Friday, October 25, 2013

cikgu lama

Salam.


Saya perlu mendokumentasikan peristiwa ini untuk rujukan pada masa hadapan.



Jumaat. 

Usai makan tengah hari di kantin SKTMR . Hari ini hari ke dua Kursus pemantapan pedagogi sains selama 3 hari selaras dengan Pelan pembangunan pendidikan Malaysia. 

 Ada 2 jam waktu rehat.
 Memandangkan jarak rumah dengan tempat kursus agar jauh, saya dan beberapa orang guru mengambil keputusan untuk tidak kemana-mana.  Tidak berbaloi merentasi kesibukan kota dalam masa 2 jam. Sudah fitrah sikap cikgu ini peramah. Jadi tidak sukarlah mencari teman berbual bagi membuang masa yang berbaki.

Topik perbualan pada mulanya membicarakan mengenai kantin sekolah masing masing, kemudian beralih pula kepada pentadbiran sekolah, dilanjutkan pula kepada pelaksanaan aktiviti koko disekolah dan entah bagaimana perbualan kami bercerita mengenai pelajar.

“ akak dulu first posting, ajar Amalina. Masa itu sangat stress kak Zai membuka cerita.

Amalina mana pula ini” tanya seorang guru lain. Guru SMKPG3. Saya lupa bertanya nama beliau.

Amalina che bakri yang skor banyak A dalam spm femes 1 Malaysia  tu ke?” minda saya terimbas kembali. Dengan pantas beberapa maklumat bersambung menjadi sebuah cerita.  Lupa pula saya Kak Zai mengajar di SMKUT

“ masa itu saya baru tingkatan 5 kot, lama dah akak mengajar. Serius? Muka akak nampak muda”  guru SMKPG mengeluarkan kata. Saya mengiakan tanda setuju.

lama dah akak mengajar. Mungkin akak suka buat lawak kot. Sebab tu la kot”

ok sambung cerita, ceritalah kak pasal Amalina tu

masa itu akak first posting. Budak itu memang pandai. Tapi sebab dia juga akak stress. Sampai kadang kadang akak tidur 3,4 pagi nak cari maklumat. Masa itu kan internet mana ada guna sangat. Tapi sebab dia akak gigih guna internet. Dia kalau tanya soalan kadang kadang akak pun pelik mana dia dapat soalan itu. Budak buku teks itu kalau tak mengajar pun dah cukup pandai. Memang la kena jadi cikgu rajin mengajar budak macam itu.

Kami dengan tekun mendengar dan mengeluarkan kata sekali sekala.  Kak Zai terus menyambung cerita

“ akak kalau buat perbentangan, kalau turn group dia, akak siap siap request “ saya tak mahu Amalina bentang. Orang lain ye jadi wakil”. Tapi dia memang bagus, perbentangan dia memang ilmiah la. Bila balik akak check,  cari internet ke ..eh betul pula apa budak tu cakap. tapi kalau dah selalu sangat boleh jadi bosan kalau dia sahaja kan. Dia memang menonjol.

Kak Zai bersemangat mengimbau kenangan lalu dan perbualan kami diselang selikan dengan ketawa.

kalau waktu periksa, kalu akak rasa macam was was je jawapan budak lain. Akak amik je kertas Amalina jadi rujukan. Dah jadi skrip jawapan dan kertas dia”

Beralih dari cerita Amalina entah macam mana kami beralih pula bercerita pasal anak.

“ akak terkejut bila anak akak  nombor 2 masa itu umur 4 tahun, dah boleh lancar membaca. Baca BI pula tu. Memang cepat tangkap. Tak ajar pun. Akak pun hairan. Kadang kala gurau dengan suami. ini mesti terkena gen Amalina la ini”

“ hebatnya “

Terniang niang ditelinga saya kata kata seseorang dulu bahawa cikgu kalau mengajar anak orang ajar la macama anak sendiri. InsyaAllah orang lain pun buat begitu juga pada anak kita nanti. Saya nampak besarnya kesan ikhlas dalam kehidupan disebalik penceritaan Kak Zai.

bukan akak hebat. Rezeki tu. Mungkin masa akak mengandungkan dia akak masa tu mengajar Amalina. Terpaksalah usaha lebih sikit baca buku cari maklumat lebih sikit. Nak mengajar budak buku teks itu kena usaha lebih sikit. Tapi tu lah, akak rasa apa yang kita buat semasa mengandung sebenarnya mempengaruhi juga tingkah laku anak kita. Macam anak akak yang ke 3 tu, masa akak mengandungkan dia akak sensitip stress sangat. Ye lah baru anak no 2 masuk 4 bulan, akak dah mengandung lagi. Malu pun ada. Padahal akak dah makan pil perancang dah. Tapi rezeki kan. Lama juga la macam akak sedih stress. Bulan berapa ye baru akak gi jumpa doctor. Itu pun swasta. Kalau kerajaan, nurse dia mesti marah membebel dah. tapi naluri ibu kan bila akak tengok jantung dia berdenjut, sifat dia dah sempurna. Terus akak rasa sayang dan menyesal. Tu la bila yang no 3 tu dah besar, memang ketara sangat la sifat sensitip, merajuk dia”


Perbualan kami beralih pula kepada cara menlahirkan anak. Kebetulan cikgu SMKPG3 mengandung anak ke 2. Sedikit sebanyak perlukan tips dari orang lama.

Alhamdullilah, akak semua lahir mudah je. Tak perlu berjam jam berhari hari tahan rasa sakit tu. Sakit je, air ketuban pecah, tak lama kemudian terus bersalin” Tambah kak Zai. Kesemua ketiga –tiga anak Kak Zai begitu mudah bersalin”. Di tanya rahsia. Kak Zai memberikan tips

cari redha suami. InsyaAllah dipermudahkan segala urusan. Mak akak pesan, jangan gagal layan suami biarpun masa itu kita penat. Kalau selama ini kita hari hari layan dia hiding air, jangan sebab kita penat sangat kita tak hidangkan air. Cuba layan sebaiknya. InsyaAllah mudah la segala urusan



Saya dan cikgu SMKPG mengangguk panjang. Bersetuju dan mungkin berfikir panjang. Orang lama banyak asam garam kehidupannya. Banyak betul input saya dapat hari ini. Syukur rumah saya dan tempat berkursus itu jauh membuatkan saya berkira kira untuk pulang ke rumah seketika. Lihatlah hikmatnya, saya mendapat ilmu luar biasa. 
Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment