Tuesday, October 26, 2010

nilai sebuah sahabat

salam.

A friend is someone who knows the song in your heart and can sing it back to you when you have forgotten the words." 
anon

Saya berbual sebentar tadi dengan seorang kawan baik sejak dari zaman persekolahan lagi. Perbualan singkat tapi penuh dengan kemesraan. Masih panas lagi ketawa dan hangatnya persahabatan kami biarpun zaman sekolah lama kami tinggalkan.Terselit sebuah kenangan bila dia mengatakan bahawa saya pelajar kesayangan guru bahasa melayu tingkatan 3 saya. Saya ketawa sedangkan hakikatnya sekarang kemahiran berbahasa saya semakin tidak terurus. Dengan ramah dia berpesan, tulislah nukilan penuh dengan kesabaran. Dalam ramah, beliau berpesan ringkas betapa perlunya saya memastikan susunan ayat betul dan mudah difahami. Ejaan kena betul.(Hush banyak betul songeh kan, hehe). Tapi dia seorang sahabat. Nasihat dia saya junjung tinggi.Kerana dia insan yang begitu setia, seteruk mana pun dan sukar difahami pun nukilan saya, beliau tetap baca dengan tekun.

Terasa kelakar rasanya apabila di imbas kenangan di waktu zaman dahulu. Kami bukan lah rapat tapi masih didalam satu 'geng' yang sama. Sejujurnya kami adalah 2 manusia yang paling bertentangan peribadi. Tidak ngam kata orang zaman sekarang. Ada sahaja perkara dan perbuatan dilakukan oleh dia menjengkilkan dimata saya. Begitulah sebaliknya. Kadang kala boleh menimbulkan pergaduhan.

Walaubagaimana pun, diwaktu rehat, kami ke kantin bersama-sama. Kadang kala ponteng kelas bersama-sama. Malah untuk kebanyakkan aktiviti kumpulan kami masih bersama-sama. Mungkin diwaktu itu gang kami ada dalam 5 orang, bukan hanya berkisar kami berdua sahaja.Maka sikap drama queens itu berkurangan sedikit kot.

credit to google

Zaman persekolah yang indah ditinggalkan, kami meneruskan perjalanan hidup kami yang panjang dan penuh cita-cita ini dengan memilih jalan yang begitu berbeza. Dari berlima, seorang demi seorang kian menyepi. Tinggal lah hanya bertiga. Malah ada gagal dihubungi. Tidak kedengaran cerita.

Tapi demi kehidupan yang penuh misteri, ini kita kadang kala tidak mudah menjangka apa yang berlaku pada masa depan. Contoh, kita merancang supaya persahabatan yang kita bina semasa kecil kukuh, tapi manusia itu berubah mengikut waktu. Mereka akan bertemu dengan insan-insan yang baru. Mereka akan berada di tempat yang baru. Mereka melalui fasa hidup yang baru.

Demi kehidupan penuh misteri ini juga, kita kadang kala silap menilai. Yang kaca kita sangka permata, begitulah sebaliknya. Kita penuh marah dengan segala sikap yang pada kita bertentangan dengan sikap manusia. Kita menilai manusia mengikut nilai piawai kita sendiri. Dia tidak baik lagi untuk saya, dia sudah tidak seperti dahulu, dia bukan sahabat yang baik lagi.


Ya , manusia berubah mengikut waktu. Tapi nilai sebuah persahabatan dan peribadi seorang insan juga ditafsirkan dengan sebuah kesetiaan. Seberapa jauh pun rakannya, sedaya upaya dia bawanya kembali. Bukan meninggalkannya terkapai-kapai terus hanyut. Seberapa pantas pun rakannya berubah mengikut masa, dia tabah memberi semangat dan doa. Seberapa indahnya memori dia bertemu rakan-rakan yang baru, rakan yang lama tetap sama penting.

Ya, manusia berubah mengikut fasa. Bila bercinta,berkerja, berkahwin, beranak, dan memiliki sebuah kehidupan yang tidak sama seperti dahulu dizaman remaja. Kita sering hilang jejak, hilang ukhuwah dengan rakan-rakan yang pernah mewarnai zaman kenangan remaja kita dahulu.

Begitulah manusia, kadang kala mereka cepat alpa. Kita dapat rasa kan kemesraan dahulu kian terhakis. Ombak sering menghempas di bibir pantai biarpun pantai itu bukan lagi seperti dahulu.

Doa saya supaya kami bertiga terus setia biarpun pelbagai fasa dalam kehidupan penuh misteri ini kami lalui. Doa saya supaya kami bertiga terus utuh menjalinkan ukhuwah terus dari generasi ke generasi. Ya, kami berubah mengikut masa, kami kadang kala alpa mengenai memori indah yang pernah kami kongsi bersama. Tapi semoga kami terus bersahabat dengan baik sampai bila-bila. Sehingga Allah memutuskan bahawa nyawa sudah terpisah dengan badan.

Sebagaimana saya berdoa untuk rakan-rakan baik dizaman sekolah ini begitulah juga kuatnya saya berdoa untuk rakan-rakan yang saya temui dizaman universiti.Manusia berubah demi waktu dan kesetiaan itu penting. Manusia ini ada jatuh bangunnya, dan diharap mereka yang digelar sahabat ini masih disisi. Biarpun untuk mendengar cerita bernilai sekupang dua dari rakan.Mahupun masalah sebesar alam, mereka tetap meminjamkan sedikit waktu dan telinga untuk mendengar.




ps: entry ini sebenarnya mahu berceritakan mengenai kemahiran dan struktur penulisan bahasa melayu saya yang semakin berterabur tapi terus tersasar jauh menjadi sebuah entry lain pulak. HAHAHA. layan jew lah labu Best Blogger Tips

10 comments:

  1. klau la blog ni ade function "like this" kan bagus. huhu

    ReplyDelete
  2. ika, adakah anda akan melupakan saya kelak? ;p

    *mak aku cikgu bm, nanti aku suruh dia cek tatabahasa ko okke!ngeh3...*

    ReplyDelete
  3. ika, adakah anda akan melupakan saya kelak? ;p

    *mak aku ckgu bm, nti aku suh dia cek tatabahasa ko okke! ngeh3.*

    ReplyDelete
  4. sikin: permintaan anda ditunaikan

    iffa: sudah tentu tidak. kita akan terus berhubung.hahaha. BAik!! mak cik sila check tatabahasa saya, ko check grammar entry bi aku pulk yew nnti.

    ReplyDelete
  5. pulak dah. bi aku dh berhabuk la ika. lame x msk kuliah. heheh.

    weh camne ko wat link kt bwh tu, yg ade link fb twitter bagai. nak satu~! :)

    ReplyDelete
  6. ooo. dia terus ada lah. ak pun tak taw macam mana ada, tapi terus ada sekali. ak amik Bg yang biasa jew nie. gi kat design.Pilih template designer. pilih jew lah yang mana berkenaan. Edit sikit2x. terus adalah... huhuhu..harap membantu

    ReplyDelete
  7. or effa, gi kat page element-->blogs posts. tick apa yg patut. arrange. Save

    ReplyDelete
  8. yes, ika mmg hebat! tqvm!

    bace entry ni ingat kt kwn sek. same la ika, kami pn berlima gk ponteng sesame. hak2, rindulah mereka. thanks for this simple reminder. god bless u. :)

    ReplyDelete
  9. moga persahabatan kekal abadi :D

    ReplyDelete