Tuesday, July 23, 2013

Syukur

Salam.

Semalam keputusan peperiksaan keluar. Alhamdullilah.
Markah penuh.
Terasa berbaloi terkejar kejar antara tempat kerja dan kuliah.
Walaupun aku sendiri tahu betapa banyak usaha dicurah

Masih rahmat tuhan dan keredhaan ibu bapa pencetus segala

Dan menjadi manusia seperti aku
Yang terkejar kejar antara tempat kerja dan kuliah
Pergelutan antara kerajinan dan kemalasan

Aku kira aku masih lagi dalam keadaan keberuntungan
Pekerjaan aku mulia
Walau kadang kala terpalit hina

Hati aku tenang di hujung bulan
Senang memikirkan kelangsungan hidup tanpa terbeban
Walaupun kadang kala kontang di pertengahan bulan membayar segala bil hutang

Aku sendiri didukungi semangat di setiap penjuru hidup
Aku ada rakan -rakan baik
Masih bersama dari zaman hingusan

Aku ada rakan -rakan sekerja yang menyenangkan
Mengenali mereka atas nama takdir yang kebetulan
Gila
Banyak kerenah
Tapi masih menyenangkan

Aku ada rakan rakan semasa
Pemberi sokongan , kritikan
Masih aku dirahmati tuhan,
Sepanjang perjalanan dikirimkan
Insan insan yang baik baik menjadi peneman

Paling utama,
Aku ada keluarga
Aku ada ayah
Lelaki semakin dimamah ketuaan
Tapi masih lembut penuh kasih sayang
Aku ada emak
Wanita yang semakin bertambah kedut
Tapi masih cantik tersenyum penuh kasih sayang
Aku ada adik beradik
Saudara yang bersama hingga aku tua dan beranak pinak
Tak akan terputus hubungan jiwa

Terutama, paling agung
Biar kadang kala aku lupa
Kerana alpa
Terbuta kerana
kehidupan dunia terlalu indah
Walhal hanya sementara

Aku ada Tuhan
Setiap masa dan ketika

Mengapa saja aku tidak harus bersyukur?

Best Blogger Tips

1 comment: