Wednesday, April 27, 2011

untuk kau sahabat. ( anda tahu siapa dirimu)

salam

manusia ini sering diuji. Setiap masa, setiap ketika supaya menjadi lebih beriman kepadaNYA. Tuhan menguji sebab dia sayang. Supaya kita jadi lebih tabah. Supaya kita tahu untuk menilai. Supaya kita tahu erti sebenar sebuah kehidupan. Itu adalah cabaran. Kita dilatih dalam diam.

patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: " kami beriman" sedangkan mereka tidak diuji?. Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka. maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.

Al-Ankabut ayat 2-3.

Nyatalah janji tuhan. Sesungguhnya saya sedang diuji. Kami sedang diuji. Masih terasa segar dalam ingatan, lebih  4 tahun kami berkenalan. Gedung ilmu itu kami lewati bersama-sama. Banyak detik-detik indah kami lalui denga penuh gembira diselangi tawa dan tangis. Dalam persahabatan kadang kala tergigit lidah dan kata itu adalah biasa.Sebelum hadirnya dia, ada kami.

Sedih. Kerana sayang juga lah kami membenci. Dia tidak kami kenali. Hadirnya  sudah tentu menimbul tanda tanya. Tapi sebagai rakan kami gembira kerana kau rakan memang layak untuk menkecapi kebahagian selepas derita. Moga cinta lalu dijadikan panduan.


Harapan kami dia selayaknya untuk dirimu. Tapi mungkin juga, kami ini manusia yang terlalu berhati-hati. Sayang kami padamu kerana kau sahabat yang sungguh baik. Kau penasihat kami. Ingatkan bagaimana tips-tips Untuk Si A buat aku? Ingatkah kata-kata semangat kau untuk si rakan yang bekas kekasihnya sangat teruk. Ingatkan kau detik -detik kawan serumah kau menangis disebabkan hal-hal percintaan. Alhamudillah. Banyak jasamu pada kami.

Kini, masa mu. Sebagaimana dirimu dulu. Kami tidak ingin kau silap membuat pilihan. Takut hati baikmu tercalar lagi lalu derita melangkah. Kami sayang kamu. Tapi sedih kalau pekik lolong kami ini mungkin kau tak endah. Sedih hatimu rakan, begitu sedih juga hati kami.

Bukan kami cemburu , wahai sayang kami. Tidak. Dia bukan selayaknya untuk kamu. Ingat sayang. Mahligai indah itu dibina ada 4 perkara yang sangat perlu kau perhalusi. Hartanya, Rupanya, Keluarganya dan Paling penting AGAMANYA. Letakkan agamanya sebagai pilihan utama mu. Nescaya kau akan bahagia dunia dan akhirat. Itu kata Tuhan.


Demi rasa sayang dalam hati, kita mungkin selalu terpesong. Kau wanita baik, kami tahu kau akan dianugerahkan dengan lelaki yang baik cuma kata hati kami dia mungkin bukan takdir mu. Ingat sayangku, jangan kau tersalah langkah.

Maaf jika kami terlalu beremosi. Ada sebab utama kami tidak menyukai.Ada sebab kami tidak sependapat. Aku rindu kamu. Aku rindu cerita kamu. Aku rindu saat-saat kita bertemu. Sahabat, maaf kalau kami bukanlah manusia yang sepatutnya memberi sokongan.Maaf kalau kami bukan manusia yang meraikan kebahagianmu.  Maaf kalau kami tidak berpura-pura untuk meluahkan ketidak senangan kami. Maaf kalau kami terlebih kata dan terlalu beremosi. Kerana kau manusia yang kami sayang semoga Allah juga memberkati hidupmu. Semoga kau sentiasa mendapat yang terbaik dariNYA.

Kenapalah sekarang keadaan jadi begini? Tuhan sedang menguji kerana Dia sayang. Mungkin kelak, kita tidak akan seperti dahulu. Ujian tuhan ini moga kita lebih kuat dari dulu. Amin.





jangan pernah menyanjung cinta bila tak  mengerti maknanya cinta
-----------------------------------------

Untuk en boyfriend kawan saya:

Saya tak suka awak. Okey . Bye. 


oh, nie nak bagitau.
Dan kebiasaanya kalau saya tak suka orang tu, Memang tak kekal lama pun.BAHAHA. 
Serius tak tipu. :P


ps: orang selalu kata, kalau asyik cakap jew sesuatu perkara itu nanti jadi doa. Jadilah sila baca statement diatas 40 kali. Muahaha. daaa chin cau.


Best Blogger Tips

2 comments: