Tuesday, January 8, 2013

saya sangat tidak gembira kerana

 Salam


Semalam, saya menyapa Kak Pojie yang sedang mengemas mejanya. Tiba-tiba beliau mencari sesuatu dan menyerahkan sebuah buku kepada saya.

" Baca ini"

Buku milik Paisley diserahkan pada saya. Paisley pernah menjadi pelajar peralihan saya pada tahun lepas.



Rabu                                                                           2/1/12 ( dah tahun 2013 lah)

Hari ini saya bersekolah mendengar ( menengah sebenarnya). Saya dapat Kenalan baru. Saya sangat gembira kerana ada cikgu baru mengajar saya. Tapi saya tak tahu cikgu cakap apa, tak tahu macammana tulis. Pergi tandas nak tandas kat ( kad tandas ). Saya tak suka belajar kerana sangat malas, cikgu cakap saya nak tidur. Guru Kelas ialah cikgu Yaqin. Ajar saya English ialah cikgu Dainesoh ( cikgu ini tak wujud pun kat sekolah saya, nama siapa entah dia petik). Kelas saya ialah 1 Dinamik. Di dalam kelas sangat orang melayu. ( Maksudnya dekat sini, dalam kelas dia ramai pelajar melayu)


Saya sangat tak gembira kerana Cikgu Aishah dan Cikgu Rahika tak ada ajar saya. Saya sangat suka mereka kerana mereka sangat baik. Saya tak suka ini sekolah kerana perempuan tali leher nak masuk dalam kerana sangat panas. Cikgu Fauzili ajar saya pendidikan Sivik.




Pecah ketawa saya di bilik guru. Biarpun susunan ayat tunggang langgang dan susunan tatabahasa tidak tepat saya agak berbangga dengan Paisley kerana mencuba menulis dalam bahasa melayu. Semoga beliau berjaya.

Saya serahkan kembali buku pada Kak pojie.

' tulis la, kata-kata semangat sikit Rahika,.kasi motivasi sikit'

HEHEHE. Kata-kata semangat kitaorang sangat macam budak-budak tapi tak pe la, Asal dia faham.

Thanks Paisley kerana buat cikgu gembira dan rasa dihargai. Atleast tak la saya rasa sia-sia mengajar peralihan untuk tiga  tahun berturut-turut.

Ini adalah antara journal untuk diri saya sendiri di masa depan. Best Blogger Tips

3 comments:

  1. Rahika, seriously aku agk xfhm apa yg bdk nie tulis...tapi pengalaman nie, bukan sume org mampu mengajar kelas peralihan

    ReplyDelete