Saturday, January 12, 2013

Markah penuh

Salam

Just checking email from my lecture. OMG.. tak percayanya .Assigment pertama dapat markah penuh. Dalam sejarah tu.

Walaubagaimana pun, saya harus sedar diri bahawa paper final hari tu susah nak buat dan saya banyak hentam. Moga moga banyak la yang betul hendaknya sebab fokus adalah lulus tak payah repeat paper .

Jadi motip utama entry ini ditulis
1) rasa nak bangga pada diri sendiri sebab setelah sekian lamanya, (mungkin kali pertama dalam hidup, dapat markah penuh). Biarlah nak kata riak ke apa, tapi saya harap la. Benda alah yang nampak macam remeh ini menambahkan keyakinan pada kebolehan diri sendiri. Dan membakar semangat saya untuk terus buat yang terbaik. Wah gitu, motivasi lah sangat.

This is not biggie dan ramai yang berpuluh puluh kali dpat markah penuh. Hehehe, i jakun uolll, haruslah cerita kat blog. Orang jakun memang macam ini. * pang , kutuk diri sendiri*

2) semoga saya lulus. Sebab hari tu final susah sangat. 3 jam jawab soalan periksa hari itu memang tak tahu nak jawab apa. Hampir 70% saya hentam dan tawakal supaya lecture baik hati sangat sangat beri markah.Markah untuk final mewakili 40% dan tugasan adalah 60%. Moga tugasan tu dapat tampung markah final yang susah tu. Janganlah dapat C.

So tolong baca doa ini banyak banyak kali, ini arahan. HAHAHA

ya tuhan, berikan nurul rahika lulus dan dapat keputusan yang baik dalam peperiksaannya. Amin.

3) jadi kenangan kenangan , mana lah tahu. Ini mungkin kali pertama dan terakhir dapat markah penuh. Atleast bila orang tanya. Ko pernah dapat markah penuh dalam exam? Saya boleh la tunjuk terror depan students dengan kata pernah biarpun markah penuh tu zaman tok kaduk dulu dan lepas tu x pernah dapat markah penuh dah.HAHAHAHA.

4) pada masa depan, bila dah jadi tua, memori pun asyik asyik tak ingat. Sel sel otak pun bamyak dah mati. sekurang kurangnya bila mengimbas balik memori dengan anak cucu ada juga benda nak cerita kan.

Pada masa itu, terasa pada masa muda engkau telah digunakan dengan baik. Kan? Ala, feeling macam dapat UPSR
5A lepas tu hidup mula merosot. Markah periksa asik jatuh ke. E tu biasa lah terutamanya subjek add math. Ibarat E dan add math itu seperti aur dan tebing, isi dan kuku. Sinonim berdua bersatu bersama sama, then bila tengok selak selak file lama, terjumpa slip periksa zaman tok kaduk yang cemerlang. Terus tersedar. " eh , pandai juga aku masa muda muda dulu ea".

Errrr, hopefully u get what i means.

Kbye.

Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment