Jumaat, 17 Feb., 12
6.15 minit petang.
Hujan yang tadinya lebat sudah kembali
renyai-renyai. Awan masih lagi mendung. Saya menuju ke surau sambil memegang
rotan yang diambil diatas meja cikgu Amir. Masih ada sekumpulan besar pelajar
perempuan yang menunggu giliran untuk mengambil wuduk. “ pelajar perempuan
cepat sikit ambil air sembahyang” tegur saya lantas masuk ke dalam surau.
Keadaan surau hari ini tidak seperti biasa. Bahagian lelaki agak bising. Saya
menjengah ke bahagian ruang solat lelaki lalu terlihat kelibat cikgu Aishah,
guru bertugas hari ini. “Patutlah
bising” ujur saya didalam hati kerana kebiasaannya bahagian lelaki dijaga oleh
Cikgu Zasni. Cikgu Zasni antara cikgu yang diisukai oleh pelajar tapi jika
tidak kena gaya pelajar dimatanya, garangnya boleh mengatasi sesiapa sahaja.
Kesian Aishah. Sesekali terdengar bunyi rotan dilibas pada
papan pengadang antara ruang solat perempuan dan ruang solat lelaki . Isyarat
supaya pelajar dalam keadaan senyap. “ Pelajar lelaki sila senyap”. Jerit suara
Aishah yang tenggelam dengan riuh
pelajar lelaki. Sungguh mereka tidak menghormati guru dan kedudukan
surau sebagai tempat beribadah.
Masa hampir menunjukkan 6.25 minit petang. Aishah menyuruh
pelajar yang menjadi bilal supaya memberikan iqamat. Tapi sayang. Iqamat itu
diselang selikan dengan bunyi riuh rendah pelajar lelaki. Tenggelam terus
takbir suci mengajak manusia menunaikan solat dalam nada bising suara pelajar
lelaki.
“ dah start ke sembahyang cikgu” Tanya seorang pelajar
perempuan kepada saya. Saya tiada jawapan kerana saya sendiri tidak
mendengar dengan jelas bilakah imam
mengangkat takbiratuliqram yang pertama.
Aishah menjerit memarahi para pelajar lelaki kerana jelas mereka tidak menghormati iqamat. Tidak
malukah mereka sebagai seorang islam?
Kelihatan ada yang bertolak-tolak, bercakap-cakap, bermain-main.
“ Jika kamu masih bising, hari ini semua orang akan balik
lambat!!” jerit saya tanda amaran telah diberi. Bagaimana solat secara Jemaah ini akan berlangsung dengan baik dan
tertib jika suasana masih bising. Bagaimana bacaan imam boleh didengari oleh
pelajar perempuan misalnya jika suasana dalam keadaan bising. Akan ada yang
akan keliru dengan bilangan rakaat antara imam dan Jemaah. Respon yang saya
terima lagi mengecewakan saya.
Suasana menjadi semakin bising. Mereka bersorak sorai. “
yeah yeah hari ini balik lambat” seolah-olah meraikan kemenangan pasukan
pilihan bola sepak mereka menjaringkan gol. Saya dan Aishah saling memandang.
Jelas kami kecewa. Sudah lunturkah tanda hormat mereka pada cikgu. Sukarkah
untuk faham arahan mudah supaya segalanya berjalan lancar. Jika berkata- kata
dalam keadaan lembut dan kemudian kasar juga mereka tidak endah. Pilihan apa
entah lagi yang kami ada?
“ aku pergi bilik guru sekejap, nak panggil cikgu disiplin.
Nak minta tolong” kata saya pada Aishah yang dibalas dengan anggukan. Setibanya
saya dimuka pintu, saya lihat kelibat Cikgu Fazli, cikgu disiplin sesi petang
ke arah surau. Rupa-rupanya sorak sorai pelajar lelaki itu hingga boleh
didengari hingga ke luar.
Suasana terus senyap. 100% sunyi. “ Siapa tadi yang gembira
sangat sorak sorai sampai ke luar boleh dengar!” jerit Fazli. Tiada siapa yang
berani mengaku. Jika lah saya dapat mengecam siapa gerangannya, mahu saja saya
tunjukkan pada Fazli. Keadaan senyap dan solat pun bermula.
Usai solat dan berdoa. Saya arahkan pelajar membaca surah
Al-Fatihah, Al-ikhlas, Al-falaq dan Al-Kafirun. Alhamdullilah mereka membaca
penuh semangat. Semoga mereka mendalami maksud ayat-ayat tersebut.
Al –fatihah Ayat 6 dan 7:
Tunjukkilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan-jalan orang
yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang
yang Engkau murkai dan bukan juga jalan-jalan orang yang sesat.
Al-Ikhlas ayat 2;
Allah yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon
hajat
Al-falaq ayat 1 hingga 5
Katakan wahai Muhammad, “ aku berlindung kepada Allah yang
mencipta sekelian makhluk. “ dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan. “
dan dari bahaya gelap apabila ia masuk. “ dan dari kejahatan makhluk-makhluk
yang menghembus –hembus pada simpulan-
simpulan ( dan ikatan-ikatan) .” dan dari kejahatan orang yang dengki apabila
ia melakukan dengkinya”
surah al-kafirun ayat 5 dan 6:
“ dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “ Bagi
kamu agama kamu, bagiku agamaku.
Semoga mereka mengerti dan menjadi modal insan yang diharap-harapkan. Doa saya sentiasa untuk mereka. Wahai anak-anak didikku, semoga kalian menjadi penegak AgamaMu.
sedey ! aku pon pernah menangis ~ so mmg sngt faham ~ bukan setakat sedey sbb susanya nak control tp sedey knp hilang rs hormat tu semua Y_Y
ReplyDeletekan. pastu aku balik stress. badan penat. pastu tiiba2x. oh i need terapi. celah mana plak terapinya kalu shoping jew.
ReplyDelete