.
pergi bersama depa, puan Yaqin dan Encik Zopak yang baru mula mula kahwin. Sekarang Yaqin,pun dah memboyot je nak tunggu sebulan lagi dapat baby. nah gambar tatapan zaman kurus hangpa berdua, hahaha



masjid sultan :)

nice trip. Sape nak ikut kalau i pergi lagi???
Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment