Tuesday, October 12, 2010

we're cat and dog

Salam

Siapa pun kita, semua orang akan melalui saat-saat menjadi anak seseorang. Jika anda belajar biologi, anda akan tahu bahawa anak itu bukan tiba-tiba wujud disebabkan ada seekor burung undan yang ada paruh besar itu bawa kain yang mengandungi bayi. Lalu kain itu dibuang kedalam cerowong asap. And TADA, congratulation, now u're parent.Kalau begitulah halnya, kompem populasi rakyat Malaysia ini antara yang sikit didunia sebab majoriti  rumah rakyat Malaysia  tiada cerowong ( or cerobong?) asap.

Dan rasanya tak perlulah saya menerangkan dengan lebih lanjut juga bagaimana anak itu terhasil. Macam mana proses dia. Kerana dikhuatiri keayuaan saya sebagai gadis melayu  yang suci lagi naif akan tercalar ( oh sila lah menahan diri anda untuk melempang diri saya disaat anda membaca statament ini).

Dan secara zahir dan batin nya kita memang tidak boleh memilih untuk lahir dalam keluarga jenis apa pun. Kita tiada kuasa meminta-minta. Itu urusan Tuhan yang harus kita redha.Contoh, oh tolong lah bagi saya lagi jadi anak Perdana Menteri Zimbabwe sebab rasa macam cool oo. Tolonglah kasi saya lahir sebagai adik dato Siti Nurhaliza sebab dia cantik lagi kaya lalu saya boleh tumpang glamor. Tolonglah kasi saya lahir dalam keluarga kaya raya macam Bill Gates supaya saya menikmati nikmat dunia tanpa batasan.Hmmm.

Lahir-lahir, dan kemudian membesar. Bila dah pandai fikir sikit. Barulah kita boleh berperasaan dan membuat konklusi sama ada adik beradik @ keluarga kita itu yang paling best atau tidak. Sekian pendahuluan.


___________________________________________________


Menjadi anak sulung kadang kala susah. Sebab secara fitriahnya, memang lah 'WOW' ada kuasa veto disitu bila tiba-tiba berlaku saat kecemasan dalam membuat keputusan. Tapi disepasang tangan itulah terpikulnya tanggungjawab yang perlu digalas dengan sempurna, ya tuan puan sekalian! Ewah ayat mcm nak masuk berkempen pilihan raya. HAkHAK HAK TUEH!

Back to the serious business here!.

Pernah tak dalam adik beradik anda, berapa akrab pun anda bersama mereka. Mesti ada seorang yang macam pelik dan sering buat anda pening sebab dia tak macam adik beradik yang lain. Ada sahaja peel dia yang pelik-pelik dan macam-macam yang sering mengugat kesabaran didada. So i have one: HAKIM.

Saya dan Hakim sejak kecik memang macam tak kamceng, tak ngam. Sejak dari dia lahir sebab lahir-lahir dia lelaki. Although my parent especially my emak sooo happy. His is their first and last son. My reaction at that time, Arr, kenapalah dapat adik lelaki. Nak adik perempuan. Tak sioklah adik lelaki. Sebab lelaki tak main masak-masak, tak main make up-make up, tak main all girls stuff. Lelaki main bola, main lumba-lumba, main wrestling. Okey itu mentaliti budak perempuan umur 7 tahun sebab masa itu dia anti dengan sorang budak lelaki dalam kelas dia.

 Kemudian, kita berdua semakin membesar dan membesar dan membesar. Dari segi umur dan berat badan. Maka jadilah kami insan yang gemuk. Oh, ada jugak persamaan disitu.

Kadang kala kami berdua ada isu gender. contoh biarpun engkau lelaki, ko kena masak jugak, biar engkau lelaki engkau kena basuh pinggan jugak. How to treat women nicely and its should be started with yours sister(s). conflict conflict conflict, lalu kita makan cornflakes.

BUT, we're sibling. no matter what happen, Im still love him forever and ever and ever. ( ye rahika, stop it, we get it). Although sometime we're look like want to kill each other. Screaming and fighting for nonsense things like tv,books, tempat duduk dalam kereta and etc. Now, both of us can get along together, but sometime i still have issue with him. He is the only brother i have, of course i want the best for him.

Bergaduh macam mana pun kami sebab berebut tv, masa pasukan Malaysia lawan bola, kami menjerit keriangan bersama  jugak. Bergaduh bagaimana pun kami, bila dia masak sedap, saya makan juga dari pinggan dia. Mengutuk cerita indonesia, yeah kami berdua juga lah. A lot of moments that we do together and a lot of secret was shared. Berjauhan ke kutub utara selatan pun kita, kita tetap akan bersama sebab darah yang mengalir dalam badan kita adalah sama. Jenis O positive kan.Blood thicker than water. Yes, u're important to me.



To Hakim, you will growth up as young man soon. Yang hensem, yang gagah, yang mungkin dah  pandai bercinta, yang pandai memasak, yang berkerjaya and yadda yadda yadda. Pesan kak yong jangan amik dadah, jangan rosakkan anak dara orang, jangan amik rasuah, jangan lupa solat, jangan buli orang , jangan diikutkan sangat hormon muda mudi lelaki anda itu dan ingat jangan asyik masak dan makan sahaja. FAHAM. Yew,nie mak nenek punya pesanan, tapi inilah yang berkesan okey, yang membina hidup orang yang baik lagi berguna dan x menyesal dikemudian hari.

dan lagi satu, Nasihat untuk masa sekarang: Tolonglah bangun awal sikit untuk pergi sekolah boleh? Tak larat dah hari-hari dengar seluruh isi rumah termasuk ayam-ayam diluar rumah nak kejutkan anda setiap hari. hehehe. Tamat penutup.

* this article was inspired from  Rainman movie,staring by  Tom cruise dan Dustin Huffman* Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment