Sunday, October 17, 2010

bila cuti bersalin menjadi isu..

salam

I just added a few friends from facebook. They are cool people. And i love being surrounded with cool peoples. Okey enough to talk about them. Kemudian tertarik dengan salah satu status yang diutarakan. Pasal cuti bersalin yang maksimum 90 hari itu.


 ( beranak bukan senang kan, hanya wanita sahaja yang sanggup melakukan tugas ini.. Sebab itu tuhan kasi tugas mengandung ini pada perempuan bukan lelaki. Oh, anggaplah video ini sebagai sesi pembelajaran bukannya lucah )

Baru-baru ini, apakah malangnya nasib. Sering berjumpa dengan lelaki-lekaki yang WTFish punya makhluk. Ini gara-gara bajet 2011. Walaupun ada juga bajet yang diusul kan yang membuatkan saya macam eleh, nak amik hati rakyat lah tu  tapi saya tetap terima dengan redha. Terutamanya  pasal pemansuhan tax untuk beg, pakaian-pakaian wanita luar dan dalam dan segalanya yang berkaitan dengan hal hal wanita. Ini sudah cukup membuktikan bahwa wanita adalah penyumbang kearah pembangunan ekonomi yang baik.Ehehehehe.

 Tapi ada sesuatu yang sering dibahaskan iaitu Perempuan dapat isu maternal leave 90 hari pun nak jadi isu. Penat taw mengandung 9 bulan 10 hari. Berjaga malam lagi, breastfeeding lagi. Sakit badan dari atas ke bawah. Keluar darah nifas lagi yang sangat tak selesa. Badan sangat lemah. Emosi tak stabil lagi.

Hey, baca status macam ini buat saya tiba-tiba jadi harimau mengaum: amboi ko, kahwin masa buat sex senang sedap eh, tapi bila wanita dah mengandung bersalin ewah, dapat cuti lebih sikit nak baik kan  badan, tenangkan fikiran dan jiwa dengan kehidupan yang berubah sebab kehadiran orang baru plus pasal keadaan diri yang mungkin tak ada shape l nak bising lebih kata tak adil.  Keluar dah semua 9 emosi tuhan kasi tu. So, please dont mess with women pasal hal-hal ini.  Jiwa mereka sangat sensitif.

Oh yew, saya belum berkahwin lagi, tapi sebagai anak sulung, saya tahu betapa lemahnya seorang wanita apabila mendapat anak baru. Saya tengok mak saya berpantang 3 orang adik dibawah saya  ooo.Yup, its happy moment tapi sangat penat.Jadi mereka sangat memerlukan isi rumah yang lain terutamanya sang suami untuk memberi sokongan dan menguruskan rumah tangga serta anak-anak yang lain. Sebab itulah kalau masa berpantang ini tak mendapat sokongan moral, semangat dan tenaga dari suami terutamanya boleh gila meroyan taw, kata mak saya lah. Terus diselitkan segala ilmu serta bebelan  mengenai hal-hal wanita. HEHE

Lagi pun cuti 90 hari yang diberikan itu adalah Maksimum dalam tempoh 300 hari sepanjang perkhidmatan untuk cuti bersalin. Kalau nak ambil 60 hari kew, 50 hari tak kisah sangat asal jangan melebihi 300 hari dari sepanjang perkhidmatan. Saya baca lagi, lelaki itu komen sebab penat dan tak adil buat lelaki membuat 'leftover work' sebab perempuan cuti bersalin lama. Malah , ada rakan saya tidak bersetuju sebab ini akan membuatkan majikan lebih memilih perkerja lelaki berbanding perempuan. Kesannya pada ekonomi negara,bla bla bla bla. Hmm, jawapan mudah saya, kalau perkerja wanita itu seorang yang bagus, produktif, kreatif, malah memberi banyak keuntungan pada syarikat, beranak berpuluh orang anak pun , majikan tetap cari. Tapi jaranglah wanita yang berkerjaya ini nak beranak banyak-banyak, kadang-kadang 2,3 orang itu dah maksimum.

 Ada yang berkata mungkin dengan memberi cuti berlebihan akan membuatkan produktivi negara berkurangan. Saya rasa nak gelak. Orang sekarang berkerja bukannya mengikut tenaga buruh semata-mata dlam bidang pembangunan dan perindustrian  tapi  juga pertanian, sumber manusia ( perkhidmatan).Lagi-lagi bila dah era globalisasi ini, mengadap laptop, internet akses 24 jam ini, duduk kat rumah pun boleh dapat berjuta-juta ringgit kalau pandai. Kita ada banyak pecahan industri yang memberi faedah pada sumbangan ekonomi negara.Saya tak rasa dengan memberikan cuti bersalin lebih panjang pada wanita akan menyebabkan ekonomi negara akan terus menjunam lalu kita jadi negara miskin. Kdnk negara pada tahun lalu adalah AS$397.5 bilion (anggaran 2008) iaitu ke 29 paling tinggi didunia. Tinggi tu wei. 

Saya ambil contoh Denmark, negara ini bukan hanya memberikan cuti bersalin pada wanita sahaja, malahan si bapa juga diberikan cuti untuk menjaga si isteri dan anak yang baru lahir. Tengok, bagaimana Denmark menghargai masyarakatnya dan menekankan bahawa pentingnya institusi kekeluargaan itu dan hak wanita yang baru bersalin. Malah, Denmark dilaporkan sebagai negara paling gembira didunia biarpun kadar cukai disana adalah 50% dari gaji asal dan paling mahal didunia. Konsep mudah, bila rakyat gembira mereka lebih produktif dalam berkerja, dalam berkeluarga, seterusnya memberi kesan positif pada ekonomi.Benda yang baik, kita mesti ambil contoh, yang buruk abaikan lah.

Akhir kata, anggap sahajalah itu adalah hadiah bonus kepada para wanita yang sanggup bergadai nyawa untuk menyumbang populasi masyarakat Malaysia ini wahai lelaki diluar sana. Tapi pelik kan ayah saya, malah pak cik-pak cik saya suka jew kalau isteri mereka dapat cuti lama, kalau boleh lama lagi bagus tapi kenapa lah lelaki yang memberi komen annoying itu tak suka yew??????Daaaaa. Best Blogger Tips

2 comments:

  1. tidak semua lelaki ya ng tidak bersetuju,cuma yang komen tu mungkin yang tidak mengerti.kerajaan prihatin,jadi pm kita lelaki yang memahami juga bukan

    ReplyDelete
  2. betul tu. tapi terkilan lah bila hal ini dijadi kan isu.

    ReplyDelete