Apa yang saya lakukan pada malam jumaat ini?
Well, watching old movies always be one part 'must do' activity for me and Along. So hari ini, julung-julung kalinya kami menonton Ali Setan.
So ada la babak ini dimana Asmidar dan Ali berbaju putih diatas batu di tepi pantai berbincang bahawa mereka tidak boleh meneruskan perhubungan mereka. So here the dialog:
Asmidar: Ali ,Aku fikir perhubungan kita berhenti setakat ini sahaja.
Ali: ( muka blur mcm terpinga-pinga sambil toleh belakang) Jadi itu maksud engkau ajak aku bertemu?
Asmidar: iye, pertemuan ini adalah yang terakhir buat kita.Antara kau dan aku hanya kawan biasa sahaja.
Ali: Apa salahnya aku.( muka menoleh sangat tak puas hati mahukan perjelasan)
Asmidar: ( sambil paling muka) Salahnya engkau sudah punya isteri dan anak satu. Aku tidak mahu merebut hak orang lain Ali.
Ali: Mana engkau tahu semua ini? ( Buat-buat terperanjat konon)
Asmidar: Jangan kau tanya mana aku tahu? ( Perg, ayat perempuan ini sangat dramatik)
Ali: engkau jangan mendengar fitnah orang. ( bajet orang banyak peminat memang banyak pendengki kan)
Asmidar: tidak, aku tidak mendengar fitnah orang.Aku dengar dari mulut isteri kau sendiri, Latipah namanya bukan. Sekarang engkau mengaku atau tidak?
Ali: Betul As, Aku sudah kahwin. tapi sampai sekarang aku belum mempunyai isteri. ( ayat cover la tu sebab dah kantoi)
Asmidar:Apa! Engkau sudah kahwin tapi tidak mempunyai isteri?. Aku tidak pernah dengar. Cakap apa ni! Cakap orang gila. Jadi itu anak siapa! (oh perempuan, haruslah bersikap penuh emosi)
Ali: Anak orang lain.
Asmidar: Kalau itu anak orang lain. kau jadi apa? Pak sanggup.
Ali: Assssss.. Aku boleh jadi apa sahaja.Tapi percaya lah As, Aku tidak pernah mencintai Tipah.
Asmidar: BOHONG! Kalau engkau tidak mencintai dia, kenapa engkau kahwin dengan dia.
Ali: Sumpah As, percaya lah aku. As, *jangan engkau tanya mengapa aku mengahwini tipah*. Percaya lah aku As. Dalam hidupku, aku belum pernah mengenal cinta.................
( kami ketawa banyak sebab bahasa yang digunakan drama sangat menepati standart. Sesuatu yang jarang2x ada pada filem2x zaman sekarang. Yang selalu ada pada bahasa zaman sekarang ialah der, bai, bro, lex lu, sial, bodoh, anak biadap,siot je.........)
Sila tonton, jika untuk mendapatkan kesan yang lebih mantap.
* Tetiba Along memberi ulasan secara spontan dan bingit apabila Ali menuturkan:
*jangan engkau tanya mengapa aku mengahwini tipah*
Ha, ini lah lelaki. Benda macam ini tak nak bagitau, tak nak explain betul-betul.Ingat nak suruh perempuan percaya je. Perempuan ini jenis, kena bagitau suma baru nak percaya. kalau gitu gitu je mana nak percaya. Apa, ingat nak senang je......bla bla bla bla bla..( she was mumbling to long. Sorry i can't remember the details butt o guess u'all get the point, right?)
Seriously babe, Along mengulas kes ini daripada sepotong ayat yang bertnda * diatas dengan panjang lebar. And of course, she ruin my mood to watch the movie. TQ. Sob sob sob.
Back to the topic, based from my observation and experience.
Lelaki ini, kalau sibuk macam mana pun kena tunjuk bukti dengan jelas dan sahih sebab syaitan memang suka hasut wanita supaya suka berprasangka. Walaupun lelaki ini cakap mereka sangat sibuk dengan kerja, kekadang perempuan akan ingat lelaki ini ada perempuan lain. Remember , sibuk macam mana pun , luangkan sedikit masa untuk orang tersayang anda ( ibu bapa, gf,isteri, suami, bf, cikgu sekolah, tukang kebun, orang gaji atau sesiapa sahaja yang anda sayang)
Sebab memang lumrah kebiasaannya, lelaki memang suka mengatal dengan banyak orang even mereka dikala itu dah memang ada teristimewa. Cuma tahap mengatal itu berdasarkan tahap rendah, sederhana dan tinggi.
* sangat macam berat sebelah ulasan diatas kan. Mestilah, siapa lagi nak sokong wanita, kalau bukan wanita itu sendiri. Yeah hidup wanita! hidup wanita*
Apa pun mesti ingat bahawa:
No comments:
Post a Comment