The best and most beautiful things in the world cannot be seen or even touched - they must be felt with the heart.
~Helen Keller ~
Hai~~ Eh Assalamualikum to friends, readers, family and Foremost: anak cucu nenek sekalian. Im so sorry because pretending be the most busy man in the planet. Kiranya Najib pun tak sesibuk saya. Wah! sesuka hati panggil Najib sahaja, macam lah kawan-kawan yang sama-sama gurau senda sambil minum teh tarik di kedai mamak pada setiap Ahad sahaja. Tett. Baiklah.
Pembetulan: Kiranya Datuk Sri Najib pun tak sibuk seperti saya kot. (Literally).
* nota kaki: untuk anak cucu: Datuk Sri Najib adalah Perdana Menteri Malaysia ke 6. Semasa nenek tulis ini, beliau masih dalam pentadbiran Kerajaan lagi.*
Recently i'm just finished reading this book :
Tittle: diari Mat despatch - Lelaki Baik
Author: Bahruddin Bekri
Price: Rm 9.90. ( After less 10%, since I have a member card- Rm8.90.)
Buku diatas boleh didapati di Bahagian Bacaan Kanak-kanak atau remaja.
Cerita ini mengenai Idlan Rayyan bin Zahid Hamidi. Oh, itu bukan nama sebenar beliau. Seorang Mat despatch berkelulusan ijazah yang menulis diari didalam sebuah buku nota yang ada gambar arnab Belanda pemberian bos beliau setelah buku laporan sains beliau hilang. Oh, sebelum ini beliau menulis diari didalam buku laporan sains itu dengan tujuan untuk mengelakkan orang ramai mengenal pasti bahawa itu diari beliau. ( hehehe, sound familiar to me).
Kali ini , Idlan Rayyan bin Zahid Hamidi mencari definisi maksud lelaki baik. Kerana pada pendapat beliau, ciri-ciri idaman lelaki sang wanita secara umumnya adalah lelaki baik. Oh, beliau mencari definisi lelaki baik kerana
1) beliau tak ada special girlfriend.
2) Ibu beliau telah memberikan 'hint' supaya cepat-cepat cari isteri.
Jadi, kronologi cerita nya begini:
Ibu Idlan menyuruhnya berkahwin dengan segera. Akan tetapi, beliau tiada teman wanita. Lalu untuk mencari teman wanita, beliau perlulah mencari kriteria yang wanita mahukan sebagai suami. Kebanyakkannya berkata:
Blablablablablabla..lelaki baik.
Oh tapi bukan mengenai Idlan Rayyan yang ingin saya cerita kan disini, Tetapi kata-kata yang diluahkan oleh Mohsen, kawan despatch Idlan Rayyan yang sudah bertunang, apabila dia dipaksa menjawan pertanyaan Idlan Rayyan, apakah ciri-ciri yang ada pada Si Mohsen ini sehinggakan tunangnya begitu sayang padanya. Mungkin disitu ada ciri-ciri lelaki baik.
Jawab Mohsen panjang tapi ....................................(enough to made my brain to think Indeed!)
"aku ini lelaki biasa, yang serba serbi kurangnya. Pelajaran aku tak tinggi,kerja aku juga tidak bergaji tinggi, malah wajah aku tidak kacak. Untuk lelaki seperti aku ini, perempuan yang bagaimana untuk aku pilih? Aku sebagai lelaki walaupun sudah sedar diri serba kurang, namun pasti tetap punya hati dan selera. Pasti aku dambakan wanita cantik dan baik serba serbi. Jadi, untuk lelaki seperti aku ini, perjuangan aku bukannya cinta, tetapi perjuangan aku adalah menundukkan hati aku yang mempunyai selera dan cita-cita yang tak lojik. Aku perlu berjuang untuk berpijak dibumi yang nyata dan mendapatkan wanita yang sekufu dengan aku. Aku berjuang bukan untuk menjadi diri aku yang sebenar, yang mahukan perempuan cantik, tetapi aku berjuang demi masa hadapan aku dan perempuan itu, iaitu mendapatkan perempuan yang menerima diri aku seadaanya.Perempuan yang tidak perlu bersedih memikirkan dirinya sudah tersalah pilih lelaki. Aku mencari perempuan yang merasakan diri aku adalah lelaki yang tepat dan sepadan untuknya, dan atas sebab itu perempuan itu menjadi tunang aku. Ini kerana apabila melihat dirinya, dia melihat aku."
Oh, buku ini setebal 130 muka surat sahaja. ( tidak termasuk cover, penghargaan, laman bercetak pengenai publisher dan sehelai muka surat kosong)
see what the nice explanation. Bravo Mohsen!! And to me, I'm glad to spent Rm8.90 ( after less 10%) to buy this book when my purse only left around RM50. Ngehngehngeh. nampaknya saya juga perlu sedar diri bahawa saya jugak tidak bergaji tinggi, jadi janganlah membeli belah macam Selebriti Hollywood yang nampak jea berkenan, point her finger, itu ini..terus beli barang dalam satu kedai.
( oh, buku ini 2 minggu yang lepas. Sekarang dah gaji, bukankah 'shopping' itu terapi diri yang berkesan lebih-lebih lagi selepas pelajar sudah menduduki ujian dan guru baru sahaja menanda kertas ujian mereka)
iya ? selalu baca buku karya beliau tapi ini belum . kena cari ni ;D
ReplyDeleteSelamat membaca
ReplyDelete