Salam
Hujan masih lebat diluar. Udara sejuk diselaputi dengan bau bau jalan dan rumah batu. Masih segar cuma tidak begitu dapat menandingi kesegaran bau rumput di timpa hujan.
Sudah memasuki ramadhan ke 17. Sudah di pertenggahan perjalanan ramadhan kita. Kalau dahulu, para sahabat akan menangis dan memperlibatkan ganda kan ibadah jika ramadhan semakin hampir nak habis. Semoga kita tidak begitu tertarik mengutamakan raya berbanding mengutamakan 10 malam terakhir.
Baiklah,
Ada 2 buah buku yang saya ingin kongsi. Hasil garapan kartunis negara seberang. Vbi_djenggotten. Tudia nama penulis sangat susah nak menyebut berbaur belanda. Tapi buku beliau sangat menyentuh fikiran dan hati.
a) 33 pesan nabi- jaga hati, buka fikiran
b) 33 pesan nabi-jaga mata, jaga telinga, jaga mulut
Buku ini ditulis dan dilukis dalam bentuk komik. Dari segi penceritaannya yang sangat santai tapi sentap. Kemudian ditulis hadis nabi diakhir penceritaan,
Jadi, pada siapa nak baca buku yang santai tapi sentap ini, sila dapatkan dikedai kedai berhampiran. Tak rugi beli dan cerita dia sangat menarik.
No comments:
Post a Comment