salam
Hari ini para pelajar peralihan ku sayang belajar mengenai kata ganda berentak. Tapi malangnya waktu saya bersama mereka adalah selepas saya menjaga budak lelaki solat zuhur. Haruslah emosi tak stabil dan menjelma menjadi harimau jadian.Suruh solat pun payah!!
Natijahnya kelas dalam keadaan senyap. Tiada kompromi kepada kebisingan dan pelajar suka suki alih tempat duduk. Tekun sorang-sorang salin nota dan kasi respon yang diingini. Masa tu lah, rasanya bahagia sungguh menjadi seorang guru untuk kelas peralihan. Oh Peralihanku sayang.
Tiba-tiba terdengar suara 'kehkehkeh' dibelakang kelas. Nasib kau lah budak kena terjah dengan soalan:
"Ha, Foo Jee Hong, u tahu maksud bengkak-bengkok??
Foo Jee Hong: hmmm, tadak tahu cikgu.. ( pandang Ng Zhi Yang disebelah dan sok sek sok sek dalam bahasa cina). oh cikgu, saya tahu. ( dia cuba nak terangkan dalam bahasa melayu tapi sukar difahami oleh saya).
Chee Wee Giap lalu menawarkan pertolongan.
Chee Wee Giap: oh cikgu, itu orang tua, Badan dia sudah itu ( sambil membengkokkan badan dan buat-buat batuk)
Ng Zhi Yang, Foo Jee Hong mengangguk-angguk kepala tanda setuju.
T_T
Respon cikgu:
Tahan ketawa sambil tulis
Bengkak- bengkok :
Contoh Ayat: Jalan itu bengkak -bengkok. ( sambil lukis jalan bengkak- bengkok )
No comments:
Post a Comment