Sunday, December 30, 2012

Bye 2012. Hello 2013

Salam

Kepada diri saya di masa depan.

Saya,

Esok, adalah 31 haribulan. Hari terakhir tahun 2012 dan saya sudah memasuki tahun ke 3 sebagai guru. Selamat datang 2013.

Melihat jadual pengurusan sekolah, sejujurnya saya mengucapkan syukur. Tiada  hambatan jawatan yang berat dan diluar kemampuan.

Memasuki tahun ke 3, skop pengajaran saya juga berubah. Atas pemintaan saya sendiri kepada pihak pentadbiran sekolah. Maka tahun depan, saya akan mengajar pagi dan petang. Sila banyak belajar dari guru senior. Jangan besar diri. Jangan bodoh sombong. Jangan terlalu pentingkan diri sendiri. Tak tahu, sila bertanya. Berbaiklah dengan semua orang. Jauhkan pergaduhan dan berkomunikasilah secara berkesan.

Ada hari 3 hari saya mengajar waktu pagi dan ada hari saya akan mengajar petang. Tahun pertama tidak bergelar guru kelas. Tahun pertama memegang jawatan sebagai ketua panatia ABM. Masih menjadi guru peralihan.

Masih banyak perlu dipelajari. Tidak akan sama mengajar seorang remaja dengan  kanak-kanak bukan?

Andai kata dimasa depan, saya membaca semula catatan ini. Kehidupan manusia ini sukar diramal, ingatlah diwaktu ini, saya seorang yang optimis pada sebarang kemungkinan. Selamat mencipta memori memori indah.

Sekian. Terima kasih.

Yang benar,
Saya

Best Blogger Tips

3 comments:

  1. rahika, aku nak kembali aktif berblogging. haha =D

    ReplyDelete
  2. Welcome back kin...mesti bnyak nk cite kan...

    ReplyDelete
  3. haha. tau xpe. tapi dah xpandai sgt nak gune. dah lupe pun function nye. plus dah new look blog nye. makin komfius. dem.

    ReplyDelete