Saturday, April 13, 2013

Hidup pilihan kita ini.

Salam

Saya kenal seorang kawan. Kami di kelas yang sama. Beliau juga seorang guru. Seorang isteri. Seorang ibu. Seorang pelajar. Selalu datang kelas tepat masanya.

Berbanding saya yang selalu lambat tiba. Dari sekolah balik rumah terus ke U. Sungguh saya mengerti betapa nikmatnya masa yang lenggang.

Tak pe  lah, ramai berkata. Bila sibuk, hidup bukan kah lebih bermakna. Masa terisi dengan kerja kerja yang bermakna. Hidup ini mengenai pilihan. Dan kesibukkan ini adalah pilihan saya.

Saya kenal seorang guru. Beliau guru senior di sekolah saya. Tidak begitu rapat tapi kami hubungan kami baik. Dan dia punyai jalan ceritanya yang tersendiri. Tapi bukankah setiap dari kita ada cerita masing masing?

Terkejar kejar antara tugas pelajar dan guru cukup memenatkan. Saya ingatkan saya sudah cukup sibuk. Tapi guru senior sekolah saya itu lagi sibuk. Dan dia saya lihat selalu ceria, tidak culas, komited.

Tapi begitulah kehidupan. Di saat kita dalam susah, kita selalu ingat kita yang paling teruk. Tiada manusia lain yang dapat tandingi. Andai ruang deria kita lebih sensitif, mungkin dunia ini lebih indah dan kurangnya kutukan. Hakikatnya, ramai orang ,mahukan kehidupan yang mudah tetapi agak  susah mahu berusaha. Contoh saya sendiri, mahu dapat A dalam ujian,tapi tak mengulang kaji pelajaran.

Oh ya,

Tadi, buat kali pertama nya pasukan omega ( rumah kuning) menang tempat pertama perarakan sempena maulidur rasul. Peringkat sekolah sahaja. Untuk sebuah rumah sukan yang sering kali kalah dan mendapat tempat terakhir. Nikmat kemenangan itu lebih dirasai dan disyukuri.

Usai majlis dan pemenang diumumkan. Saya di datangi ramai pelajar yang terlibat.

" cikgu, rumah kita menang"

Ye, mereka sangat gembira. Lama tidak kedengaran perkataan menang itu dari mulut mulut ahli omega. Terima kasih kerana tetap setia ahli omega. Tetap tidak malu, tetap tidak berubah rumah, tetap setia. Kemenangan kecil moga moga tersuntik semangat dan harapan. Kerana sesungguhnya kegagalan yang berterus membawa kepada kematian semangat jiwa. Sepertimana kemiskinan yang keterlaluan membawa kepada kekufuran.

Terima kasih untuk para guru yang terlibat sama ada secara paksa atau rela. Terima kasih kepada pelajar yang terlibat sama ada rela, dipujuk mahupun terpaksa.

Mudah mudahan, andai kata ada rezeki dan mungkin sedikit usaha. Kita terus menang dan menang dan menang. Ameen.  Ya, andai kata kita berusaha bersama.






Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment