Wednesday, July 31, 2013

Saya dulu kena rotan, saya relek je.

Salam

Dulu la. Masa aku kecik kecik. Sekolah rendah belakang rumah je.
Nak dijadikan cerita, aku ini memang tak pandai matematik.
Bukan tak usaha, malam malam siap tuisyen rumah cikgu matematik aku lagi.
Tetap bodoh juga matematik aku. Nak kata kan A. B pun payah. Dapat C tu adalah lumrah.
Asal lepas exam, sebelum bincang soalan. Cikgu dah siap siap kasi hukuman
"Salah satu soalan, rotan sekali".tu dia ayat cikgu matematik aku.

Untuk budak yang asyik dapat C macam aku ini, berpuluh kali kena rotan dekat tangan. Siap gilir gilir tangan lagi. Sekejap kiri, sekejap kanan. Rotan tu pula bukan pelahan lahan. Rotan panjang warna kuning punya penangan. Punyalah pasrah masa tu  siap para pelajar beratur lagi nak tunggu giliran kena rotan.

Tu baru cikgu matematik aku, cikgu bahasa inggeris aku lagi dahsyat.

Satu salah-10 ketuk ketampi
Soalan no 2 salah-20 ketuk ketampi.
Soalan ke 3 salah-30 ketuk ketampi.

Kalau budak kampung yang macam aku ini, yang sebutan BI pun asyik tergeliat. Dalam sejarah aku masa sekolah rendah, aku tak pernah dapat A dan B pun masa peksa kecuali time UPSR. Boleh tak bayangkan betapa terseksanya badan umur budak 11 tahun nak hadap 1000 kali ketuk ketampi. Serius masa tu, aku haraplah aku ini anak orang omputeh tinggal dekat oversea sana tu. Supaya terer bahasa inggeris. Tapi tak pernah pun aku salahkan cikgu bahasa inggeris aku. Aku pasrah je terima hukuman, dah bodoh BI, nak buat macam mana. Belajar je la.

Tapi seteruk teruk aku kena dekat sekolah pun. Aku hadap  telan sendiri diam diam.Aku tak pernah bagitau mak bapa aku dekat rumah. Dan aku yakin lagi percaya bukan aku je, kawan kawan aku pun sama. Malah jika siapa pun kalian yang membaca entry picisan aku ini, pasti pernah melalui zaman zaman rotan, hukuman jalan itik, hukuman ketuk ketampi, buat kerja sekolah luar koridor, berdiri atas kerusi,kena cubit, dan apa jua bentuk hukuman. Tapi kita rilek je kan.

Kau pernah dengar tak mak ayah kau cakap macam ini dekat cikgu kau.

"Kalau cikgu nak pukul anak saya pun, saya tak kisah. Asalkan jangan patah riuk. Saya serahkan amanah agar cikgu didik anak saya dekat sekolah"

Ayat macam tulah lebih kurang. Tu zaman dulu,zaman 80,90 an. Dimana kepercayaan ibu bapa adalah tinggi, diwaktu kerjaya cikgu ini dipandang tinggi.

Dan aku akui, mendidik anak haruslah ikut pada zamannya. Itu kata Saidina Ali. Mungkin cara hukuman secara kasar fizikal ini tak relevan lagi zaman sekarang. Tak boleh rotan, tak boleh jentik, tak boleh berdiri atas kerusi, tak boleh ketuk ketampi, tak boleh itu, tak boleh ini. Dan aku juga akui, kadang kala merotan , guna cara kekasaran memang tak menyelesaikan masalah dan bukanlah satu cara mendidik yang paling berkesan.

Budak zaman sekarang ini dari pandangan aku sendiri adalah budak yang  manja dan kuat memberontak. Marah sikit lari rumah, cubit sikit mengadu, bagi kerja rumah banyak sikit malas nak buat, tak suka cikgu ponteng kelas. Cuba soalan susah sikit, malas nak fikir. Suka hiburan, suka artis keterlaluan, suka main fb, suka main internet tengah tengah malam, suka kpop, dan banyak lagi kesukaan yang kita sendiri tahu.

Mengikut pandangan aku sendiri juga , banyak sebenarnya pelajar yang bermasalah ini puncanya dari rumah. Masalah kurang kasih sayang, masalah kewangan, masalah didikan agama kurang dan aku yakin setiap keluarga pun ada cerita misterinya yang tersendiri. Budak budak macam ini lah yang datang sekolah bukan sahaja menyusahkan guru, malah menyusahkan kawan kawan lain nak belajar.

Kau nak jaga anak sorang pun zaman ini punya payah. Bayangkan cikgu nak jaga anak orang lain dalam 35-40 dalam satu kelas. Yang masing masing ada cerita misteri dan personaliti masing masing.  Dan banyak guru bersikap tegas dan garang. Tu lah cara yang paling asas dan senang nak kawal kelas.

Banyak cara mengajar yang ada. Ada yang lemah lembut, yang guna psiko, yang maca kawan kawan. Tapi cikgu yang baik akan tengok pelajar dia macam mana sebelum putuskan cara pengajaran yang berkesan. Banyak teknik semua tu kami tahu dan belajar bertahun tahun di zaman U lagi. Tapi tak semua cara sesuai untuk setiap pelajar dan kelas. Ada kelas cikgu baik lemah lembut, dia pijak kepala cikgu dengan bising la tak siap kerja rumah la. Ada kelas cikgu tak payah jerit jerit pegang rotan dia dah duduk senyap senyap kerja siap kelas bersih tak kacau orang.

Dah kalau pelajar kau sendiri duduk dalam kelas kacau orang lain nak belajar,
Kerja rumah tak siap, ponteng kelas,
Kau nak biar?
Tengok biar je?
Nak ditimang timang tepuk amai amai belalang kupu kupu?

Kemudian bila pelajar tu tak cemerlang,
Kau marah sekolah, kau marah guru
Apa cikgu ini tak pandai didik, mengajar ke?

Dah anak kau perangai macam syaitan,
Kalau sepuluh guru datang masuk kelas semua menyumpah,
Mana nak berkat hidup,

Kau kena tahu
Bila cikgu marah
Cikgu bertindak
Tanda cikgu tu sayang
Tanda cikgu ambil berat
Adalah sebab tu,
Tanda cikgu nak mendidik agar pelajar dia nak jadi manusia yang berguna.
Tak akan mudah seorang guru untuk putus asa pada seorang pelajar dia yang bermasalah

Tapi ramai guru akan mudah putus asa jika pihak ibu bapa tak cuba nak faham
Salah sikit, mengadu, ibu bapa menyerang. Saman sini sana.
Tak boleh ke kita duduk bincang bincang.
Kita ini manusia yang ada juga salah silapnya.
Ibu bapa manusia
Guru pun manusia

Jangan tiba satu saat, cikgu yang mengajar anak kau putus asa,
Masa tu lantak lah budak kau nak jadi apa,
Dan masa itu kau kena tahu, anak kau adalah manusia yang kesian.

Mendidik dan mengajar beza tugas skopnya,
Ibu bapa, guru dan siapa sahaja
Ayuh kita berganding bahu
Berkerjasama
Nak melahirkan insan insan yang cemerlang dunia akhirat bukan mudah.
Kearah perkembangan potensi modal insan secara holistik merangkumi jasmani, emosi, rohani, intelektual. Tu dia falsafah pendidikan sangat.

Ps: kau pernah tengok cerita anakku Sazali tak?

Pss:sorry kalau sentap dan bahasa yang kasar. Peace

Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment