rancangan pembelajaran : DONE
Alat bantu mengajar: hmmm.. referring to text book ( again)
Soalan peperiksaan untuk peperiksaan pertengahan tahun: Speechless
Kertas kerja untuk lawatan sambil belajar: on progress
Nota geografi sempena tak habis ajar silibus: gagagagaga
Kertas kerja untuk pertandingan bercerita Peralihan : ........................
minit mesyuarat panitia geografi: lalalalalalala
Kerja memang berbukit, Tak pernah surut, Siap yang ini, tambah yang itu pulak. Tapi Alhamdullilah, rezeki tuhan beri ini halal. Tapi disebalik kesibukkan ini,Saya membaca entry seorang rakan. Bercerita mengenai kemarahan beliau kepada kelas 3 cempaka. Ternyata mengimbas kembali memori suka duka saya sebagai guru.
--------------------------------------------------------------
Saya memeriksa jadual guru bertugas semasa peperiksaan. Masa seterusnya adalah kelas 2 Dinamik. Banyak kali saya mendengar kenakalan pelajar-pelajar kelas 2 Dinamik. Beberapa kali menjadi cikgu ganti kelas ini, sedikit sebanyak memberi gambaran awal para pelajar kelas ini. Bising dan suka cakap lepas.
Pernah sekali saya menjadi cikgu ganti (ganti)relief dikelas ini, pergaduhan berlaku. Si N mengusik Si J, Si J marah lalu disuruhnya Si L menyimpah air, Si K, Si M, Si A, Si S menjadi batu api. Keadaan jadi huru hara. Alhamdullilah, segalanya kemudian dalam kawalan. Pelajar ditempat masing-masing tapi masih bertekak. Saya lanjutkan hal ini pada unit disiplin. Esoknya mereka semua dipanggil lantas diberikan amaran serta rotan.
Semasa ujian 1 .Sebagai guru, saya cuba menjadi tegas tapi masih mudah mesra didekati. Tapi saya rasa percaturan saya tersilap. Bila saya menunjukkan sifat baik, mereka pijak kepala saya, kata-kata saya tiada harganya, arahan saya seperti bercakap pada dinding kosong. Mungkin pada mereka :Ah , cikgu ini senang sahaja. Tak perlu takut. marilah kita bercakap ramai-ramai, bising , meniru bersama-sama dalam peperiksaan.
Saya benci keadaan itu dimana saya gagal mengawal keadaan. Bila ditegur berkali-kali , mereka masih melakukan perkara yang sama. Bising dan tidak mendengar arahan. Bila masa tamat, saya tinggalkan kelas dengan perasaan terluka dan sakit hati.
Ujian 2 menyusul semula. Jadual guru bertugas disetiap peperiksaan saya lihat sekali imbas. Oh , 2 Dinamik. Masa pertama. Ujian Subjek Moral bermula pada pukul 1.20 pm. Jam di dinding menunjukkan pukul 1.15 dan para pelajar sesi petang masih di dewan menghadiri perhimpunan. Masa terus berjalan. Pukul 1.19 , baru pelajar masuk . Masih terhegeh-hegeh. Masih tidak mendengar arahan. Masih berlegar-legar meletakkan beg di koridor.
Emosi saya memuncak. Saya keluar kelas lalu menjerit, malah mengugut akan mencampakkan beg ke luar bangunan. 4,5 orang pelajar lelaki cepat-cepat masuk. Saya edarkan kertas dengan amarah. Saya campak kertas satu persatu diatas meja pelajar terbabit. Masih ada yang bercakap-cakap. Arahan biasa seperti :' Sila diam, peperiksaan sedang dijalankan berjalan' untuk mereka memang tak akan berkesan.
Seorang guru pernah berkata: ala kalau pergi kelas itu, mulut kena celupar sikit. Baru nak diam.
Jadi:
Ini kelas ke, kandang lembu! Semua dalam ini lembu ke atau manusia. Lembu pun kalau diberi arahan dia faham.
1 kelas diam sebentar . Wohooooo!! How amazing. Seperti satu kejayaan.
Selepas kertas habis diedar, saya menyuruh pelajar menjawab soalan. Tetiba ada seorang pelajar berkata: Kena jawab yew cikgu?
Pengalaman lalu mengajar saya .Hanya berkata 'ia, jawab' akan menimbulkan kebisingan. Para pelajar ini bukan boleh tengok cikgu bersifat baik, mula la pijak kepala. Jadi saya kata:
Pekak badak ke awak ini, Susah kalau bercakap dengan orang macam ini., Cakap banyak kali pun tak dengar.
Senyap!jadi tahulah mereka bahawa emosi cikgu Rahika pada hari itu tidak stabil. Silap besarlah mereka sebab awal-awal lagi dah cari pasal.
2 orang pelajar dibelakang berinterasi sesama sendiri. Kalau mengikut peraturan peperiksaan, guru bertugas boleh menahan pelajar dari mengambil peperiksaan. Amaran diberi tapi seperti biasa kata-kata guru seperti saya yang tak berapa nak garang ini seperti daun-daun kering dibawa angin lalu. Tak berharga dan tak perlu ditakuti.
Jika dibiarkan keadaan ini tanpa tindakan akan menyebabkan pelajar lain terikut sama. Kemudian keadaan akan menjadi bising dan sukar untuk dikawal. Saya bawa pen merah dan pergi ke arah mereka. Lalu saya tulis dimuka hadapan : BISING, MENGANGGU KELAS 0%.
Seorang pelajar mencampak kan kertasnya. Seorang lagi terus mengoyakkan kertas peperiksaannya. Segera saya ke meja guru, mengeluarkan kertas aduan disiplin. Saya tulis satu persatu kejadian yang berlaku. Kejadian berlaku dalam keadaan senyap dan terkawal. Masing-masing menahan amarah. Pelajar yang lain melihat dengan senyap.
5 minit kemudian, masa saya tamat, terus menuju ke bilik guru, Menyerahkan borang aduan pada guru disiplin. Memaklumkan peristiwa tersebut pada guru pengubal soalan dan guru penanda jawapan.
Kadang kala pelajar ini kalau guru terlalu baik sangat mereka pijak. Kalau guru terlalu tegas sangat mereka benci. Sesungguhnya saya insan yang masih belajar. Biarlah saya tidak menjadi guru kegemaran mereka asalkan mereka semua berubah menjadi lebih baik dari hari ini.
Sebenarnya mengajar itu tidak susah, Segala dokumen boleh disiapkan tapi yang paling susah adalah mengawal para pelajar agar minat mengajar, agar tidak mendatangkan masalah. Sungguh itu adalah kerja yang tak akan pernah surut lelahnya . :)
wahh rahik lg ganas nih..btol2 kdg2 kne jd kejam jgk bru deorg nk dgr..
ReplyDeletesayalah rakan beliau yg mrah2 dgn 3 cempaka itu.hahha
HAHA. tengok budak la, kalau baik x kuasa aku nk jadi garang., Penat taw jadi garang ini.
ReplyDeleteMesti penat mengajar di sekolah dengan macam-macam karenah. Cabaran. :)
ReplyDeletehaha really? seb baik x jadi cikgu! sumpah penat bile dorang degil smacam.. hmmm...
ReplyDeleteaah, memang penat sedikit. macam-macam kerenah. kena banyak bersabar.yang degil tu lain pula cara nak pikat hatinya. :)
ReplyDelete