Thursday, December 27, 2012

Sarapan pagi dan bangun awal

Salam

Saya ingat lagi waktu itu, waktu Ezzah masih lagi bayi  dan emak terpaksa ditahan di wad. Emak sakit masa itu dan terpaksa menjalani pembedahan kecil. Ezzah yang masih bayi dihantar sementara dirumah mak saudara. Ayah sudah tentu sibuk menguruskan emak,kerja lagi, jaga kami lagi,menguruskan persekolahan kami lagi.

Untungnya pada waktu itu saya sudah berusia 16 tahun. Sudah tahun memasak masakan yang ringkas, sudah tahu menguruskan diri, sudah tahu mengemas serba sedikit dan sudah tahu memahami serba sedikit erti tanggungjawab.

Sepanjang saya membesar, saya melihat emak saya melakukan kerja kerja rumah seakan senang. Bangun pagi, sediakan sarapan, kemas rumah,menyapu halaman, memasak, menyidai pakaian dan sebagainya. Namun masih juga saya beranggap beliau tidak berkerja kerana Suri rumah itu bukan kerjaya pada fahaman saya. Definisi pekerjaan bagi saya yang remaja pada ketika itu, kerjaya adalah perkerjaan dan hasilnya adlah gaji.

Dirumah saya, emak adalah manusia pertama yang akan bangun awal. Selepas solat subuh dan menjerang air, kami dikejutkan.

Mengambil alih tugas emak yang pertama adalah membangunkan adik adik saya ke sekolah. Sukarnya.

Kali pertama dikejutkan. Tak bangun jua. Sabar.
Kali kedua dikejutkan. Tak bangun jua. Nada saya berubah.
Kali ketiga dikejutkan. Tidak bangun jua. Saya menjadi marah.
Emosi negatif diawal pagi untuk saya.

Bagaimana emak bersabar mengejutkan kami untuk sekian lamanya?

Hari pertama saya bangun awal pagi, untuk memasak sarapan. Meehon goreng seingat saya.
Hari kedua , saya bangun awal pagi, lalu menyuruh ayah membeli sarapan.
Hari ketiga, saya tidak larat untuk bangun terlalu awal lagi. Tiada sarapan diawal pagi.kami makan disekolah sahaja. Semenjak hari itu, ayah mengambil alih bukan sahaja sarapan, malah makan tengah hari dan malam.

Bagaimana emak sabar menyediakan sarapan untuk kami? Yang kadang kala tidak sempat kami jamah atau kadang kala terlalu lancar mulut kami mengatakan ' Tidak sedap',' tak nak makan'.

Masih saya jarang berterima kasih. Mungkin sudah terbiasa perbuatan emak, menjadi saya kurang bersyukur. Emak pergi hanya seminggu tapi cukup membuatkan seisi rumah menjadi terlalu kelam kabut.

Kata orang bijak pandai, permulaan hari yang baik untuk pelajar adalah mendapat tidur yang cukup dan makan sarapan untuk mendapat tenaga. Minda jadi cerdas dan fizikal jadi cergas.( atau minda cergas?? fizikal cerdas?? Na, as long as u get what i means).Barulah senang nak menuntut ilmu. Dan permulaan untuk semua itu bermula dari kasih sayang seorang ibu yang sanggup berkorban sedikit masa tidur dan tenaga untuk permulaan hari yang indah untuk anak.

Selamat kembali ke sekolah anak muridku. Semoga setiap hari, engkau menikmati hari yang indah. Kerana hari yang indah itu, adalah harapan ibumu untuk kamu. Ucapkan terima kasih pada mereka. INI ARAHAN. HAHA.

Kini, emak tak sekuat masa muda. Banyak kali sarapan dibeli dari dimasak. Hanya Ezzah yang bersekolah rendah dan bersarapan diawal pagi. Kami? Na, orang zaman sekarang sarapan mana yang sempat asal perut terisi.Bujang katanya.

Semoga tuhan sentiasa merahmati keluarga kami. Dan semoga emak dan ayah dipanjangkan umur, diberikan kesihatan dan ketenangan jiwa. Semoga kami menjadi anak yang soleh kerana doa anak soleh adalah bekalan ibu bapa kita. World peace.keamanan dunia dan jiwa.

Best Blogger Tips

2 comments:

  1. besar kan pengorbanan mak ayah kita? syud ni sejak jadi mama yusuf rasa byknya jasa mama n abah syud. kadang2 bole menangis jadinye ika. bila malam2 bgn nk susukan yusuf, mesti teringat, dulu mama n abah macam ni la..lagi teruk..syud lahir diorg students lagi, kat US, xde org tua nk jagakan pantang..nk ajar mcm mana nk handle baby (babies are such fragile thing! scaryyyy gila nk handle T__T)

    masyaAllah, besar sgt kan pengorbanan mak ayah kita..tu yang jadinya bila mama n abah syud da beli tiket nk lawat adik syud accident haritu kat Perth, syud redhakan je..sok nk pergi ni, 2 minggu. doakan saya bole jaga yusuf dengan baik! hahahhaha -.-'' nebes.

    selamat menjaga mak ayah awak ika! berbaktilah pada mereka selagi kita bole. dah berkeluarga, tanggungjawab kita nnt makin besar. huhu. lama x borak! nnt jumpa2 la ye kalau diizinkan Allah :)

    Takecareeeee *ni komen ape daaaaa panjang2 ini*

    ReplyDelete
  2. Salam. Syuz.....betul tu. Dulu kalau i komen or ckp smthing pasal parenting style or anything yg realated, my mom akan cakap: NANTI kalu ko dah kawen, dah ada anak ko tahu la....
    Evtytime i komen je, mestilah mak ckp cm tu. Tp bile dah besar ne, jauh dr keluarga, tgk pula org yg x da mak bapak, yg kurang kasih syg, kita akan lbh bnyk belajar menghargai n memahami rupanya. Patutlah org ckp, sorang mak leh jg 10 org anak, tp 10 org anak belum tentu leh jg sorang mak. ( moga bukan kita. Amin)

    Tahniah syuz, dpt yusuf. Comel yusuf. Gosh. Doa aku kawen cepat * of kos la, tmbh sikit doa tu yg soleh, yg kacak, kaya, famili baik2x. Hahaha. Demand kemain...doa yg baik n bagus agamanya dah la* DOA IBUKAN MAKBUL.

    Kirim slm kat your parent n insyaAllah , u can do it syuz. Selamat menjadi ibu yg hebat! Tarian sotong ~~~~

    ReplyDelete