Salam
Sebelum tayangan Filem Tanda Putera bermula, kami penonton
diminta untuk berdiri bagi menghormati dan menyanyi lagu ‘ Negaraku’. Entah bila
perkara ini berkuat kuasa tapi melihat dari sudut positif, diharap dapat menaikkan semangat patriotik
dalam diri kita lebih lebih lagi pada mereka yang kali terakhir mendendangkan
lagu kebangsaan ini adalah sewaktu di bangku sekolah. Mudah mudahan.
Cerita yang menarik ,garapan yang menarik, pengajaran yang
banyak dan lakonan para pelakon yang
menarik. Tapi entah la, filem ini masih tidak dapat membuatkan nilai patriotik dalam
diri saya begitu membuak buak seperti mana saya menonton filem bukit Kepong
lakonan Datuk Jins Shamsudin dan Filem Leftenan Adnan. Terasa betapa saya perlu menghargai jasa jasa
wira-wira negara bila saya menonton filem filem ini. Terasa saya perlu berkorban mencurahkan bakti dan berjuang demi negara.
Lagu negaraku tidak asing pada saya. Bahkan,saya mendendangkan
lagu ‘NegaraKu’ hampir setiap minggu . Almaklumlah cikgu. Biarpun setiap saban
minggu menyanyi, nilai patriotik saya masih tidak terbuak buak. Ironiknya,
seperti mana hambarnya nyanyian saya yang tidak
begitu bersemangat begitulah juga hambarnya nyanyian para pelajar saya
yang seakan terpaksa membuka mulut menyanyikan lagu kebangsaan. Mungkin terlalu
terbiasa sehingga nyanyian lagu Negaraku tidak terserap ke dalam jiwa. Mungkin nyanyian " Negaraku' adalah sebagai rutin sebagai pelengkap perhimpunan mingguan. Didendangkan tanpa menghayati bait bait lagu. Padahal nilai patriotik perlu diluahkan.
Mungkin nilai
itu ada, cuma bila terlalu selesa, kita seakan lupa bahawa sikap cintakan
negara itu harus diluahkan dalam apa jua cara sama ada perbuatan atau kata –kata. Macam orang bercinta.
Mungkin nilai itu ada, cuma disebabkan kita sendiri tidak merasa betapa jerih payahnya mengekalkan kedaulatan dan keamanan , kita jadi terlupa. Sedangkan kita sendiri maklum, nilai cinta itulah yang mendorong semangat kita mempertahankan segala apa yang kita kecapi sekarang.
Orang kata ‘ dekat bau taik, jauh baru minyak wangi’. Benar, setiap kali saya ke luar negara , barulah nilai cinta negara itu terkesan dalam jiwa. Biarpun indah cantik negara orang, negara sendiri tetapi tetap paling menarik dalam hati. Nilai itu hadir sewaktu saya jauh dari tanah air. Dengan bangganya saya memperkenalkan diri " I"m Malaysian" atau " I'm From Malaysia'.Hakikatnya walau dimana pun saya berada, saya adalah seorang rakyat Malaysia.
Seperti mana bait bait lagu ini
" Demi negara yang tercinta,
dicurahkan bakti penuh setia''
" rela berkorban apa sahaja
amanat bangsa tetap dijaga
kami berikar untuk setia
untuk agama bangsa dan negara"
Cinta ini harus diluahkan.
No comments:
Post a Comment