Sunday, March 25, 2012

Antara wayang, pasar karat,pelacur dan mamak.

salam

tajuk entry macam bacaan serius. Maaf pada sesiapa yang mahukan bacaan serius, Anda boleh klik pangkah di bahagian atas kanan screen


Manusia yang terlibat: Yaqin, Kak Nana, Kak Azma, Along dan siapa lagi la kan ( Me).
Pemandu berhemah: Yaqin. Bukankah berkongsi kereta itu amalan yang mulia lagi berpahala terutamanya untuk umat manusia yang malas memandu seperti saya.

teori: semakin lama pengalaman anda memandu, semakin malas anda untuk memandu. Patut lah orang-orang  kaya ada pemandu snd bhd. Padahal memandu tu bukan la susah sangat pun kan.


Malam tadi perancangannya adalah untuk menonton filem melayu. Samaada 7 petala cinta atau seefood. Almaklumlah, siapa lagi yang nak sokong filem tempatan jika bukan orang tempatan  kan (?).





Saya dengan mengunakan kuasa' autocratic' dengan kadar 'annoying' yang agak tinggi bertegas kita mesti tengok seefood sebab cerita cinta alahai sangat lah euwwwwwwwww. Semua setuju. Tu lah siapa suruh cakap :" alahai, tak kisah la. Akak ikut je. Tapi 7 petala cinta pun best jugak. Tak kisah la"

Kembara kami berlima bermula dengan penerokaan jalan ke pusat bandar. Cita-cita asal mahu ke Pelangi Leassure Mall tapi terus tukar ke City Square. Parking di Pasar Karat. ( macam OutTown  aka pasar malam tapi jual barang-barang macam beg, baju, pekakas2x rumah, kasut, bundle, barang-barang lama)


antara barang lama yang anda boleh jumpa di pasar karat.


Tanpa segan silu, semua bersetuju bahawa aktiviti menonton wayang dibatalkan tapi ditukar dengan aktiviti meningkatkan ekonomi negara. Ah, produser filem tu semua dah kaya. Kita mesti tolong peniaga-peniaga kecil ini mencari sumber yang halal.

Saya juga tanpa segan silu terus mengatakan bahawa oh i need a new bag sebab beg lama macam nak rosak. MACAM. belum rosak lagi. Jadi sangat afdal la membeli beg baru kan. Orang kata sediakan payung sebelum hujan.

Tapi kami jalan-jalan sekejap ke City Square (CS) sebab ada orang tu teringin nak makan aiskrim McD. Lama tahan nafsu sebab sudah beberapa hari orang tu batuk. Yang teringinnya sorang. Yang ikut beli dan terbeli sekali -Ramai. Oh Tuhan, Pejalanan menuju ke CS itu sangat mengelikan. Bukan sebab kawasan jalan yang kotor dengan sampah. Tapi kotor dengan kedatangan para pelacur. Atau lebih tepat lagi bukan pelacur sebalik nya pondan atau bapok.

Pondan Cina, melayu dan India semua ada. Paling ramai pondan india. Pakai seksi terseksa jiwa raga ku memandang. Tak faham la, kebanyakkan manusia yang nak jadi perempuan  sangat ini selalu guna alasan ' nak buat macam mana, dah naluri nak jadi perempuan dah ada sejak kecil. Tu suma kuasa Tuhan. Dah cuba nak tahan tapi tak boleh. bla bla bla'  Iye la, saya faham la naluri keperempuannan mereka itu tebal tapi kenapa pula terpaksa kerja MENJUAL SEKS. Banyak kot pekerjaan halal dekat dunia ini. Tapi jika tiada pemintaan tidak akan ada pengeluaran kan. Secara terus terang, jika tiada yang sanggup melanggan seks murah  maka tidak akan wujud juga pekerja seks.

Oh Akhir zaman. Tapi apabila difikir balik, saya juga pun salah juga kan, lemah sangat iman sebab mampu kutuk dalam hati sahaja. Patut berdakwah ajak ke arah kebaikan.Jika orang asyik nak label mereka itu ini tapi tak cuba nak dekat, nak berkawan dengan mereka. Memang la sampai bila-bila sistem masyarakat akan tetap macam itu sahaja la.

Baiklah. Dengan lafas bismillah, saya menutup bebelan saya diatas. Sambung cerita:

Hasil tangkapan saya:

1) Sebuah beg coach bukan original berharga RM25.
2) Sehelai blaus labuh kain chifon lembut berharga RM20.
3) Sehelai tudung sarung bercorak floral printed RM 18.
4) Sebuah komik detektif Conan volume 73. RM4.90

total: RM 67.90

Pengetua saya dulu pernah berpesan sewaktu mesyuarat buka sekolah akhir bulan 12 tahun lalu. :

" Cikgu-cikgu cuba hadiahkan diri sendiri setiap bulan . Tak banyak. RM100 pun dah cukup. Sebagai penghargaan pada diri sendiri'

Jadi baki untuk dibelanjakan lagi: Rm32.10.

Julung-julung kali la kan mengikut pesanan sebab saya selalunya 'reward myself" lebih dari anggaran cadangan tu. :P


Akhir sekali, minum teh tarik dan makan roti canai di Mamak. Sangat mengimbas kembali kenangan masa zaman belajar dahulu. Malam-malam, kalau tak lepak kat fast food mesti lepak kat Mamak. Bercerita suara kuat sangat dengan penuh semangat.  Hilang tata susila gadis melayu yang lemah lembut, sopan santun, manis .

Terima kasih kak Azma sebab belanja. Tapi lain kali, bagitau la awal-awal nak belanja, boleh i order makanan mahal sikit. BAHAHA. Tak perlu la nak buat suprise suprise suprise.

Semoga Kak Azma lagi murah rezeki. En Syed , sila la up kan duit hantaran.






Alhamdullilah.Terima kasih tuhan kerana menambahkan lagi senarai kesyukuran saya. Kehidupan yang gembira adalah satu nikmat.






Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment