Pukul 1.13 pagi waktu Malaysia.Baru selesai membaca beberapa entry. Semua tentang cinta. Mungkin tema malam ini cinta. Perempuan jiwa mereka lembut sikit, kasilah cerita berunsur cinta-cinta romantik sikit, terus rasa macam ala lolololololom sweetnya berbicara pasal cinta. Okey sudah pendahuluan.
Inspirasi dari belog ini saya terus 'jump' ke belog ini.
Soalan: Suka lelaki rendah??
Jawapan: Jika ditanya pada lelaki, suka kah mereka dating dengan perempuan tinggi? Terus terang tak suka. Saya sendiri sudah setinggi 154 cm jika memakai kasut flat sahaja. Biarlah dia cukup tinggi untuk membuat saya tidak berfikir banyak kali sama ada mahu pakai heels setinggi 4 inci kew, pumps, boots and so on apabila keluar bersama.
Soalan:Suka lelaki ensem??
Jawapan: This is classic. Beauty lies on the eyes of beholder. Buruk dimata orang lain, mungkin kacak dimata saya. Kacak dimata orang lain, mungkin buruk dimata saya. Tapi sudah tentu saya suka! Wah wah wah.Perempuan ini kadang kala sama juga dengan lelaki, tangkap cintan juga dengan lelaki hensem tapi itu bukan lah perkara faktor sebenar mereka jatuh cinta pada lelaki. Banyak lagi faktor sampingan yang diambil kira.Muka hensem tapi perangai macam syaitan pun tak guna.Kalau lelaki, mungkin ia kot. Pantang tengok perempuan cantik, terus keluar ayat-ayat cinta mulut manis amboi. Tapi sepanjang saya hidup ini, selalunya orang orang yang tak hensem ini mulut dia manis sikit, gentlemen giler memang muka tak hensem pun tapi ayat power cair hati perempuan.Malah selalunya lelaki tak hensem selalu perasaan mereka ini hensem. Huwa huwaa..Oh bukan discriminasi, tapi memang itulah yang selalu terjadi. Hipothesis dari saya.Tak semua, tapi ada.
Soalan: Suka lelaki gentleman??
Jawapan: Siapa tak suka. Perempuan ini jiwa dia lembut biarpun sekeras mana luaran dan gaya mereka. Itu fitrah.. Kalau lelaki cakap kasar Wa, lua, wei,Hoi,Bercakap macam nak bergaduh. Terus dia reject. Its about attitude. Perempuan ini satu jew, dia suka jika dia dilayan dengan baik,dihargai,dihormati,disayangi dan rasa selamat. Ingat lelaki semua, Ini paling wajib, biarlah anda tak hensem, rendah, tak kaya, tapi mesti genleman dengan perempuan. Gentleman okey bukan bermaksud gatal miang. Ada perbezaan yang nyata diantara keduanya.
Soalan:Suka lelaki sempurna??
Jawapan: Suka. Kesempurnaan setiap pasangan itu berbeza. Cukuplah dia nampak sempurna dimata saya biarpun satu dunia kata dia lelaki yang banyak cacat celanya.Macam Seal dan Heidi Klum. :)
credit to google
LOve is blind. Letak la apa banyak beribu barisan lelaki dengan ciri idaman sekali pun. Kalau hati dah tak suka, tetap tak suka.
Because love is judged by the eyes of the heart, not with naked eyes.
ps: anda pulak bagaimana?
walawei~ banyak btul
ReplyDeletehehe :)
ReplyDeleterahika. setiap org punya pandangan berbeza. (tibe2 skema. mungkin kerana usia telah bertambah) hikhik =P
ReplyDeleteyew benar. Setiap orang ada kehidupan, cabaran,pandangan dan citarasa tersendiri.Terima kasih la pada pengalaman hidup kan sikin.Wah, rasa mcm dah tua tua tetiba. :P
ReplyDelete